Moh Kita Berkursus

31 08 2010

Pemandangan di sebelah kedai. Syahdu

Hari ini baru ada kesempatan nak berbuka di luar. Dapat jugak aku keluar sebentar ke pekan untuk melihat-lihat serta mengambik angin. Tujuan keluar pun tak lain tak bukan sekadar untuk berbincang dengan tokei butik ni berkenaan kursus pendek yang aku bercadang untuk mengadakan koleborasi dengan beliau.

Tokei butik andaman pengantin ni aku dah biasa dengan dia. Semenjak daripada beliau bekerjasama dengan program perantisan yang kompeni aku anjurkan hingga lah memberi job wedding photoshoot kepada aku & rakan-rakan.

Kursus yang aku cadangkan ialah rawatan kecantikan muka & solekan. Selama 1 hari, pagi sampai lah petang. Sasaran aku untuk kursus ni adalah surirumah & belia yang berminat. Tarikh cadangan ialah mesti la lepas raya. Bulan posa ni nak mekap apa kejadahnya kan.

Kalau korang sebagai surirumah, belia, student ataupun apa-apa je la, rasa-rasa korang berminat tak dengan kursus sebegini? Apa yang merisaukan bila orang buat kursus pendek ni ialah sambutan. Aku pun pening jugak nak pikir sambutan yang akan diterima sebab sini bukannya area bandar.

Masa duk bincang tu la jenuh aku nak pikir berapa RM nak kenakan bayaran untuk kursus ni. Sebab dalam SOP untuk buat kursus pendek ni memang perlu dikenakan caj untuk cover bayaran pengajar & jugak barangan kursus.

Mula-mula akak tu cadangkan RM30. Aku kata mahal sangat lah. Sini orang kampung bukannya mampu sangat kot. Jadi aku letak RM25. Bila dikira-kira semula rasa rak cukup sebab maklum lah barangan menyolek ni agak mahal sebenarnya.

Hampeh!

Patut lah laki bila dapat bini yang suka bermekap ni merungut kata maintenance tinggi la. Baru lah aku paham kenapa.

Akhir sekali, kira punya kira, aku up jadi RM40. Tapi peserta kena cari seramai 20 orang. Takut nanti aku underpaid pulak akak tu. Jadi aku terus upkan jadi RM50 & sebanyak 10% daripada situ akan dimasukkan ke dalam akaun hasil kompeni aku.

Setel!

Lagipun daripada pengalaman akaku tu sendiri kata, biasa kursus kecantikan ni orang caj mahal-mahal. Sampai beratus pun ada. Jadi RM50 ni masih lagi boleh dikira rendah lah. Ok lah tu pada pandangan aku yang tak reti apa-apa bab barangan kecantikan mahupun teknik mekap ni.

Selesai bincang, bukak puasa. Aku pun blah daripada kedai untuk urusan seterusnya. Apa-apa pun berkenaan kursus ni kalau menjadi aku akan war-war kan di sini. Lagipun kena buat paper dulu lah.

Advertisements




Projek Bantuan Rumah

31 08 2010

Tiada apa yang yang aku mampu nak coretkan. Sekadar berkongsi cerita ceriti.

Ini cuma sebahagian dari hakikat kehidupan kita yang kadang kala tak nampak ataupun ayat sekarang ni dipanggil terlepas pandang (overlook). Kesempatan pada awal minggu kelmarin telah meyebabkan aku banyak berfikir tentang sedikit erti kehidupan.

Kebetulan aku ditugaskan untuk mencari chalon peserta bagi Program Bantuan Rumah. Program ini dikhususkan untuk warga yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Secara kebetulan aku sememangnya telah mendapat senarai nama chalon chalon ini yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Daerah. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengenalpasti usuk-susuk miskin tegar yang terdapat di dalam kawasan Parlimen tersebut.

Rumah pertama yang aku singgah, ialah rumah pakcik tua ni. Keadaan rumahnya begitu uzur sekali ditambah pula dengan keadaan terbengkalai, terperusuk jauh di sebelah kebun kelapa sawit. Aku pada mulanya tidak terkejut walaupun pada butiran senarai menunjukkan pakcik ni duduk berseorangan. Sampai di depan pintu aku menyapa pakcik ni & lantas ia menjumput aku masuk ke dalam rumahnya.

Aku speechless & rasa hiba sedikit bila melihatkan keadaan rumahnya serta keadaan pakcik tersebut. Jadi serba sedikit aku cuba bertanya latar belakang pakcik tersebut.

“Pakcik duduk kat rumah ni sorang-sorang je ke?”

Dia mengangguk

“Anak-anak pakcik ada mana?”

“Anak-anak semua dah kahwin, tinggal jauh dari sini, ada yang duk di KL”

Aku stop bertanya. Terus aku isikan borang untuk pakcik tu sambil meminta kad pengenalan untuk aku isikan butirannya. Dengan kederat seperti orang sakit, dia cuba mencari-cari kad pengenalan beliau. Aku perhatikan dia seolah-olah menghabiskan masanya sepanjang hari di atas kerusi malas. Tidak banyak bergerak.

Satu persatu bekas tupperware kecik dibukak untuk mencari IC nya yang entah di mana letaknya itu. Sambil menyelak-nyelak kertas yang aku lihat segala macam kertas kecil, ada sim kad, catatan-catatan tapi kebanyakannya yang aku nampak cuma cebisan kertas yang sepatutnya harus dibuang je. Usaha mengesan IC dia gagal, sebab dia sendiri pun lupa dia letak kat mana.

Aku kata takpe lah. Takde IC pun takpe sebab aku dah ada no IC dia, cuma kalau boleh aku mahukan salinannya saja. Tapi kalau dah takde nak buat macham mana ye tak. Selepas itu aku mintak izin untuk mengambil gambar di dalam rumahnya di mana projek baikpulih akan dibuat. Sambil-sambil tu mata aku pun liar memerhatikan keadaan rumahnya itu. Memang tak terurus.

“Pakcik memang duduk sini je ke? Ada buat kerja?”

Dia menggelengkan kepala

“Habis tu pakcik makan macham mana?”

“Tiap-tiap bulan Jabatan Kebajikan ada datang kasi sumbangan”

“Saya tengok pakcik tak banyak bergerak sangat, pakcik tak sihat ke?”

“8 tahun dulu pakcik kena stroke, sampai sekarang ni susah dah nak bergerak”

“Makanan macham mana?”

“Biasa pakcik kirim mintak tolong jiran sebelah yang belikan”

Dalam hati aku kata, melihatkan keadaan dia yang macham ni, mana mampu dia nak masak sendiri pun walaupun rumahnya ada la dapur kecik. Itupun dah berkarat sebab dah lama tak guna.

Selesai aku ambik gambar, aku mintak diri untuk melihat-lihat keadaan sekeliling. Sambil tu aku cuba borak-borak dengan jiran sebelahnya yang kebetulan rumahnya hanya lebih kurang 30m dari rumah pakcik tersebut. Dari apa maklumat yang aku dapat, pakcik ni dulu memang berkahwin, ada isteri 2 & punyai ramai anak. Namun kedua-dua isteri dah berpisah. Sekarang dia cuma tinggal sebatang kara & mengharapkan belas ehsan dari Jabatan Kebajikan untuk meneruskan hidup.

Tinggal keseorang di rumah & tak banyak bergerak atau melakukan aktiviti kerana kesan penyakit stroke yang dialaminya dulu. Cuma sekali sekala dia keluar rumah menaiki basikal roda 3 yang aku nampak di dalam rumah tersebut.

Dalam hati aku terdetik, mana lah pergi nya anak-anak pakcik ni kan. Walaupun anaknya ramai takkan la sampai hati mereka meninggalkan ayah mereka hidup sebatang kara. Walau buruk macham mana pun ayah kita, sampai bila-bila pun dia tetap ayah kita. Itu hakikat. Kalau takde ayah kita mungkin kita pun tak dilahirkan jugak kat dunia ni.

Mungkin benar kata orang, mak ayah boleh jaga anak 10 orang dengan baik, tapi anak 10 orang belum tentu dapat jaga mak ayah sebaiknya.

Apa-apa pun kita sama-sama ambik iktibar & jaga lah anak & ibu bapa kita sebaiknya. Kerana hidup ini umpama putaran roda. Mungkin apa yang kita lakukan pada hari ni akan kena balik pada diri kita. Tuhan itu Maha Adil kan

Mungkin kita rasa kadang kala kehidupan kita ni selalu dirundung masalah, tapi hakikatnya ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Selalu lah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana bersyukur itu akan membuatkan kita lebih menghargai kehidupan ini.Β  πŸ™‚

p.s: Aku rasa mesti anak-anak dia tak tengok iklan Petronas masa hari raya kot





Mari Menyapu Sawang

31 08 2010

Agak lama jugak aku tak menyapu sawang kat blog ni. Mula-mula masuk sini tercari-cari macam mana nak buat new post. Gila ah, punya la lama tak masuk sini sampaikan nak taip pun menggeletar tangan.

Oh lupa bulan puasa, patut lah tangan menggigil.

Bukan apa aku lama tak masuk sini, ini semua angkara WordPress yang lembab bagaikan siput mentarang yang banyak dijual kat Sabak Bernam ni. Dah banyak kali aku maki hamun WordPress ni tapi aku masih lagi jugak menaip kat sini.

Lagi satu, masa aku banyak diluangkan bersama ehem-ehem serta forum MySembang.

Jadi kebetulan pulak hari ni ialah 31 Ogos, kebetulan jugak pertama kalinya blog ni diwujudkan 2 tahun lalu sebagai tempat untuk aku melepaskan apa yang terpendam, tergeram dan segala macam ter lagi.

Mula-mula masuk sini, segala macam benda nak buat, nak tukar layout, nak tukar cara penulisan (konon), tapi bila difikirkan semula, rasa macam tak jadi sebab aku ni adalah seorang yang agak sentimental. Lagipun dalam banyak-banyak layout free WordPress, ini yang aku gemar.

Diharapkan, dengan permulaan yang baru ni, aku akan dapat merapu lagi di sini seperti waktu dulu kala.Kadang-kadang terbit jugak rasa rindu waktu zaman rajin dulu. Eh jap.. jap, sekarang ni aku ni pemalas ke?

Bila masuk je hari Merdeka, secara automatiknya aku akan mula countdown.

Ada seminggu je lagi πŸ™‚





Hey Baby Hey Baby Hey!

28 03 2010

Ini anak buah aku yang baru.

Muhammad Irfan namanya.

Lahir pada 18-03-2010

Semoga sihat selalu & dah besar nanti jangan nakal-nakal.

Kalau tidak nanti aku cubit. πŸ˜†

Gambar kredit kepada abang ipar lah.

Cuma di photoshop serba sedikit oleh aku

Aku tak berkesempatan nak ambik gambar dia.

Kesian aku





Masih Ada Lagi

28 03 2010

Dah lama gila rasanya aku tak update blog ni. Balik-balik nanti alasan busy jugak. Memang dah takde alasan lain gamaknya kot. Sepatutnya semakin aku busy, semakin banyak perkara yang aku boleh coretkan dalam blog dua kupang aku ni. Tetapi malangnya itu tak berlaku disebabkan ada masalah-masalah lain.

Pertamanya, masalah daripada segi speed blog WordPress ni sendiri. Sebelum-sebelum ni aku pernah jugak cuba nak bukak untuk update, tapi bila nak bukak satu page atau daashboard je dah makan masa dekat 10 minit apa ke jadahnya? Terus hilang mood aku nak menaip.

Lain daripada tu perkara yang menghilangkan mood ialah bila aku dah taip, tiba-tiba tak dapat nak save sebabkan page loading yang maha perlahan (rujuk masalah pertama tadi) kemudian bila aku refresh balik, apa yang aku taip tadi semuanya dah hilang ditelan gelombang.:mad:

Dulu-dulu speed untuk WordPress ni agak laju sedikit disebabkan aku ada install program Gear. Tapi lepas program Gear tu ada sikit clash dengan Mozilla Firefox yang aku guna ni, maka terpaksa lah aku uninstall Gear tersebut. Terus lembab macam siput sedut.

Tapi hari ni aku rasakan speed agak memuaskan selain daripada rasa bosan yang menyelubungi diri, aku merasa terpanggil untuk mencoret sedikit di blog yang semakin kesawangan ini πŸ˜†

Aku pun tak tau semenjak dua menjak ni banyak widget aku yang takde kemaskini. Aku ada Twitter, Flickr dan Fofopages (termasuk lah blog ni) namun semuanya makin lama makin menunjukkan tahap kesawangan. Jangan khuatir, aku takkan sama sekali bersara dari benda-benda sebegini. InsyaAllah bila ada masa nanti aku akan mengemaskini apa yang patut.

OK, takat ni je dulu, nanti ada motivasi lain untuk menulis aku tulis le lagi πŸ˜†





Taiping Mari Tarak Sombong

17 12 2009

Bulan ni banyak sungguh jemputan kahwin. Tak cukup kaki aku nak pergi semua

Pergi pun mana yang dekat-dekat ataupun saudara mara je.

Ini pengantin Anuar & Amira yang aku ikut tag along shoot kenduri kahwin beliau di Taiping

Selamat pengantin baru. Jangan tanya turn aku bila lagi πŸ˜†





The Golf Balls & The Sand In Your Life

7 12 2009


The Mayonnaise Jar

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things – family,
children, health, Friends, and Favorite passions
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full..

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else –The small stuff.

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So…

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first —
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled..
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a friend.’

Please share this with other “Golf Balls”
I just did……

*kopipasta dari emel








%d bloggers like this: