Definasi Lagu Raya

2 09 2010

Cuba berikan aku satu definasi lagu raya?

Lagu raya macam mana yang korang minat? Rentak bagaimana yang menambat hati? Irama mana yang yang menjadi siulan? Lirik puitis seperti apa yang menjadi pilihan hati?

Aku yakin kebanyakan dari umat yang ada di Malaysia ni dibesarkan & dijamu dengan irama lagu raya retro. Daripada P.Ramlee, Saloma, Fazidah Joned, Ahmad Jais, M.Nasir & Siti Nurhariza (kata Namewee).

Aku mula-mula dengar lagu ni tak sangka pulak ini adalah sebuah lagu raya. Lagunya rancak, pop & snappy jugak. Memang betul-betul membangkit mood nak pegi clubbing beraya lah. Apa pun bila didengar selalu, lama kelamaan, telinga kita akan dapat menerima jugak lagu ni.

Susunan muzik yang baik, rentak yang catchy, suara penyanyi yang mantop beb.

Sama la jugak seperti lagu raya Feminin – Kurniaan Di Hari Raya. Mula-mula dengar memang macam lagu disko je, tapi nasib baik ada sebut lirik “Selamat Berhari Raya”. Oh lagu raya sebenarnya. Baru lah aku tau

Indah nya beraya kalau dapat berjoget & terkinja-kinja macam ni kan

Puasa sudah habis, mari kita beraya oh yeahhhhh!!!!

Mungkin aku sudah terlalu tua untuk menerima lagu-lagu sebegitu. Sebab lagu raya aku dulu cuma macam ni je

p.s: Aku tertunggu-tunggu jugak kot Lady Gaga nak buat lagu Christmas ke…





Fakta & Auta: Part 3

26 08 2009

steak1Sekadar gambar hiasan

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih Tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap ‘cibai’ kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bohsia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak)

ice creamSekadar gambar selingan





Pupus

24 04 2009

Zaman sekarang banyak benda yang telah pupus. Tak kira lah samada ia adalah haiwan, manusia mahupun kebendaan. Masa bergerak dan berjalan, manusia pula berlari mengejar masa.

Teknologi semakin lama, semakin jauh mendahului kita. Kalau dulu terlalu asing bagi kita untuk melihat budak sekolah menggunakan telefon bimbit. Sekitar 90an, telefon bimbit adalah barangan mewah. Tak semua mampu untuk memilikinya. Pengalaman pertama menggunakan telefon bimbit pertama aku adalah menggunakan telefon abah aku berjenama Ericsson dengan talian 010.

Paling awal telefon bimbit yang aku ingat adalah jenama NEC Primero. Waktu itu siapa yang banyak duit boleh guna Motorola StarTAC yang sim card nya masuk seketul dalam handphone ๐Ÿ˜†

Sebelum itu, kita hanya menggunakan telefon rumah, public phone dan juga kemudahan prabayar yang disediakan oleh service provider. Aku ingat lagi ketika aku tinggal di asrama, public phone lah yang menjadi teman setia untuk menelefon mak abah di kampung. Aku juga berkesempatan menggunakan telefon awam jenis lama yang menggunakan rotary dial di kampung Opah aku dulu. Dial yang jenis pusing-pusing tu berbanding sekarang menggunakan dial jenis key pad.

public-phone

Telefon Besi

Bila masuk je syiling dalam kotak telefon tu, akan terdengar bunyi “tuinggg”. Classic ๐Ÿ˜‰

Daripada telefon awam yang ada booth, bertukar ke telefon awam berwarna oren yang selalunya mendatangkan masalah syiling tersangkut. Benci aku. Kadang-kadang masuk syiling lepas tu dia telan pulak. Kerugian aku dibuatnya. Kemudian berubah pula kepada telefon jenis badan besi dengan pondok yang berwarna biru.

Itu pada tahun sebelum alaf baru, sebelum aku melihat sekarang pondok telefon awam sekarang ibarat hidup segan mati tak mau. Hinggakan terpaksa di swastakan dengan jenama HELO, Aliya? dan lain-lain yang aku kurang periksa. Sekarang jika difikirkan kembali aku rasa dah bertahun aku dah tak menyentuh pondok telefon awam. Kalau dulu, sanggup kumpul syiling semata-mata nak bergayut bercakap di public phone. Tapi nampaknya keadaan itu sudah berlalu.

Pernah dulu kita diperkenalkan dengan telefon kad. Yang aku ingat ada 2 iaitu Uniphone Kad dan Kad Telekom. Uniphone Kad yang telefonnya berwarna kuning kalau tak silap aku menggunakan kad yang dilengkapi dengan jalur magnetik. Bila selesai cakap, kad akan diketik dan kita dapat tau berapa nilai baki pada kad tersebut. Punya lah hebat pada masa itu, hinggakan Uniphone mampu membuat iklan di TV menggunakan khidmat pelakon Sidi Oraza yang menjadi persona ala panglima Melayu dan Indiana Jones.

“Sungguh mudah dengan Uniphone Kad”

Tagline yang paling simple sekali. Masa di asrama aku dulu ada disediakan telefon ni. Siap ada sampai yang pandai nak hack telefon tu supaya dapat menggunakannya dengan percuma. Aku pun pernah cuba dan menjadi. Letak tape pada kad lah, dial nombor tertentu lah dan macam-macam lagi yang aku dah lupa caranya.

Kemudian Telekom memperkenalkan kad telefonnya sendiri memandangkan ketika itu sambutan kad telefon amat menggalakkan. Lebih maju lagi kerana memperkenalkan kad telefon bercip. Tapi selalunya cip pada kad gagal dibaca dan kadangkala lebih teruk lagi kad melekat pada telefon ๐Ÿ˜ก

Telefon Kad

Telefon Kad

Kemudahan ditingkatkan lagi dengan kemunculan kad prabayar yang boleh digunakan di telefon rumah, public phone dan juga telefon bimbit. Paling famous adalah Ring Ring Kad. Cuma aku rasa kad prabayar ni yang mampu bertahan pada masa ni daripada ditelan arus telefon bimbit.

Pondok telefon ketika zaman kegemilangannya dahulu sering saja menjadi mangsa vandalisme. Gagang tercabut, kena conteng, kena kopak dan tak kurang juga menjadi bahan eksperimen untuk panggilan percuma. Yang aku pelik tu bagaimana orang boleh tahu cara nak hack public phone ni? Datang dari mana caranya? Adakah juruteknik Telekom pun bersubahat sama.

Teknologi berubah masa demi masa namun jasa public phone ini memang tak dapat nak dilupakan. Dengan public phone lah kita semua mungkin mendapat cinta pertama. Dengan public phone juga mungkin mendapat berita duka. Sebab tu banyak telefon dirosakkan agaknya.

“Kita putuskan perhubungan hari ni, I tak sanggup lagi untuk bersama dengan you”

“Aaaaarrghhhhhh!!!! Pundek punya awek!!!”

“PRAKKKK!!!”

Gagang telefon jugak menjadi mangsa kena hempas kuat-kuat. Tu baru sekali, kalau tambah orang lain lagi yang buat macam tu mana tak lama-lama hancur telefon tu. Setakat ni aku masih belum lagi terlibat dalam aktiviti vandalisme ni. Kecuali aku letak telefon tu kuat-kuat disebabkan dia telan duit aku. Kadang-kadang dah masuk duit lepas tu tone takda. Mana aku tak hangin, dah la masuk syiling seringgit (zaman ada syiling seringgit lah).

Telefon Jahanam

Telefon Jahanam

Aku yakin pasti antara yang membaca coretan aku ni akan teringat kisah-kisah bergayut di pondok telefon, gelagat mengumpul duit syiling dan kad telefon. Aku sendiri pun dulu sanggup meredah hujan dan malam demi untuk bercakap dengan orang tersayang. Beratur sikit punya panjang nak tunggu giliran guna phone. Heh

Namun, sekarang tak perlu susah-susah lagi kerana masa kini kita hanya boleh bercakap dengan sebijik handphone dan kad prabayar di dalam bilik yang lebih selesa. Kan?

p.s: Sekarang tengok pondok telefon pun aku dah rasa pelik ๐Ÿ˜†





Bed-Main-Turn

2 04 2009
Peng Chong Wei sedang jumping smash

Peng Chong Wei sedang jumping smash

OK. Sampai sudah coretan pasal pengalaman main badminton pulak.

Aku sebenarnya bukan lah terer sangat main badminton ni. Dulu pernah masuk pertandingan masa sekolah rendah pun aku jadi stok kena buli dalam court je. Tapi pada satu hari entah macam mana tiba-tiba je tahap permainan aku boleh meningkat. Rupa-rupanya baru aku sedor yang cara aku memegang raket tak betul.

Setelah aku mengemaskinikan cara pegangan raket yang betul, baru lah aku boleh main dengan baik. Cara pegang raket badminton dan cara pegang raket tenis langsung tak sama (kepada yang tak tau la kan) ๐Ÿ˜†

Masa sekolah rendah pun main tahap estet je. Kampung aku sangat daif sampai court badminton pun takde. Kena la tebas + bakar kawasan lalang sebab nak bina satu court badminton. Kesian kan.ย  Lepas tu line buat guna tali rapia je. Tarik panjang-panjang.

Bila nak main, memang la asik tersadung pangkal akar lalang. Dah la main pakai kasut cap kaki ayam je. Raket jangan cerita lah. Aku pakai raket cap Yashino je. Entah cap dari mana datang aku tak pasti lah. Yang aku tau, raket tu dah memang ada kat rumah aku. Tak mampu nak beli Yonex-yonex ni.

Hobi main badminton ni tak berkembang sangat dalam diri aku. Takde la sampai aku dapat mewakili sekolah pun. Cuma main suka-suka di waktu cuti dan kelapangan saja. Walaubagaimanapun, aku tetap minat main permainan ni. Bukan minat bed main turn yek.

Tak banyak yang aku nak ceritakan pun. Cuma masa di universiti aku langsung tak main. Bila dah kerja je baru aku start main sikit-sikit. Dah kerja ada duit boleh la sewa dewan dan beli raket canggih sikit. Itu pun main double je. Kalau main single harus pengsan gamaknya.Maklumlah dah tua-tua ni kepancitan sering melanda.

Nama pun bed main turn, kena ber double la kan. ๐Ÿ˜ˆ

Bila aku pindah ke tempat kerja baru ni, peluang aku nak main badminton nampak cerah sikit. Ramai staff di sini aktif main badminton. Tengok badan pun memang aku saspek diorang boleh main badminton je. Tak layan futsal-futsal ni. Capek katanya. Maka aku pun join lah dalam komuniti badminton di sini.

Main hari Rabu dan Khamis setiap petang lepas kerja. Cuma aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal sebab nak pegi main pun aku kena drive 40km ke pekan Sekinchan. Sewa dewan di sana. Alasannya sebab Sekinchan terletak di tengah-tengah. Sebab ada staff yang main tu datang dari Kuala Selangor dan Sungai Besar.

OK lah, aku terpaksa terima la sebab nak main punya pasai. Nasib baik seminggu 2 kali je. Kalau tiap-tiap petang mampus koyak wallet aku tuang minyak kereta. Gila kan, pergi balik dah 80km. Semata nak main badminton aje. tapi aku suka memikirkan secara positif. Aku main sukan, badan mengeluarkan peluh dan aku sihat. Itu saja ๐Ÿ˜‰

Duit boleh di cari, tapi nikmat sihat tu tak dapat di jual atau di beli kat kedai-kedai mahupun shopping complex.





Oopss… Termasuk Lubang Lagi

23 03 2009
The Great Blue Hole @ Belize

The Great Blue Hole yang terletak di Belize

Oopsss…. termasuk lubang lagi.

Apa yang termasuk lubang ni?

Tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keterlanjuran OK. Kalau yang tu takde istilah “ter” yek. Semuanya berlaku dengan sengaja. Cuma yang aku nak coretkan di sini ialah pengalaman aku termasukkan barang-barang berharga ke dalam lubang tandas atau bahasa orang kampung aku ialah lubang jamban. Selain lubang jamban, lubang air di lantai bilik air jugak berpotensi untuk di masukkan barang-barang.

Kejadian seumpama ini bukan sekali dua berlaku pada aku, malah dah banyak kali serta merugikan aku. Ada barang yang mahal, ada jugak barang yang murah. Tetapi ia tetap berharga pada aku sebab aku beli guna duit sendiri OK. Yang aku nak kongsi di ini ialah pengalaman aku dan jugak orang lain. Berikut adalah antara barang-barangnya:

1. Sabun Mandi Buku

Boleh dikatakan banyak kali jugak aku termasukkan sabun ke dalam lubang jamban ni. Untuk makluman, bilik air aku terletak dalam satu bilik dengan tandas. Semuanya berpunca gara-gara tengah menyabun, ia terpelanting dari pegangan tangan akibat licin. Baru kejap tadi pun aku dah termasukkan satu. Nasib baik sabun tu dah nipis. Tak kuasa aku nak seluk ambik balik. Tapi kes sebegini jugak selalu aku tengok masa tinggal di asrama dulu. Tapi aktiviti menyabun dalam jamban ni aku dah paham la apa maknanya. Mungkin tengah sedap menyabun tiba-tiba gunung berapi meletus lantas terlepas dan masuk ke dalam lubang jamban. ๐Ÿ˜ˆ

2. Berus Gigi

Ini lagi satu barangan yang sering jugak ada dalam lubang jamban. Baik masa aku tinggal di asrama mahupun ketika aku menyewa di rumah-rumah. Apa kes? Aku syak, berus gigi di letakkan dalam keadaan tak sempurna. Bila mandi, ia terkena percikan air dan melantun ke lubang jamban. Biasanya terjadi kalau diletakkan di atas sinki bilik air bukan di letak atas rak kecik bercermin. Lagi satu memang ada jenis orang yang suka buang barangan dalam lubang bilik air. Ini yang selalu menyebabkan air tersumbat kat bilik air.

3. Ubat Gigi

Sama seperti faktor di atas, sikap tak bertanggungjawab. Buang terus masuk ke dalam lubang bilik air mahupun lubang jamban. Kebiasaannya ubat gigi yang dah habis. Jenis yang dah kena gulung lipat kaw kaw punya. Tapi sekarang ubat gigi tak boleh gulung lagi sebab tiubnya plastik. Kalau zaman dulu, tiub jenis alumunium tu memang kena guna semaksimum yang mungkin. Kalau aku, memang aku akan gulung dan lipat sampai muncung tiub untuk mengeluarkan sisa-sisa ubat gigi yang boleh di pakai.

4. Sabun Basuh Buku

Sama seperti no. 1

5. Pisau Cukur Pakai Buang

Pisau cukur pakai buang jugak adalah salah satu barangan yang sering aku sendiri termasukkan. Semuanya adalah dengan tidak sengaja. Puncanya? Letak atas sinki dan terjatuh terus ke dalam lubang. Seperti biasa, memang aku takkan seluk untuk ambik semula. Biar je lah bertapa bawah tu.

6. Shaving Cream

Tragedi untuk aku. Ketika aku menyewa di Mersing dulu, keluasan bilik air + jamban adalah amat terhad. Jadi, ada toiletriesย  aku terpaksa diletakkan atas lantai dan jugak atas cistern jamban. Nak dijadikan cerita, aku baru je beli shaving cream / lotion yang agak mahal. Baru sekali pakai. Aku letak atas cistern. Elok je lepas aku memerut, aku tarik la tali nak flush. Dengan tak semena-mena shaving cream yang mahal tu pun terjatuh ke dalam bersama-sama dengan air flushing yang amat laju. Ah celaka! Tak sempat aku nak selamatkan. Tapi kali ni aku beranikan diri menyeluk dalam lubang jamban untuk mendapatkan ia semula. Seluk punya seluk memang tak jumpa dah. Aku rasa dah dihanyutkan air flushing. Sial betul. ๐Ÿ˜ก

7. Kunci Rumah

Tak ketinggalan jugak menjadi mangsa. Pernah terjadi ketika aku menyewa di Skudai, Johor ketika zaman aku study dulu. Aku tak berapa ingat macam mana ia boleh terjatuh. Tetapi yang ni aku seluk setelah aku membalutkan tangan aku dengan beg plastik yang besar. Akhirnya dapat jugak retrieve kunci tersebut. Dah lah kunci rumah tu satu key chain dengan kunci motor aku.

8. Kotak Rokok

Ini bukan aku lah. Aku tak merokok. Cuma ini kes yang aku selalu jumpa kat tandas tempat kerja aku. Kerja aku deal dengan budak-budak bermasalah. Mereka ni suka menghisap rokok curi-curi di dalam jamban. Sememangnya kawasan opis aku adalah kawasan larangan merokok. Kotak ni lah yang selalu membuatkan bilik air tersumbat. Bila tersumbat, korang bising kat aku, padahal korang jugak yang hisap dan buang dalam bilik air tu. Hampeh betul! ๐Ÿ‘ฟ

9. Spender / Panties

Harta karun yang datang entah dari mana. Kejadian di bilik air tempat kerja aku jugak. Budak-budak bising kat aku cakap bilik air tersumbat. Maka, dengan kuasa yang aku ada dengan selambanya aku mengarahkan diorang buat gotong royong membersihkan jamban. Bila dikumpul-kumpul harta yang tersumbat ada pulak panties. Perempuan punya OK. Takjub aku sekejap ๐Ÿ˜ฏ

10. Handphone

Pengalaman member aku terjatuh handphone dia ke dalam lubang jamban. Apa kes dalam jamban pun nak main SMS jugak ke? Dah tu termasuk dalam lubang jamban public pulak tu. Alamatnya, sedekah kat jamban lah. Bila ditanya apsal nombor kau lama senyap. Dijawabnya handphone masuk air. Ni memang betul masuk air punya. Hahaha!

11. Katak

Binatang yang famous dalam lubang bilik air dan jugak jamban. Aku selalu terjumpa. Tapi mujur lah aku jumpa masa tengah mandi-manda. Tak pernah pulak time aku tengah memerut. Kalau tengah sedap memerut aku rasa mau tersontot sekejap hajat. Korang tak terkejut ke kalau tiba-tiba ada makhluk terjojol keluar dari lubang jamban? Haihh

p.s: Jaga lah kebersihan jamban anda. Kerana ia akan reflect tahap kebersihan diri anda sebenarnya ๐Ÿ˜‰





Ping Pong Mania – Part II

20 03 2009

Bersambung semula coretan aku

Kali ini sampai aku dah masuk ke U pulak. Sukan ni masih lagi aku main, cuma peluang aku di sini agak tipis sebab ramai lagi yang terer-terer. Ada Melayu dan jugak Cina. Pencapaian membanggakan aku pun hanyalah sekadar dapat mewakili Kolej Kediaman dalam Sukan U. Itupun tak menang sebab masuk pun just for fun saja. Aku masih lagi bermain dalam kategori double.

Masa tu dah pandai la guna bat mahal-mahal. Tapi zaman aku main pun yang famous nya balik-balik bat cap Butterfly dan Champion je. Aku pun guna bat cap Butterfly jugak. Bola pulak yang selalu guna cuma Nittaku 3 Star je. Mahal bola tu. Nak beli selalu kopak duit. 3 biji je dan cecah RM12.00.

Masuk alam pekerjaan, ofis mana yang aku kerja semuanya ada meja ping pong. Senang kan sukan ni. Dalam pejabat pun boleh main. Aku meneruskan hobi main sehingga lah aku dapat mewakili Johor dalam Sukan MARA 2006. Selection pun main rasa setengah mati sebab ramai yang terer. Nasib baik aku terpilih dan secara tak langsung aku dilantik jadi pengurus pasukan ๐Ÿ˜ณ

Bertanding dalam Sukan MARA 2006, aku lingkup. Semua lagi terer. Diorang main dah macam pro gila. Semua bola spin tak ingat dunia. Aku main pun cuma for fun saja. Sebab dapat baju sukan & kasut free ๐Ÿ˜†

Sekarang ni aku dah malas nak masuk apa-apa pertandingan lagi. Kalau main pun cuma untuk keluar peluh saja. Elok pulak tadi ada pegawai call aku. Aku panggil dia Pak Chat (PC) je.

PC: Errrr… encik, nak tanya sikit la ni

Aku: Nak tanya apa?

PC: Encik ada main sukan apa-apa tak?

Aku: Ada la, seminggu sekali petang saya main badminton aje

PC: Dak aihhh… ni kami nak lantik encik jadi AJK Pemilihan pemain untuk Sukan MARA 2009

Aku: Ohhh… (sebenarnya aku dah tak minat nak join Sukan MARA)

PC: Macam ni la.. kami lantik encik untuk jadi AJK untuk boling padang yek?

Aku: Laa, saya tak reti main boling padang. Sukan lain ada? Ping Pong?

PC: Haaa… boleh lah, nanti saya taruk nama encik yek.

Aku: Ye lah.. ye lahhh ๐Ÿ˜ก

Hmmm. Ye lah sangat tu. Aku terima pun sebab terpaksa je ni. Sebab tak suka, kerana kalau pegi meeting apa-apa berkaitan dengan sukan ni, company aku tak benarkan untuk buat claim mileage. Bankrup la kalau semua nak pakai duit sendiri je. Tokey balak pun marah.

Tapi bila difikir-fikir aku tak kisah jugak. Sebab teringin gak nak main ping pong ni. Gian lah katakan. Rugi la beli bat mahal-mahal tapi tak guna. Mahal ke? Takde la kot harga baru RM 100 lebih je. Yang pro punya lagi mahal rasanya. Lagi berkualiti getahnya, lagi mahal harganya. Tak salah kan untuk kepuasan bermain

Jadi aku kena la bersiap sedia nak jadi AJK pemilihan kelak. Cara aku senang je. Kalau main boleh kalahkan aku, kita korang terer lah dan layak untuk jadi wakil company

Haih… ๐Ÿ™„





Ping Pong Mania – Part I

19 03 2009
Li Jia Wei: player fav aku. Gambar kredit pada STTA

Li Jia Wei: player favourite aku. Credit to STTA

Ini adalah sukan no.1 aku.

Aku sudah mula berjinak-jimak dengan sukan ni bermulanya persekolahanย  di tingkatan 1. Macam mana aku boleh terjebak dalam sukan ni aku pun tak berapa ingat. Tapi di sekolah aku pun, ping pong ni jugak adalah sama level macam bola tampar jugak. Di mana para pemain sekolahnya semua 100% terdiri dari budak-budak hostel.

Sebabnya?

Meja ping pong di sekolah aku hanya ada dalam kawasan hostel saja ๐Ÿ˜†

Maka tak heran lah bila budak hostel je dok conquer arena ping pong ni. Termasuk la aku salah sorang daripada penagih main ping pong. Asal Sabtu dan Ahad je, aku akan main dari pagi, petang sampai ke malam. Sememangnya main ping pong dengan budak hostel ni tak dapat dipisahkan lagi.

Tapi masa tu main pun guna bat ping pong cap kayu kayan je. Masa aku tingkatan 1, aku guna bat ping pong murah je. Walaupun macam tu, kalau di ranking kan ikut tingkatan, untuk budak tingkatan 1 ketika tu aku number one lah.

Buktinya, aku menang pertandingan untuk seluruh tingkatan 1 saja. Tetapi akhirnya hampeh sebab hadiah ditipu oleh brader senior yang jadi penganjur pertandingan tu. Dah la main kutip duit, lepas tu dia tibai bawak lari. Apa ke bangang AJK Sukan macam tu.

Mujur aku tak report pada warden. ๐Ÿ‘ฟ

Bermulanya tingkatan 2, aku dah mula mewakili sekolah. Masa tu nak kata terer pun tidak jugak, tapi abang tingkatan 4 pun aku boleh kalahkan. Ketika selection diadakan, aku sebenarnya berminat nak main single. Tapi disebabkan kerakusan sorang senior tingkatan 3 ni (Johari namanya), menyebabkan aku dipaksa bermain double bersama dengan classmate aku. Sharul Nizam namanya. Kitorang panggil dia Ah Yap sebab muka dia macam Cina.

Bila tiba hari pertandingan, si Johari ni awal-awal dah bungkus. Aku dalam hati gelak je kat dia. Tu la padan muka tamak sangat nak main single. Aku yang bermain double dengan Ah Yap ni cuma dapat jejak semi final je. Kalah dengan Sekolah Tsung Wah. Kebanyakan sekolah Melayu semua bungkus awal kecuali sekolah aku je.

Kategori bawah-18 tahun sekolah aku yang juara. Single dan double sekolah aku sapu. Sekolah Cina bungkus!. Cuma team double bawah-15 tahun je sampai semi final je (team aku le tu). Kira pencapaian memberangsangkan jugak pada aku sebab sekolah aku takde pun jurulatih. Semua main berlatih sendiri je. Yang ada cuma pengurus pasukan iaitu Cikgu Lee Li Ching. Berbanding sekolah Cina rata-ratanya ada jurulatih dan rejim latihan yang teratur.

Balik daripada pertandingan, warden sekolah belanja KFC. Kena la beli jiwa anak buah kan. Sebab dah semua player budak-budak hostel. Yang menang dapat 2 kotak KFC, yang kalah macam aku cuma dapat sekotak je. Bersyukur saja lah kan ๐Ÿ™‚

Masuk tahun 1994, zaman aku bermula. Seperti biasa aku masih lagi tinggal di asrama. Masih bermain ping pong hingga ke lewat malam seperti selalu. Cuma untuk menengah rendah, aku lah champion sekolah. Tapi sebab aku dah biasa berpasangan dengan Ah Yap ni, aku memutuskan untuk main double jugak pada pertandingan peringkat daerah.

Untuk kategori single, aku serahkan pada junior aku, pelajar tingkatan 2. Kira budak ni macam protegee aku lah jugak. Dia pun bermain agak bagus jugak. Permainannya tenang dan tak menggelabah.

Hari pertandingan, aku dan Ah Yap dah nak masuk semi final ni. Lawan Sekolah Tsung wah lagi. Pada aku ni la peluang untuk aku membalas dendam tahun lepas. Memang aku main tahap dewa. Sampai siap smash terkena perut budak Cina tu.

“Pelepapppppp!!!!!”

Bola tak masuk pun, tapi kuat dia bukan main lagi. Aku mintak maaf je la. Bukan aku sengaja nak smash ke perut dia. Dah bola tu yang terbang ke perut dia ๐Ÿ˜ˆ

Aku tau sakit rasanya sebab aku pun pernah jugak kena dulu. Pedih je. Tapi disebabkan pertandingan, budak Cina tu main macam biasa la. Takkan la nak tunjuk sakit pulak. Tak macho lah kena bola ping pong nak sakit-sakit.

Akhirnya dapat jugak aku membalas dendam. Menang je dalam semi final tu, Ah Yap terus peluk aku. Aku cakap, “wei, ni baru nak masuk final ler… belum menang final lagi”. Tapi dalam hati aku seronok jugak sebab dapat ke final.

Tiba di final, rezeki bukan milik aku sebab tewas pada Sekolah Shing Chung (tuan rumah). Favouritism lagi agaknya. Kategori single bawah-15 pun dapat naib johan jugak. Tapi jadi lah pada aku. Dapat masuk ke final pun dah seribu rahmat rasanya.

Sebabnya?

Seperti yang aku dah nyatakan di atas. Sekolah aku takde latihan yang lengkap untuk ping pong ni. Semua nya berdasarkan main sendiri-sendiri je. Takde nasihat dari segi teknikal mahupun kejurulatihan yang bagus. Untuk pencapaian sekolah Melayu di daerah aku, rasanya sudah boleh dibanggakan.

Bersambung kemudian








%d bloggers like this: