Age Is Not A Barrier To Happiness

7 09 2010

Aku amat bersetuju dengan kenyataan di atas.

Umur hanyalah sekadar angka yang kalau kita duk pikir manjang pun akan lagi menambahkan belenggu dalam kepala otak.

Apa pun, umur aku bertambah lagi setahun untuk hari ini. Semoga segala perancangan, impian, matlamat aku akan menjadi kenyataan dengan izin Nya. Amin

Kesempatan yang ada ni jugak aku merasa amat bersyukur, dapat dipanjangkan lagi usia untuk setahun lagi.

Tak lupa juga untuk Bro Maman, takziah diucapkan kerana ayah beliau yang tercinta telah kembali ke Rahmatullah malam tadi. Di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Semoga roh ayahmu, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin!

p.s: tajuk pinjam ayat daripada my dear πŸ™‚





Lagi Cerita Sawang

1 09 2010

Lagi cerita sawang.

Punya la lama aku tak jenguk sini, ada di antara blog kawan-kawan dalam list aku pun turut menjadi sawang jugak.

Mungkin masing-masing ada komitmen lain yang harus di setelkan dulu

Sayang sebab aku suka membaca coretan kawan-kawan aku ni. Selain dapat update tentang kisah diorang, kisah yang ditulis pun kadang kala mencuit hati. Boleh la jadi bahan merilis tension di kala petang hari.

Setakat pemerhatian mata aku, dapat aku kumpulkan apa yang terjadi kepada blog kengkawan aku ni ha!

Spiderman ada blog tak agaknya?

1. Tukar status

Bila aku blogwalking, ada jugak kawan-kawan yang dah bertukar status. Dari single ke tunangan orang, dari bini orang dah jadi mak orang.

2. Not found

Klik punya klik, rupa-rupanya dah tak wujud pun blog yang dulu tu. Apa kes? Dah bosan membelog ke? Aku mengerti sebab aku pun macam tu jugak. Hangat taik ayam je. Tengok orang lain ada blog, kita pun teringin nak ada blog jugak

3. Sudah tukar template

Yang ini biasa lah. Aku tengok ramai jugak yang buat. Tak perlu aku bertapa pun. Ada yang tukar sebulan sekali, seminggu sekali. Yang tiap-tiap hari tukar belum jumpa lagi

4. This blog is open to invited readers only

Alamak! Apa yang sudah terjadi? Semua yang ada dalam tu dah menjadi privasi pulak ke? Apa-apa je la kan asalkan kome berbahagia.

5. Takde kemaskini lebih dari 6 bulan

Boleh rujuk nombor 2. Start daripada aku bertapa, sampai la ni aku dah merangkak menaip balik pun, blog diorang masih lagi belum ada apa-apa kemaskini. Ya, aku masih lagi mengerti.

6. Tiada lagi entry berbentuk Tagged

Thank God! Akhirnya habis jugak menatang tag-mengetag ni. Dah pupus agaknya ataupun musim dah habis? Ataupun soalan dah habis untuk di recycle?

Cukup la kot. Karang diorang nyampah kat aku pulak, tak pasal-pasal diorang buat hate page dekat Facebook.

Hahaha!





Carian Paling Top ~ Nasha Aziz

1 09 2009

stat

Bersempena ulangtahun pertama blog aku ni, aku ingin berkongsi paparan statistik yang dicatatkan oleh WordPress

Statistik di atas adalah merupakan carian paling top ‘all time’ yang menjurus kepada blog ini. Maknanya bila korang taip je “Nasha Aziz” kat Google dan mana-mana enjin carian serta klik Search!, berkemungkinan korang akan terdampar di blog aku.

Memandangkan Nasha Aziz adalah seorang model dan pelakon yang popular. Tapi aku tak menjangkakan bahawa Nasha Aziz masih lagi popular dengan saingan serta lambakan artis-artis mi segera. Gosip tentang beliau pun dah lama tak kedengaran. Mungkin populariti kontroversi kamera hendap masih lagi menghantui peminat serta penggemar Nasha Aziz

Harus diingatkan sekali lagi bahawa aku tak pernah mencoret entri berkenaan Nasha Aziz. Aku memang lah kenal sangat-sangat dengan Nasha Aziz tu cuma dia je la tak kenal akan aku ni.

Entri asal yang aku coretkan di sini ialah berkenaan seorang forumer yang menggunakan nick Nasha Ajis. Disamping itu meletakkan gambar aktres Nasha Aziz memakai pakaian see thru (wow!) sebagai penghias coretan tersebut. Aku cuma difahamkan beliau adalah peminat Nasha Aziz. Tetapi baru-baru ni aku mendengar khabar-khabar angin bahawa beliau telah beralih selera kepada Fasha Sandha pula.

Mana tahu mungkin selepas ni beliau akan menukar nick nya kepada Fasha Sendut pula.

Kalau tukar nick kali ni mungkin aku akan mencoretkan entri berkaitan dengan Fasha pula. Baru lah kita dapat lihat samada Fasha Sandha lebih top atau tidak daripada Nasha Aziz.

Namun aku yakin carian berkenaan Nasha Aziz takkan berhenti setakat ini saja. Statistik menunjukkan setiap hari ada je carian tentang Nasha Aziz akan terpesong ke blog aku ni.

Jadi kesimpulannya, Nasha Aziz masih lagi relevan :mrgreen:

p.s: tadi aku tengok kat suratkhabar iklan Astro Megadrama, ada Nasha Aziz berlakon. Sayangnya aku tak langgan Ass-tro lagi





Bunkface : Situasi Makan Di Revolusi Lemon

11 06 2009

bunkface

06.06.09. Cantik tarikh tu!

Aku menyertai majlis makan malam anjuran Mangga Online atas jemputan Maman. Adalah diingatkan sekali lagi bahawa Manga Online dan Mangga Online adalah 2 entiti yang berbeza. Mangga Online ialah versi online majalah Mangga yang terkenal dengan photoshoot di tepi kolam renang sambil menayangkan dada dan jugak betis. Tapi nasib baik Mangga Online takde gambar artis tepi kolam renang.

Tepat jam 5 petang, aku, Isis, Sham dan Okliz berkumpul di rumah Tepung. Bertolak dari rumah Tepung menuju ke Kajang di mana akan berjalannya program makan-makan ni. Tempat dituju, Metropoint Kajang. Aku yang tak pernah masuk pekan Kajang ni jadi penumpang je la.

Sampai pekan Kajang baru la aku tau kat mana letaknya Sate Kajang. Kolotnya aku ni kan.

Tak jauh dari Sate Samuri tu kami berkumpul pulak dengan Maman yang dah tiba dulu kat situ. Kemudian sama-sama gerak untuk cari Metropoint Kajang. Diulangi, Metropoint Kajang! Pusing-pusing cari, Tepung dengan confidentnya masuk parking basement Plaza Metropoint. Kitaorang siap dah naik atas nak cari Restoran Lemon milik David Teoh tu. Tapi rupa-rupanya salah bangunan πŸ˜†

Nasib baik akak information kaunter tu baik hati tunjukkan arah ke Metropoint Kajang. Belakang pasar katanya. Iya lah akak. Turun masuk kereta semula, gerak semula destinasi yang ditunjukkan. Kali ni betul Metropoint. Aku confuse sebab ada berapa banyak Metro daaaa dekat ini Kajang. Ada Metropoint, ada Plaza Metro, ada Metro Kajang. Lain kali nak letak nama bangunan sila letak nama yang bunyi lain ok.

warga MO

Pusing Metropoint, Tepung dah mula busy dengan panggilan telefon bertalu-talu dari pelanggan. Eh bukan. Dari Mangolian yang cuba untuk cari destinasi yang sama seperti kami. Aku tengok Tepung hari tu dah macam GRO je rupanya. Sibuk memenuhi kehendak pelanggan. Semua orang duk cari dia.

Sebab tugasan Tepung sebagai GRO adalah menjemput mana-mana Mangolian yang tak tau arah ke Metropoint Kajang.

Setel tugasan menjemput, aku masuk ke dalam Lemon dan terus mendaftar. Dapat pas dan jugak bookmark free. Aku letak atas meja masa busy snap gambo, terus hilang. Sapa yang ambik entah le. Sajian yang dijamukan memang best jugak. Tomyam pun sedap dan ada rasa.

Abih je makan, sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama peminat. Aku lebih senang snap gambar je. Maklum je la orang fotogedik seperti aku ni bakal merosakkan gambar je nanti. Kerjasama yang diberikan oleh Bunkface amat baik terhadap kami. Jangan sekarang je ok, bila dah ngetop meletop nanti buat-buat kekwat pulak.

Ramai yang aku lihat menghadiri program tu berpuas hati. Disamping dapat jumpa Bunkface, dapat juga bertemu dengan kawan-kawan cyber yang sebelum ni tak pernah dilihat pun rupanya. Hanya tau melalui nickname saja. Ada yang datang dari Johor dan jugak Pahang (sanggup tu). Tabik spring sikit kat korang.

Akhir kata, terima kasih kepada Maman, Mangga Online dan juga Lemon atas makan-makan free ni. Kalau aku saja je nak datang ke Lemon tu ntah bila la agaknya lagi. Baik lagi aku makan sate kesukaan aku. Terima kasih jugak kepada semua yang hadir.

lemonBye-bye Lemon





Kalau Roboh Kota Melaka

8 06 2009

rina & tepungKalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan

Hisap rokok tembakau Cina
Asap keluar berbunga-bunga
Hai cik adik boleh abang bertanya
Sudahkah cik adik ada yang punya

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah puas hamba mencari
Baru sekarang hamba mendapat

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang

Kalau nak jatuh, jatuh lah nangka
Jangan ditimpa dahan pauh
Kalau nak tidur, tidur lah mata
Jangan dikenang abang yang jauh

p.s: kredit kepada laman ini & juga Rina serta Tepung kerana menjadi model aku πŸ˜‰





Selamat Hari Ibu

10 05 2009

SELAMAT HARI IBU

Tiada kata-kata yang dapat nak saya terjemahkan untuk menilai budi dan kasih sayang seorang ibu

Saya seorang yang lahir tak cukup bulan. Saya mengerti bagaimana perit dan jerihnya Mak menjaga saya.

Kepada Mak, saya ingin ucapkan, SELAMAT HARI IBU.

Kepada rakan-rakan yang berstatus Ibu, SELAMAT HARI IBU

Kepada rakan-rakan yang bakal menjadi Ibu, tahun depan je la yek πŸ˜†





Dari Tasik Raban ke Muzium Arkeologi Lenggong

9 05 2009

Lama betul saya bercuti di kampung sempena Hari Pekerja

Kiranya puas jugak saya berehat di rumah. Takde buat apa pun sangat sebenarnya. Lebih kepada menghabiskan masa berkualiti bersama famili terchenta.

Aktiviti biasa bila balik kampung saya ialah makan laksa dengan GPS aku sambil minum-minum cendol di Lembah. Lokasi yang bersebelahan dengan tebing Sungai Perak yang terletak di pekan Kuala Kangsar.

Hari Sabtu, dalam perjalanan saya pulang ke rumah dari pekan Kuala, Syed a.k.a Panda call serta mengajak saya pergi ke kenduri di Kampung Tasik Raban. Kampung ni pun dah memang tak asing bagi saya sebab ia adalah kampung Opah dan Atuk saya jugak.

Maka, Syed pun bertolak dari Ipoh untuk sampai ke rumah saya. Lebih kurang 30 minit kemudian Syed sampai dan kami bertolak ke Tasik Raban. Sampai di rumah orang kenduri kami terus menjamu selera. Habis makan-makan, jumpa pengantin dan snap gambar apa yang patut, kami pun bertolak ke Muzium Arkeologi Lenggong.

Saya memang tak mengenali tuan rumah kenduri sebab kawasan rumahnya di luar lingkungan kawasan permainan saya zaman kecil-kecil dulu. Lagipun mak saya yang pasti lebih mengenali tuan rumah kerana dia anak jati Tasik Raban. Rupa-rupanya tuan rumah (bapak pengantin) tu classmate Mak Andak saya jugak.

arkeologi

Sampai di Muzium Arkeologi Lenggong yang lokasinya terletak dalam kawasan kebun kelapa sawit. Di sini adalah tempat bersemadinya Perak-Man yang terkenal itu. Di ketika itu, hanya saya dan Syed je pengunjung yang ada. Kami pun check in ke dalam muzium dengan menulis nama dalam buku log. Ini adalah lawatan saya yang ke-2 ke muzium ini setelah 4 tahun dahulu.

Takde apa yang berubah pun, dalamnya masih sama seperti dulu.

Yang menariknya, kerjasama yang ditunjukkan oleh Pakcik Security di situ amat memuaskan. Beliau sendiri memberi penerangan serba sedikit tentang sejarah-sejarah yang terdapat di dalam muzium itu. Ya, jangan memandang rendah pada Pakcik Guard kerana ilmu sejarahnya mungkin lebih tinggi daripada saya.

Trip ke muzium singkat saja sebab tak lah besar mana pun muziumnya. Kecuali pada yang betul-betul minat pada sejarah purba mungkin akan khusyuk membaca satu persatu papan kenyataan yang dipamerkan. Saya sekadar melihat-lihat saja. Dalam pada itu pun pengunjung pun dah bertambah ramai sedikit.

arkeologi (1)

Habis pusing-pusing dalam muzium, kami bergerak ke kawasan behampiran iaitu Taman Geologi. Lagi lah tak mendatangkan minat pada saya sebab yang dipamerkan hanya batu-batuan je. Lain la kalau yang dipamerkan tu Krytonite ke, mungkin saya akan berasa sedikit takjub.

Selesai trip ke muzium, kami membawa diri ke lokasi yang tak berapa jauh dari Tasik Raban, iaitu Lata Kekabu. Lata dalam loghat Perak bermaksud kawasan air terjun. Lata ni sering menjadi tempat persinggahan pengujung yang melalui Lebuhraya Timur-Barat. Laluan dari Perak untuk sampai ke Kelantan.

Pada hujung minggu tempat ni memang ramai orang. Saya sendiri pun dah pernah mandi di sini lebih kurang 3 kali. Tak boleh nak dibanggakan pun sebab sepatutnya saya mampu pergi dengan lebih kerap lagi disebabkan tempatnya dekat je dengan rumah Opah saya. Tempatnya boleh tahan walaupun tidaklah seindah Niagara Falls πŸ™‚

arkeologi (2)

Saya tak snap sebarang gambar pun sepanjang berada di Lata Kekabu. Sebab bimbang dituduh paparazzi pulak. Saya biarkan je Syed snap gambar sepuas-puasnya. Takut jugak, kang tak pasal tengah snap kena belasah dek orang tengah mandi kerana dituduh skodeng. Jadi kalau nak belasah pun, belasah Syed je ok. πŸ˜†

Kalau nak tengok gambar boleh klik dan tengok kat sini

Kami berjalan kaki sambil menikmati suasana hutan dan sungai. Setelah puas menghabiskan masa di Lata Kekabu, kami bertolak kembali ke rumah. Syed cuma singgah sebentar sambil bersembang-sembang dengan mak dan abah saya. Ini kunjungan yang ke-2 kalau tak tak silap saya.

Kunjungan yang pertama ialah ketika saya masih lagi menjadi rakan serumah beliau di Seremban. Ketika itu kami berjalan-jalan ke Bandar Kuala Kangsar serta Cameron Highlands bersama keluarga saya.

Nostalgik lah pulak.








%d bloggers like this: