Definasi Lagu Raya

2 09 2010

Cuba berikan aku satu definasi lagu raya?

Lagu raya macam mana yang korang minat? Rentak bagaimana yang menambat hati? Irama mana yang yang menjadi siulan? Lirik puitis seperti apa yang menjadi pilihan hati?

Aku yakin kebanyakan dari umat yang ada di Malaysia ni dibesarkan & dijamu dengan irama lagu raya retro. Daripada P.Ramlee, Saloma, Fazidah Joned, Ahmad Jais, M.Nasir & Siti Nurhariza (kata Namewee).

Aku mula-mula dengar lagu ni tak sangka pulak ini adalah sebuah lagu raya. Lagunya rancak, pop & snappy jugak. Memang betul-betul membangkit mood nak pegi clubbing beraya lah. Apa pun bila didengar selalu, lama kelamaan, telinga kita akan dapat menerima jugak lagu ni.

Susunan muzik yang baik, rentak yang catchy, suara penyanyi yang mantop beb.

Sama la jugak seperti lagu raya Feminin – Kurniaan Di Hari Raya. Mula-mula dengar memang macam lagu disko je, tapi nasib baik ada sebut lirik “Selamat Berhari Raya”. Oh lagu raya sebenarnya. Baru lah aku tau

Indah nya beraya kalau dapat berjoget & terkinja-kinja macam ni kan

Puasa sudah habis, mari kita beraya oh yeahhhhh!!!!

Mungkin aku sudah terlalu tua untuk menerima lagu-lagu sebegitu. Sebab lagu raya aku dulu cuma macam ni je

p.s: Aku tertunggu-tunggu jugak kot Lady Gaga nak buat lagu Christmas ke…

Advertisements




Malaysia Satu?

3 09 2009

Semalam dah keluar keputusan lagu 1Malaysia yang dianjurkan oleh HotFM. Maka dapat lah Audi Mok, Nurfatimah dan Faizal Tahir sebanyak RM 25K.

Aku takde la pun mengundi mana-mana lagu. Cuma layan je kat radio memandangkan aku kerap mendengar saluran HotFM. Finalist untuk lagu ni ada 10 lagu yang telah dcipta dan digubah oleh komposer yang terkenal dan jugak tak terkenal.

Cuma ada beberapa lagu je la pada pendapat aku menarik perhatian corong telinga aku. Antaranya lagu nyanyian Datuk Siti, Alex, D. Gerard Singh dan jugak Faizal Tahir sendiri. Tajuk serius aku tak ingat sebab semuanya berkisarkan tentang 1Malaysia je.

Apasal masa Pak Lah lancarkan Islam Hadhari dulu takde pulak orang nak buat pertandingan lagu nasyid ke πŸ˜†

Ok jugak apa, baru la kena dengan tema Islamik kan. Jadi kena la cipta lagu-lagu nasyid.

Oh, lupa, HotFM tak pasang lagu-lagu nasyid. Hahahaha!

Ok la tu Faizal Tahir, dapat RM 25K. Kongsi-kongsi dengan Audi Mok & Nurfatimah dapat la nak cover duit minyak petrol yang baru naik ni.

Aku? Tetap isi minyak macam biasa je lah nampak gayanya πŸ˜‰

logo_1malaysia

MALAYSIA SATU

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan





Bunkface : Situasi Makan Di Revolusi Lemon

11 06 2009

bunkface

06.06.09. Cantik tarikh tu!

Aku menyertai majlis makan malam anjuran Mangga Online atas jemputan Maman. Adalah diingatkan sekali lagi bahawa Manga Online dan Mangga Online adalah 2 entiti yang berbeza. Mangga Online ialah versi online majalah Mangga yang terkenal dengan photoshoot di tepi kolam renang sambil menayangkan dada dan jugak betis. Tapi nasib baik Mangga Online takde gambar artis tepi kolam renang.

Tepat jam 5 petang, aku, Isis, Sham dan Okliz berkumpul di rumah Tepung. Bertolak dari rumah Tepung menuju ke Kajang di mana akan berjalannya program makan-makan ni. Tempat dituju, Metropoint Kajang. Aku yang tak pernah masuk pekan Kajang ni jadi penumpang je la.

Sampai pekan Kajang baru la aku tau kat mana letaknya Sate Kajang. Kolotnya aku ni kan.

Tak jauh dari Sate Samuri tu kami berkumpul pulak dengan Maman yang dah tiba dulu kat situ. Kemudian sama-sama gerak untuk cari Metropoint Kajang. Diulangi, Metropoint Kajang! Pusing-pusing cari, Tepung dengan confidentnya masuk parking basement Plaza Metropoint. Kitaorang siap dah naik atas nak cari Restoran Lemon milik David Teoh tu. Tapi rupa-rupanya salah bangunan πŸ˜†

Nasib baik akak information kaunter tu baik hati tunjukkan arah ke Metropoint Kajang. Belakang pasar katanya. Iya lah akak. Turun masuk kereta semula, gerak semula destinasi yang ditunjukkan. Kali ni betul Metropoint. Aku confuse sebab ada berapa banyak Metro daaaa dekat ini Kajang. Ada Metropoint, ada Plaza Metro, ada Metro Kajang. Lain kali nak letak nama bangunan sila letak nama yang bunyi lain ok.

warga MO

Pusing Metropoint, Tepung dah mula busy dengan panggilan telefon bertalu-talu dari pelanggan. Eh bukan. Dari Mangolian yang cuba untuk cari destinasi yang sama seperti kami. Aku tengok Tepung hari tu dah macam GRO je rupanya. Sibuk memenuhi kehendak pelanggan. Semua orang duk cari dia.

Sebab tugasan Tepung sebagai GRO adalah menjemput mana-mana Mangolian yang tak tau arah ke Metropoint Kajang.

Setel tugasan menjemput, aku masuk ke dalam Lemon dan terus mendaftar. Dapat pas dan jugak bookmark free. Aku letak atas meja masa busy snap gambo, terus hilang. Sapa yang ambik entah le. Sajian yang dijamukan memang best jugak. Tomyam pun sedap dan ada rasa.

Abih je makan, sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama peminat. Aku lebih senang snap gambar je. Maklum je la orang fotogedik seperti aku ni bakal merosakkan gambar je nanti. Kerjasama yang diberikan oleh Bunkface amat baik terhadap kami. Jangan sekarang je ok, bila dah ngetop meletop nanti buat-buat kekwat pulak.

Ramai yang aku lihat menghadiri program tu berpuas hati. Disamping dapat jumpa Bunkface, dapat juga bertemu dengan kawan-kawan cyber yang sebelum ni tak pernah dilihat pun rupanya. Hanya tau melalui nickname saja. Ada yang datang dari Johor dan jugak Pahang (sanggup tu). Tabik spring sikit kat korang.

Akhir kata, terima kasih kepada Maman, Mangga Online dan juga Lemon atas makan-makan free ni. Kalau aku saja je nak datang ke Lemon tu ntah bila la agaknya lagi. Baik lagi aku makan sate kesukaan aku. Terima kasih jugak kepada semua yang hadir.

lemonBye-bye Lemon





Kantoi… Aku Suka Zee Avi

30 05 2009

Kantoi. Lagu paling catchy pada aku

Buah tangan penyanyi Zee Avi yang sebelum ni menggunakan nama Kokokaina.

Anak Malaysia yang berbakat sekali, tak perlu nak masuk realiti TV pun.

Paling best, pandai main Ukulele

Mawi who?

p.s: lagu yang lain? boleh klik kat link Youtube di sidebar blog aku





Tag Dari Mamarempit

16 04 2009
mamarempit

Mamarempit

Dah lama jugak aku tidak di tagged kan?

Nasib baik ada Mamarempit menge ‘tag’ aku. Boleh jugak aku memikirkan jawapan tag sambil-sambil buat kerja pejabat sikit-sikit

Walaupun ada antaranya yang aku dah pernah jawab di TAG yang sebelum ini, namun ini adalah special untuk Mamarempit. Enjoy

1. NAMA TIMANGAN ANDA

  • Muhammad
  • Neno
  • Yop (ini general je bagi orang Perak ) Hahaha!

2. ANDA SEORANG YANG

  • Pemalu
  • Hensem (aku yakin pada diri aku sendiri apa) πŸ˜†
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Penyabar

    3. INSAN ISTIMEWA, DESCRIBEKAN

    • Semuanya insan ada keistimewaan masing-masing. Tolak tepi famili kerana famili adalah yang paling agung pada aku

    4. LAGU KESUKAAN BUAT MASA KINI

    • Terlanjur Cinta – Pasha & Rossa
    • Ingkar – BCL
    • Yang Terlewatkan – SO7
    • Jiwang ke aku ni? Apa hal lagu macam ni je aku dengar? 😳

    5. MAKANAN KESUKAAN

    • Sate
    • Laksa Kuala Kangsar

    6. WARNA KEGEMARAN

    • Biru
    • Putih
    • Coklat
    • Hitam

    7. TIGA BENDA MESTI ADA DALAM BEG

    • Aku lelaki tak pakai handbag, kalau dalam beg kerja ada buku nota, pen dan tag nama

    8. KALI TERAKHIR MENANGIS DAN KENAPA

    • Pernah dan banyak sebab. Kebanyakannya disebabkan frust dan kechiwa sahaja.




    You’re The Inspiration

    4 03 2009

    solitudesolitaire1Chewahh… sebijik macam tajuk lagu kumpulan Chicago nyanyian Peter Cetera. Lagu ni pun aku suka jugak sebenarnya. Tapi sebenarnya coretan ini tak berkaitan dengan Chicago, Peter Cetera mahupun Chicago Bulls. Coretan ini adalah lebih kepada kenapa aku mewujudkan blog.

    Harus aku memuji kepada Joyah kerana telah memberi inspirasi untuk mencoret tentang ini. Apa kes semua duk cerita pasai inspirasi je ni? Sengaja je nak guna perkataan inspirasi takut nanti aku dikatakan memplagiat entry Joyah. :D.

    Kenapa aku ada blog? Kenapa semua orang nak ada blog? Aku sendiri pun tak pernah mengatakan diri aku ni blogger sebab aku pun tak tau macam mana definasi blogger tu. Aku cuma mencoret je kat sini, ikut suka hati aku. Rumusan aku senang je, ada blog sebab kita nak berkongsi. Bak kata Joyah (Joyah lagi), sharing is caring.

    Terpulang la apa yang kita nak sharing kan ok.

    Sejarah aku ada blog ni mulanya pada tahun 2006 kalau tak silap aku. Entah apa tujuan aku buat blog, aku pun tak pasti. Tapi ketika tu hanya 2 nama ni je yang aku kenal mempunyai blog. Tut tut… sama la pulak macam Joyah. Orang itu adalah JM dan Isis.

    Ini cerita zaman dahulu kala ketika aku pernah chatting YM dengan JM (wahh boleh buat tagline). JM kata dia suka menulis. Jadi sebab itu dia buat blog. OK. Sampai situ saja. Tiada gossip-gossip berlebihan mahupun skandal terlarang antara aku dan dia.

    Kemudian datang pula Isis. Dengan Isis ni aku banyak mengenali tentang blog. Malah pada awalnya dia yang mengenalkan aku pada blogspot (sebelum aku bertukar ke wordpress). Dan dengar khabar angin juga Isis pun dah tukar ke wordpress jugak tetapi kembali menggunakan blogspot kerana banyak nilai sentimental.

    Sampaikan nak create nama blog pun aku tak reti hinggakan mintak pendapat Isis (aku rasa dia tak ingat ni, tapi aku ingat). Tapi akhirnya aku dapat jugak nama sendiri setelah jenuh berfikir 3 hari 4 malam. Aku memang failed dalam bab-bab mencipta nama ni.

    Maka, aku pun terjebak lah dalam blogomania ni (bloggerisme?). Orang ada blog, aku pun ada blog jugak. Cuma bezanya aku rasa coretan aku banyak sampah je daripada isi. Sampaikan, bila aku cerita pada kawan aku yang bernama Gustiadipati itu, sampai dia cakap kat aku “ko ni macam pompuan pulak ada-ada blog ni”. Hello… alih-alih dia pun buat blog jugak. Hahahaha!

    Tapi memang aku perhatikan ramai perempuan daripada lelaki yang ada blog ni. Mungkin aku rasa perempuan ni lebih suka bercerita, bergosip-gosip dan bersharing is caring ni kan. Sebab tu hiasan kat blog perempuan… Mak aiii! Dengan bunga-bungaan, wangi-wangian serta template yang berwarna-warni gitu. Ya aku faham kaum perempuan suka bertata-rias.

    Berbalik kepada cerita blog aku tadi, iaitu blogspot yang lama. Di dalam tu banyak yang aku ceritakan termasuk cerita-cerita kontroversi (panas! panas!). Aku tak berniat untuk memalukan sesiapa kerana aku tak pernah pun menyatakan nama sesiapa di dalam itu. Mana yang terasa tu, sendiri mau ingat je lah. OK cukup, aku tak mau ungkit perkara yang dah berlalu πŸ™‚

    Sekian lama aku tak update blogspot tu, maka aku memutuskan untuk memadam sahaja blog itu dari tatapan umum. Selepas tu aku pun tak mencoret di mana-mana blog lagi walaupun JM serta Isis masih lagi terus menulis. Sampai lah ke tahun 2008. Aku mula mencoret semula di pentas blog ini dengan menggunakan wordpress.

    Ini pula adalah atas galakan daripada Aida Kamsuri yang mana beliau sendiri pun mempunyai 2 blog yang bagus. Jadi, bermula dari saat itu, aku mencoret hingga lah ke hari ini.

    Tak dapat dipastikan sampai bila blog ini akan bertahan. Mungkin lama, mungkin tidak. Kemaskini blog pun bergantung kepada mood aku saja. Tapi sekurang-kurang ada lah jugak nama-nama setia yang sudi menjengah blog aku ini walaupun isinya masih lagi sama sampah. Ada yang selalu memberi komen, dan ada yang menjadi silent reader. (jadi silent reader tapi bagitau aku kan? silent apekebendenya)

    Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di laman ini. Yang riuh ke, yang silent ke, yang surfing guna PC ke atau yang surf guna handphone ke, yang selalu tag aku dan yang aku selalu tag dia. Kamu semua tetap di hati aku πŸ˜‰

    Semuanya adalah inspirasi aku

    p.s: bila nak karaoke ni? nak nyanyi lagu Peter Cetera





    Boria Kuale Lumpo

    3 03 2009

    Sebagai mengingati ulangtahun hampir setahun aku bekerja di Lembah Klang, maka aku persembahkan lagu Boria Kuala Lumpur nyanyian Mr. Os. Untuk pengetahuan Mr. Os ini adalah anak jati Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

    Lirik lagu ni aku ubah ke dalam loghat Perak. Mana yang tak faham tu boleh tanya aku ya

    Teman dah jemu, duduk di kampung
    Rasa nak pindah ke kuala lumpo
    Dengo kabo nye seronok bebenor
    Ini yang teman tak sabor

    Bila di KL, baru tersedor
    Yang rajin mewah, yang maleh lapor
    Nak masuk jamban pun kene bayor
    Sekupang, duit ayor

    Oh kuala lumpo teman dah cayor
    Hidup di sini perit bebenor
    Kalau tak ligat, hanyut ke helior
    Di sungei kelang terkapor-kapor

    Letak kereta, jangan mendadak
    Tiang bermeter, tak payah tengok
    Tapi peliknya ada bebudak
    Tak sedekah, kereta rabak

    Lalulintasnya sangat terator
    Lampu isyarat, tolong berator
    Walaupun merah ada yang langgor
    Eh gamaknya, dema besor

    Oh kuala lumpo, ngapa begitu?
    Sistem dah ada, patut dibantu
    Bukan ke baik, sabor dahulu
    Baru le idak haru

    cayor = cair

    helior = hilir

    kapor = kapar








    %d bloggers like this: