Lagi Cerita Sawang

1 09 2010

Lagi cerita sawang.

Punya la lama aku tak jenguk sini, ada di antara blog kawan-kawan dalam list aku pun turut menjadi sawang jugak.

Mungkin masing-masing ada komitmen lain yang harus di setelkan dulu

Sayang sebab aku suka membaca coretan kawan-kawan aku ni. Selain dapat update tentang kisah diorang, kisah yang ditulis pun kadang kala mencuit hati. Boleh la jadi bahan merilis tension di kala petang hari.

Setakat pemerhatian mata aku, dapat aku kumpulkan apa yang terjadi kepada blog kengkawan aku ni ha!

Spiderman ada blog tak agaknya?

1. Tukar status

Bila aku blogwalking, ada jugak kawan-kawan yang dah bertukar status. Dari single ke tunangan orang, dari bini orang dah jadi mak orang.

2. Not found

Klik punya klik, rupa-rupanya dah tak wujud pun blog yang dulu tu. Apa kes? Dah bosan membelog ke? Aku mengerti sebab aku pun macam tu jugak. Hangat taik ayam je. Tengok orang lain ada blog, kita pun teringin nak ada blog jugak

3. Sudah tukar template

Yang ini biasa lah. Aku tengok ramai jugak yang buat. Tak perlu aku bertapa pun. Ada yang tukar sebulan sekali, seminggu sekali. Yang tiap-tiap hari tukar belum jumpa lagi

4. This blog is open to invited readers only

Alamak! Apa yang sudah terjadi? Semua yang ada dalam tu dah menjadi privasi pulak ke? Apa-apa je la kan asalkan kome berbahagia.

5. Takde kemaskini lebih dari 6 bulan

Boleh rujuk nombor 2. Start daripada aku bertapa, sampai la ni aku dah merangkak menaip balik pun, blog diorang masih lagi belum ada apa-apa kemaskini. Ya, aku masih lagi mengerti.

6. Tiada lagi entry berbentuk Tagged

Thank God! Akhirnya habis jugak menatang tag-mengetag ni. Dah pupus agaknya ataupun musim dah habis? Ataupun soalan dah habis untuk di recycle?

Cukup la kot. Karang diorang nyampah kat aku pulak, tak pasal-pasal diorang buat hate page dekat Facebook.

Hahaha!





Selera Rimba, Sajian Ala Jawa & Banjar

11 05 2009

Alhamdulillah

Kenyang perut menjamah sajian yang enak. Landak Masak Rendang dan juga Rusa Masak Kicap. Berserta Air Kelapa Muda.

Ini entah kali ke berapa saya datang ke kedai ni. Selera Rimba, Sungai Lembing memang kedai yang agak popular sekiranya melalui jalan Sungai Panjang di Sungai Besar, Selangor. Lokasinya yang memang jauh di hulu tidak menghalang pelanggannya datang. Malah ada yang datang jauh dari Tanjung Malim untuk makan tengahari di sini.

Image157

Selain sajian-sajian eksotik, masakan di sini juga kebanyakannya bertemakan kampung. Dengan ulam-ulaman serta sambal yang bisa membuatkan kecur air liur. Antara yang digemari pengunjung di sini ialah Ayam Hutan Goreng Berempah.

Image158

Soal harga mungkin agak mahal, tetapi pada saya, sajian sebegini memang jarang didapati di bandar mahupun di tempat lain. Cuma sekiranya mahu singgah di sini untuk menikmati hidangan, seeloknya telefon dulu bagi memudahkan tukang masak menyiapkannya terlebih dahulu.

Image139

Maksudnya, tak lah bila kita sampai kat kedai tu, baru nak order masak landak, alamatnya kena menunggu lah dulu kan. Ikan yang ada di sini pun agak jarang disajikan oleh kedai lain seperti ikan Baung, ikan Sepat, ikan Tapah dan tak lupa juga Udang Galah.Image156

Cakap banyak pun tak guna. Kalau teringin, boleh call saya, InsyaAllah saya akan bawa menjamu selera di kedai tersebut. Dari pekan Sungai Besar hanya lebih kurang 25km sahaja. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Apa salahnya sekadar nak merasa kan.

Image119

Seorang rakan kerja saya pun sanggup datang dari Banting semata-mata hendak membeli dan menikmati Ayam Hutan Goreng Berempah. Mungkin populariti kedai ini meningkat setelah di war-war kan dalam Majalah Tiga. Apa-apa pun sesiapa yang teringin menikmati sajian ala Banjar dan Jawa. Sila lah.

IMG_0083Di sini saya sertakan bersama nombor untuk dihubungi. Kalau-kalau sesiapa teringin nak makan sajian eksotik yang halal. Lain la kalau nak makan Ular Goreng Berempah ke, Tenggiling Goreng Lada ataupun Beruang Masak Kicap.

Itu aku sendiri tak tau mana kedai nak pergi πŸ˜†





Selamat Hari Ibu

10 05 2009

SELAMAT HARI IBU

Tiada kata-kata yang dapat nak saya terjemahkan untuk menilai budi dan kasih sayang seorang ibu

Saya seorang yang lahir tak cukup bulan. Saya mengerti bagaimana perit dan jerihnya Mak menjaga saya.

Kepada Mak, saya ingin ucapkan, SELAMAT HARI IBU.

Kepada rakan-rakan yang berstatus Ibu, SELAMAT HARI IBU

Kepada rakan-rakan yang bakal menjadi Ibu, tahun depan je la yek πŸ˜†





Kenapa Dilepaskan Peluang Itu?

30 04 2009

Semalam aku berpeluang untuk pergi ke kilang Proton di Tanjung Malim bagi menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri bagi pelatih-pelatih syarikat aku. Ini kali pertama aku masuk ke kawasan kilang ini. Bagi aku ini adalah peluang aku untuk melihat macam mana le rupanya kawasan kilang Proton di Tanjung Malim setelah aku berpeluang masuk ke kilang Proton di Shah Alam.

Kilang di sini diuruskan oleh Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB). Kawasannya memang luas sebab aku nampak dalamnya siap ada stadium stadium lagi. Banyak kemudahan dalam kawasannya. Tapi yang nyatanya memang banyak terdapat kereta-kereta Proton tersadai di kaki lima.

Kebanyakannya adalah dari model Persona, Savvy dan Satria Neo.

Kereta bersusun sepanjang jalan dan kaki lima

Kereta bersusun sepanjang jalan dan kaki lima

Maaf kerana ia adalah gambar curi daripada telefon bimbit aku. Kerana di dalam kawasan ini adalah dilarang sama sekali membawa kamera ataupun alat perakam. Terutama sekali di dalam bangunan di mana kereta-kereta dikilangkan. Siap ada amaran lagi, jangan bawak kamera serta dilarang melakar apa saja bentuk-bentuk kereta dalam kilang tersebut. Aku siap dah bawak kamera ingatkan nak bergambar, tapi nasib baik sempat baca notis.

Pertamanya, sampai di main gate kenderaan tak dibenarkan masuk kecuali kakitangan. Maka aku pun parking kereta di tempat yang disediakan dan aku masuk ke dalam kawasan kilang dengan menaiki buggy bersama rakan-rakan. Sepanjang perjalanan tu driver buggy tu bagi la taklimat sikit mengenai bangunan apa dan jabatan apa yang kami lintasi. Seperti Stamping, Engine & Transmission, Painting dan akhirnya sampai ke Jabatan Final & Trim.

Ini department apa ya? Aku dah lupa namanya

Ini department apa ya? Aku dah lupa namanya

Majlis dijalankan di dewan bekeluasan sederhana yang terletak di dalam Jabatan Final & Trim. Seramai 151 orang pelatih berjaya menamatkan latihan dengan jayanya. Seronok je aku tengok budak-budak dapat latihan free kat sini. Diberi elaun, penginapan asrama bertaraf apartment lengkap dengan perabot serta pengangkutan pergi baik disediakan setiap hari.

Tapi apa yang menyedihkan aku ialah bila ucapan Pengarah HR Proton yang mengatakan setiap hari akan ada 10 ke 15 orang yang ponteng latihan tanpa alasan yang munasabah. Aku tak paham kenapa budak kita yakni orang Melayu ni tak reti nak menghargai apa yang kita cuba nak bagi pada diorang.

Lebih membimbangkan lagi apabila Proton menawarkan peluang pekerjaan tetap kepada mereka yang layak, cuma 60 orang saja yang menerima tawaran tersebut. Yang lain-lain memberikan alasan seperti ingin sambung belajar dan bekerja sendiri. Tapi ada jugak yangagak keliru dengan memberikan alasan bodoh seperti gaji, persekitaran kerja dan lain-lain.

Tatkala syarikat lain yang pekerjanya berada seperti telur di hujung tanduk dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, Proton pula nak bagi peluang kerja kepada mereka ini namun sayangnya peluang seperti ini dilepaskan begitu saja. Elaun bekerja saja aku kira-kira ada dalam lebih kurang 6 ke 7 jenis elaun. Dari lebih masa, elaun dobi, elaun kedatangan sampaikan elaun untuk gula pun ada. 😯

Peluang yang ada jangan dilepaskan

Peluang yang ada jangan dilepaskan

Tamat je majlis, aku bergegas untuk makan di jamuan yang disediakan. Sempat la gak sembang sambil makan-makan dengan staf Proton. Sekadar bertanya yang simple saja. Selesai makan aku ingatkan ada lagi trip melawat ke dalam kilang, tapi rupa-rupanya terpaksa dibatalkan atas kesuntukan masa.

Frust le aku sekejap sebab tak merasa nak tengok apa isi dalam kilang tu. Aku cuma sempat tengok bahagian Final & Trim je. Itupun bahagian di mana kereta dah 100% siap. Cuma tinggal nak bawak keluar kilang dan dipasarkan je.

Jadi lah. Sekurang-kurangnya aku dah berpeluang nak masuk kawasan kilang Proton. Fikir-fikir kalau bukan sebab kerja rasanya tak merasa pun aku nak masuk dalam kawasan ni. Dah la dikawal rapi pulak tu. Rasa cam kem tentera pun ada.

Selamat Tinggal kilang Proton, entah bila aku nak datang lagi sini

Selamat Tinggal kilang Proton, entah bila aku nak datang lagi sini

Perjalanan pulang aku singgah di pejabat rakan aku di Kalumpang. Berehat sebentar kemudian aku pun meneruskan perjalanan pulang ke Sungai Panjang. Merentasi hutan belantara yang sunyi. Kalau jalan malam-malam harus kena bawak teman. Kalau jadi apa-apa memang naya.

Pertama kali aku lalu jalan ni. Dari Sungai Besar ke Tanjung Malim. Jalannya agak sunyi, dilitupi oleh pokok-pokok besar. Kualiti jalannya sederhana saja sebab banyak bumpy. Dari pejabat aku, cuma mengambil masa selama 45 minit saja untuk sampai ke Tanjung Malim. Dekat je sebenarnya.

Jangan Pandang Belakang

Jangan Pandang Belakang

Akhirnya aku selamat jugak sampai ke destinasi dituju iaitu opis a.k.a pejabat aku lah

Lega…

p.s: Penat kan kerja aku? Asyik berjalan aje kerjanya. Tapi aku tak suka sangat sebab meletihkan dan kena keluar duit sendiri dulu. Haha





Oh Peperiksaan… Eh Interview Lah!!

23 04 2009

2 minggu lepas aku ber YM dengan seorang ex-forumer Amnet. Forum yang telah banyak memberikan aku banyak makna dalam hidup :mrgreen:

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang sering menghadiri interview. Dah 8 kali katanya sepanjang 3 tahun dia bekerja. Tapi apa yang aku nampak rezeki beliau amat murah sekali. Senang je nak dapat kerja, tambahan di zaman-zaman ekonomi gawat ni.

Tahniah jugak untuk beliau kerana berjaya dalam usaha untuk menjadi penjawat awam. Keje gomen la lepas ni. Cuma nasihat aku, kerja gomen ni environment memang tak sama dengan swasta, terutamanya jika kita dikelilingi oleh pekerja Melayu 😑

Saat aku menerbitkan entry ini, beliau sudah pun mula menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam. Best kan? Masuk pejabat je tiada kerja yang dapat dilakukan kerana kebanyakan kakitangannya dihantar berkursus. Mungkin ini fenomena baru bagi beliau kerana kalau sebut je gomen, memang tak dapat dipisahkan dengan kursus.

Jadi kena lah sentiasa bersedia untuk dihantar berkursus di kemudian hari ataupun dipindahkan pada masa yang akan datang πŸ˜‰

Pengalaman aku pernah berurusan dengan cawangan Lembaga Getah Malaysia yang terletak di Tasek, Ipoh. Aku cuma menemani rakan baik aku untuk mendapatkan nasihat tentang penanaman pokok getah. Apa yang mengejutkan aku ketika aku tiba di pejabat itu, cuma seorang saja staf yang ada. Staf yang lain semunya dihantar berkursus. Hinggakan aku melihat pejabat tu menjadi lengang.

Berbalik kepada kisah temuduga tadi, aku cuma nak berkongsi sedikit saja pengalaman aku menempuhi zaman ketika menjadi peladang anggur. Sepanjang hidup aku, aku cuma menghadiri temuduga sebanyak 3 kali sahaja. Berbanding dengan sahabat aku yang aku ceritakan awal tadi, beliau sudah menghadiri temuduga sebanyak 8 kali sepanjang 3 tahun bekerja. Patut lah rezeki beliau begitu murah

Agaknya sekarang jikalau aku dipanggil temuduga bagaimana lah keadaannya? Mungkin tak sama ketika aku menjadi fresh graduate dulu. Dulu aku nak bagi public speaking pun menggigil lutut. Sekarang ni pagi-pagi perhimpunan aku boleh cakap dengan selamba je. Tahap keyakinan diri mungkin dah meningkat, namun apabila mencuba perkara yang dah lama ditinggalkan seperti temuduga mungkin sedikit sebanyak akan mendatangkan sedikit nervous.

Pernah juga terfikir untuk mencari kerja yang lain sekadar untuk mendapat angin baru. Apa-apa pun cukup lah dulu aku fokus kepada tugasan yang sedia ada ni. Sekurang-kurangnya aku masih mempunyai pekerjaan di zaman ekonomi gawat ni. Walaupun kementerian yang dinaungi company aku telah dilupuskan namun kerja tetap diteruskan di bawah payung yang baru.

Kepada yang baru bekerja tahniah aku ucapkan, kepada yang masih belajar dan belum grad lagi tu, fahami lah bahawa ekonomi sekarang sedang meleset dan jangan memilih kerja.

Chiaow!

p.s: Lepas ni 30% kuota Bumiputera akan dihapuskan dalam sektor perkhidmatan. Kena pandai-pandai lah membawa diri selepas ini





Membanting Di Banting

17 04 2009

15.04.2009

Aku bertolak dari Sungai Besar lepas subuh lebih kurang pukul 6 pagi. Awal pagi aku meredah pekat gelap di tengah sawah padi. Elok dalam 4-5 km aku drive, hujan pulak turun dengan selebat-lebatnya. Maka hasrat aku untuk merempit laju terpaksa dibatalkan kerana aku tak mau kereta aku bertukar menjadi Kubota di tengah-tengah bendang.

Nasib baik zaman ni orang dah tak guna kerbau lagi. Kalau ada agaknya harus aku terlanggar pulak kerbau yang lepak di tepi jalan. Sebab cuaca ketika itu amatlah gelap beserta hujan yang agak tebal. Dengan lampu jalannya entah setiap 3km baru ada satu gamaknya.

banting

Sampai di Kuala Selangor untuk pick up staff aku, aku meneruskan perjalanan. Keadaan hujan pun dah beransur kurang, hanya rintik-rintik sahaja. Mesti sejuk kan. Alangkah bestnya kalau aku ada di atas katil dah bukan sedang memandu kereta. Tapi kerja punya pasal, aku lupakan je bab katil dan selimut tu.

Aku melalui jalan Sungai Besar-Kuala Selangor-Klang-Banting. Tiba je kat Klang lebih kurang pukul 7.30 pagi, jalan terus jadi jem tahap dewa. Disebabkan ada pembinaan untuk menaiktaraf jambatan kalau tak silap aku. Silap aku jugak sebab sampai di situ ketika waktu kemuncak.

Kereta bergerak pun umpama siput babi yang sedang merayap. Aku rasa kalau aku joging pun mau dah lepas bandar Klang. Perjalanan diteruskan melalui Bukit Tinggi dan terus sampai ke pekan Banting.

banting-1Sampai je Banting aku terus cari kedai makan untuk aku singgah sarapan. Bayangkan aku drive 3 jam dari Subuh tanpa mengisi perut. Memang rasa kebuluran sangat. Jadi aku singgah di kedai Mamak yang aku nampak di tepi jalan. Masuk kedai terus order Roti Banjir. Dengan lahapnya aku makan tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Selesai bab makan, aku ke kaunter untuk membayar. Seluk-seluk je poket.

Alamakkkk!!!! Wallet aku tak bawak.

Aku jenuh duk pikir tertinggal dalam kereta ke. Keciciran ke. Tapi kalau tinggal dalam kereta, jalan aku lalu takde tol. Lagipun aku menggunakan Touch N Go, maka tak memerlukan aku mengeluarkan wang dari dalam dompet. Kesimpulannya, memang aku tak bawak dompet dan tertinggal di bilik.

Dompet takde, duit takde, kad pengenalan takde, lesen memandu takde. πŸ™„

Aku pun sengih je la. Nasib baik la ada staff aku tolong bayarkan makanan. Kalau dia takde aku rasa harus kena basuh pinggan kat belakang dapur kedai Mamak tu. Bayangkan aku memandu sejauh 150km tanpa membawa apa-apa dokumen diri. Kalau kena tahan, habis aku jadi pendatang haram.

Selesai sudah pembayaran aku pun bergerak ke destinasi dituju.

Tujuan utama aku ke Banting adalah untuk menyaksikan Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat Negeri Selangor dalam kategori Elektrikal, Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta Jahitan Pakaian. Di sini segala skill yang di ajar akan dipertandingkan untuk menilai sejauh mana kemahiran pelatih-pelatih pusat latihan tempat aku bekerja.

banting-2Program sampingan pada hari itu ialah pertandingan memancing udang. Kebetulan di sebelah lokasi pertandingan ada sebatang sungai. (aku dah lupa nama sungai, Sungai Banting ke?). Sungai tu memang banyak sekali dengan hasil udang. Yang bestnya pertandingan ni, tiada yuran penyertaan dan joran pun disediakan sekali. Sekadar pancing suka-suka je.

Ramai yang join, termasuk lah student dan jugak staff. Aku tak berminat bab memancing ni dan memutuskan untuk jadi tukang tangkap gambar saja.

Pertandingan dimulakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Makan minum semua disediakan. Tapi ye lah duduk melangut je aku pun boring jugak. Nasib baik ada tuan rumah yang baik hati ajak aku pusing-pusing sekitar pekan Banting.

Pekan ke? Aku tengok bapak besar tempatnya kalau dibandingkan dengan Sungai Besar.

Pusing punya pusing, singgah sebentar di kawasan kampung mana entah untuk membeli kerepek. Kampung yang aku pergi tu dipenuhi oleh indusri kecil. Masuk je showroom, segala macam jenis kerepek ada dijual. Dengan keadaan aku yang papa kedana disebabkan tak bawak wallet, aku cuma merasa sample kerepek je la. Sedap gila rasa semua kerepek. Lain kali aku pasti datang lagi untuk membeli belah.

banting-4Selesai rakan-rakan aku membeli belah kerepek, kami bertolak untuk mencari ikan segar. Masuk lagi entah ceruk kampung nelayan mana. Tapi kebanyakan yang menjualnya adalah kaum Cina. Hairan aku, nelayan kat sini takde orang Melayu ke. Mungkin belum bertemu lagi.

Kembali ke venue pertandingan, masa pun telah tamat, sesi pengiraan markah oleh hakim sedang dijalankan. Aku pun lepak je sambil berborak-borak dengan rakan. Bersembang tentang perihal kerja, politik dan juga kehidupan. Staff yang terlibat sedang sibuk bertungkus lumus menyiapkan tempat akan diadakan majlis penutup serta penyampaian hadiah pemenang.

Selesai saja majlis penyampaian, jamuan ringan disediakan. Letih aku bila ada majlis macam ni. Asyik makan, makan, makan dan makan. Pada aku normal la bagi function agensi kerajaan ni. Kalau takde makan minum memang tak sah. Aku bertolak semula untuk kembali ke Sungai Besar pada pukul 7.00 malam. Janjitemu aku dengan seseorang di Jusco Bukit Tinggi terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Aku perlu mengatasi kabut malam di Sungai Besar.

banting-3Bila lalu di Parklands, aku dah pucat gusi sebab ada road block JPJ, nasib baik dia tak block kereta. Kalau aku kena block alamatnya aku sengih je la. Hanya nama Tepung saja yang bermain di fikiran aku ketika itu 😳

Perjalanan balik malam amat menyeksakan, kembali semula ke bandar Klang yang sesak. Aku semakin confuse dengan jalannya. Hanya bergantung harap pada papan tanda sahaja. Syukur akhirnya aku dapat membebaskan diri dari azab bandar Klang. Perjalanan diteruskan, sampai di Kuala Selangor, hantar semula staff aku ke rumahnya dan aku menyambung perjalanan yang masih panjang.

Aku sampai tepat di depan pintu bilik pukul 10.30 malam dan ditegur oleh student-student aku

“Hai cikgu… lambat balik, gi mana? Dating ke?”

πŸ™„ πŸ™„ πŸ™„

Aku malas nak menjawab terus masuk bilik kunci pintu.

Penat





Volley Molly Ball

18 03 2009

iron-ladiesIngat lagi siri Moero Attack waktu petang masa kecik-kecik dulu? Dan jugak filem The Iron Ladies yang kelakar nak mampus walaupun aku tak paham apa dia cakap.

Kali ini aku nak coretkan kisah aku menjadi pemain bola tampar sekolah pulak. Ramai yang sedia maklum rasanya kebiasaan suka bola tampar ni di dominasi oleh kaum Cina. Tapi disebabkan sekolah aku tak ramai pelajar Cina (budak Cina yang ada pun tak aktif sukan), maka bola tampar di sekolah aku hanya di dominasi oleh pelajar Melayu yang 99% dari ahli pasukannya tinggal di asrama.

Aku pun salah sorang daripada pelajar yang tinggal di asrama. Memang rutin setiap petang lepas habis prep dan minum petang, sukan budak-budak asrama ni adalah bola tampar. Sebab court sebelah bangunan hostel je. Sapa yang rajin boleh lah pegi padang main bola atau yang ada raket tenis boleh lah main tenis. Maka sebab tu lah player bola tampar sekolah aku tak kira untuk bawah-15 atau bawah-18 semuanya budak hostel.

Aku mula main bola tampar pun masa aku tingkatan 2. Sebelum tu aku berjinak-jimak dengan sukan lain (cerita lain). Mula-mula belajar main habis rabak kepala lutut dan track suit aku. Sampai luka berdarah kepala lutut sebab jatuh atas court nak kejar bola.

Court pulak dari jenis simen yang menggerutu πŸ˜₯

Lama-kelamaan aku pun jadi mahir untuk bermain bola tampar. Segala asas seperti digging, spiking dan setting semua aku dah boleh buat. Tapi walaupun fizikal aku yang kurang tinggi berbanding player yang lain, tapi kelebihan aku ialah aku boleh melompat lebih tinggi dari orang lain. Sebab dulu badan aku kurus kering je. Jadi aku pun boleh spike terbang seperti orang lain jugak. Tapi sebenarnya aku selesa untuk menjadi setter saja.

Kemuncaknya adalah bila pasukan senior aku iaitu team bawah-15 menang untuk pertandingan peringkat daerah mengalahkan sekolah Cina yang memang otai dalam bola tampar.

Sapa cakap orang Melayu tak handal main bola tampar?

Cuma yang aku nampak di sini kebanyakan sekolah Melayu ni kekurangan dari segi jurulatih dan teknikal. Kalau ada lengkap semua ni aku yakin sukan-sukan lain macam bola keranjang dan ping pong pasti akan ada juara dari sekolah budak Melayu.

Setakat tu je lah kejayaan sekolah aku pun dalam arena bola tampar. Bila batch aku yang masuk team bawah-15. Pasukan jadi hancus sebab jurulatih takde. Jurulatih yang ada dulu dah pindah ke sekolah lain. Masuk pertandingan pun awal-awal dah bungkus dengan Sekolah Shing Chung (tuan rumah). Mungkin ada favouritism di situ

Kalau set bola pun asyik kena batal je macam mana? πŸ™„

Tapi takpe lah aku ambil tu semua sebagai pengalaman. Walaupun tak menang, kami anggap ia cuma cabaran pertama sebelum masuk pertandingan lain.

Pertandingan seterusnya adalah terbuka Daerah Kuala Kangsar. Tapi waktu tu aku dah tak tinggal di hostel lagi, jadi aku dah kurang training bola tampar. Tetapi aku dipanggil menyertai team atas pengalaman aku di samping player yang sedia ada pun tak mencukupi. Macam mana nak cukup kalau asyik harap budak hostel aje.

Yang sedapnya, dalam group yang di undi tu, kami diletakkan sama dengan pasukan dari Polis.

Alamatnya “mangkor” le cakap orang Perak. Abang-abang polis ni main memang gila babi. Tak kasi chance langsung pada kami yang budak-budak bawah umur ni. Yang bestnya, time aku servis lah yang kami dapat banyak kutip mata. Padahal aku servis biasa je. Tapi akhirnya tak berguna jugak. Maka, keputusannya adalah lauk pauk dan sayur-sayuran.

Lepas tu aku terus stop main bola tampar. Hinggalah ke tahun akhir aku di universiti, aku join kelab bola tampar sekadar nak cukupkan kredit subjek ko-kurikulum. Aku join pun sebab ramai housemate aku join sama + ada beberapa awek cun yang join. Jadi, ada lah sedikit motivasi aku untuk datang main setiap petang Rabu.

Tapi yang tak bestnya, yang mengajar bola tampar tu pulak adalah senior player universiti yang hensem. Maknanya peluang untuk aku mengorat amatlah tipis. Cukup lah datang untuk digging bola lepas tu main la dalam 2-3 set.

Boleh lah untuk cuci-cuci mata yang stress lepas kuliah. 😈

Setakat tu je lah coretan bola tampar. La ni mana nak main lagi. Dulu last time aku main pun masa kerja di Mersing. Main dengan staff dan student. Kat sini takde court pulak tu tambahan pulak orang zaman sekarang ni asyik main Futsal je.

Bola tampar tinggal abang-abang Polis je la yang main sampai sekarang








%d bloggers like this: