Selamat Datang

Selamat datang ke blog picisan saya

Segala coretan di dalam blog ini hanya lah daripada pendapat peribadi serta pengalaman  semata-mata.

Sekiranya ada sebarang masalah atau kemusykilan sila berhubungan dengan saya di 2kupang[a]gmail.com

Terima Kasih!🙂

6 responses

16 09 2008
Mohd Mazri MdYassin (MatJerrY)

errmmm bagus sekali gitu yaaa. Grafik yang menarik terutama jeti buruk tu. Kucing… ahhh cantiknyer. nak sekor..nak tambah kat umah akur.. hang bagi makan biskut kucing ker..ker nasik ajer.

Tentang coretan anda aku baca bagaikana ader misteri yang belum terukai..aku tak tau nak cakap adakah ia benar ataupun cumer iminigasi aku ajer..hati ini tak dapat merungkainyer..tidak dapat diterjemahkan secara coretan mahupun kata-kata.. dah..dah.. muler ngarutdah gayenyer..

apapun pendekatan yang bagus..nanti kalu aku boring ader jugak nak dibaca diari member aku nie…banyakkan cerita yang agak-agak misteri yang membuatkan senentiasa orang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan jawapanyer.. aku suker membaca ajer..tak suker menulis pulak

sekian

16 09 2008
duakupang

Ha bagus lah kalau dah mula nak mengarut tu, maknanya anda boleh buat satu blog untuk diri anda. Sebarang pertanyaan sila YM aku je ok.

Terima Kasih

16 09 2008
Aida

Gambar memancing ke tu?

16 09 2008
duakupang

Gambar duduk atas batu yang terletak di atas bukit

23 09 2008
zafiq Blindgraphique

intresting..🙂 dulu kat sekolah agama selalu nyanyi lagu warisan.. ingatkan lagu sekolah, rupa2nya kat itm pun kena nyanyi gak.. tapi lagu tu kalau kita menghalusi bait bait ayat di setiap rangkap liriknya dapat memberi kesadaran kepada kita bertapa pentingnya peribahasa “bersatu padu bercerai roboh”… satu lagi ayat2 puitis yang aku suka ialah Usman Awang…

23 09 2008
me

nak kecil bermain api ..
*————————————————-

Melayu
oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: