Lagi Cerita Sawang

1 09 2010

Lagi cerita sawang.

Punya la lama aku tak jenguk sini, ada di antara blog kawan-kawan dalam list aku pun turut menjadi sawang jugak.

Mungkin masing-masing ada komitmen lain yang harus di setelkan dulu

Sayang sebab aku suka membaca coretan kawan-kawan aku ni. Selain dapat update tentang kisah diorang, kisah yang ditulis pun kadang kala mencuit hati. Boleh la jadi bahan merilis tension di kala petang hari.

Setakat pemerhatian mata aku, dapat aku kumpulkan apa yang terjadi kepada blog kengkawan aku ni ha!

Spiderman ada blog tak agaknya?

1. Tukar status

Bila aku blogwalking, ada jugak kawan-kawan yang dah bertukar status. Dari single ke tunangan orang, dari bini orang dah jadi mak orang.

2. Not found

Klik punya klik, rupa-rupanya dah tak wujud pun blog yang dulu tu. Apa kes? Dah bosan membelog ke? Aku mengerti sebab aku pun macam tu jugak. Hangat taik ayam je. Tengok orang lain ada blog, kita pun teringin nak ada blog jugak

3. Sudah tukar template

Yang ini biasa lah. Aku tengok ramai jugak yang buat. Tak perlu aku bertapa pun. Ada yang tukar sebulan sekali, seminggu sekali. Yang tiap-tiap hari tukar belum jumpa lagi

4. This blog is open to invited readers only

Alamak! Apa yang sudah terjadi? Semua yang ada dalam tu dah menjadi privasi pulak ke? Apa-apa je la kan asalkan kome berbahagia.

5. Takde kemaskini lebih dari 6 bulan

Boleh rujuk nombor 2. Start daripada aku bertapa, sampai la ni aku dah merangkak menaip balik pun, blog diorang masih lagi belum ada apa-apa kemaskini. Ya, aku masih lagi mengerti.

6. Tiada lagi entry berbentuk Tagged

Thank God! Akhirnya habis jugak menatang tag-mengetag ni. Dah pupus agaknya ataupun musim dah habis? Ataupun soalan dah habis untuk di recycle?

Cukup la kot. Karang diorang nyampah kat aku pulak, tak pasal-pasal diorang buat hate page dekat Facebook.

Hahaha!


Actions

Information

14 responses

1 09 2010
Mokku

ahhahaha..hangin je bunyi kome tulih tu smua yer…

blog naik sawang… blog Mokku pun bersawang kelam… ntah..takde pape nk tulih …masing2 gila FB skrg ni … kalo dulu…porem,,,pehtu…Blogging…then now …pesbuk… hahaha Blog ni …kira tempat termenung sendiri …

Mokku Private blog Mokku.. tapi ..mmg harram ..hangat taik ayam jer..benar tu … tk tulih pape pun ..sat..Mokku aktip balik karang..Mokku reply apa yg kome tulih semer ni ..

harap sedia maklum… panajng lebar Mokku bersyarah sini yer…

hantam jer laaa…😀

1 09 2010
duakupang

Takpe Mokku, saya paham kita semua ada komitmen & masalah-masalah yang tak dapat nak dielakkan gitu

1 09 2010
mamarempit

eh..blog mama bersih je..tk besawang pun….hehhee

1 09 2010
duakupang

Blog mama saya tau memang berseh lagi menciutkan😆

1 09 2010
rina

tahniah da update..kekeke

1 09 2010
duakupang

Kasi rep la hoi!

1 09 2010
Tasha

naik jugak nama jeno dalam blog list saya.

1 09 2010
duakupang

Setelah sekian lama kan. Huhu!

1 09 2010
Mokku

Mokku dh tahu …awat Dua Kupang tk jumpa cari Mokku…. Dua Kupang belum tukar lagi … kalau bertahun yg dulu..Mokku dikenali Anggerik Unggu… tapi skrg ni .. MOKKU jer lah… Dua Kupang tukarlah balik yer..barulah jumpa..;).. emailnya sama jer…:)

1 09 2010
duakupang

Tukar apa ni dey? Kasi la link blog yang baru tu. Haduiii…

1 09 2010
cik puan muda ima

tahniah ler dah hapdet ye jeno.

aku pun sian kat blog yg ditinggal2kan sejak sibuk fesbuk ni.. kalau ada mood aku nak menghapdet, kemain berjela menaip.. kalu takde mood, haram tak bercuit..

p/s orang kata tak elok tinggal umah bersawang.. ada hantu bergayut..hehe! ;p

1 09 2010
duakupang

Cikgu aku cakap dulu rumah kalau ditinggalkan lama nanti jin duduk kat situ. Huh

1 09 2010
jm

ikotkan n3 yg tagged2 tu dah bape byk aku hutang dah..maleh nk menjawab..ahaha

1 09 2010
duakupang

Aku pun terpaksa je menjawab sebenarnya.

Hahaha!😆

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: