Projek Bantuan Rumah

31 08 2010

Tiada apa yang yang aku mampu nak coretkan. Sekadar berkongsi cerita ceriti.

Ini cuma sebahagian dari hakikat kehidupan kita yang kadang kala tak nampak ataupun ayat sekarang ni dipanggil terlepas pandang (overlook). Kesempatan pada awal minggu kelmarin telah meyebabkan aku banyak berfikir tentang sedikit erti kehidupan.

Kebetulan aku ditugaskan untuk mencari chalon peserta bagi Program Bantuan Rumah. Program ini dikhususkan untuk warga yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Secara kebetulan aku sememangnya telah mendapat senarai nama chalon chalon ini yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Daerah. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengenalpasti usuk-susuk miskin tegar yang terdapat di dalam kawasan Parlimen tersebut.

Rumah pertama yang aku singgah, ialah rumah pakcik tua ni. Keadaan rumahnya begitu uzur sekali ditambah pula dengan keadaan terbengkalai, terperusuk jauh di sebelah kebun kelapa sawit. Aku pada mulanya tidak terkejut walaupun pada butiran senarai menunjukkan pakcik ni duduk berseorangan. Sampai di depan pintu aku menyapa pakcik ni & lantas ia menjumput aku masuk ke dalam rumahnya.

Aku speechless & rasa hiba sedikit bila melihatkan keadaan rumahnya serta keadaan pakcik tersebut. Jadi serba sedikit aku cuba bertanya latar belakang pakcik tersebut.

“Pakcik duduk kat rumah ni sorang-sorang je ke?”

Dia mengangguk

“Anak-anak pakcik ada mana?”

“Anak-anak semua dah kahwin, tinggal jauh dari sini, ada yang duk di KL”

Aku stop bertanya. Terus aku isikan borang untuk pakcik tu sambil meminta kad pengenalan untuk aku isikan butirannya. Dengan kederat seperti orang sakit, dia cuba mencari-cari kad pengenalan beliau. Aku perhatikan dia seolah-olah menghabiskan masanya sepanjang hari di atas kerusi malas. Tidak banyak bergerak.

Satu persatu bekas tupperware kecik dibukak untuk mencari IC nya yang entah di mana letaknya itu. Sambil menyelak-nyelak kertas yang aku lihat segala macam kertas kecil, ada sim kad, catatan-catatan tapi kebanyakannya yang aku nampak cuma cebisan kertas yang sepatutnya harus dibuang je. Usaha mengesan IC dia gagal, sebab dia sendiri pun lupa dia letak kat mana.

Aku kata takpe lah. Takde IC pun takpe sebab aku dah ada no IC dia, cuma kalau boleh aku mahukan salinannya saja. Tapi kalau dah takde nak buat macham mana ye tak. Selepas itu aku mintak izin untuk mengambil gambar di dalam rumahnya di mana projek baikpulih akan dibuat. Sambil-sambil tu mata aku pun liar memerhatikan keadaan rumahnya itu. Memang tak terurus.

“Pakcik memang duduk sini je ke? Ada buat kerja?”

Dia menggelengkan kepala

“Habis tu pakcik makan macham mana?”

“Tiap-tiap bulan Jabatan Kebajikan ada datang kasi sumbangan”

“Saya tengok pakcik tak banyak bergerak sangat, pakcik tak sihat ke?”

“8 tahun dulu pakcik kena stroke, sampai sekarang ni susah dah nak bergerak”

“Makanan macham mana?”

“Biasa pakcik kirim mintak tolong jiran sebelah yang belikan”

Dalam hati aku kata, melihatkan keadaan dia yang macham ni, mana mampu dia nak masak sendiri pun walaupun rumahnya ada la dapur kecik. Itupun dah berkarat sebab dah lama tak guna.

Selesai aku ambik gambar, aku mintak diri untuk melihat-lihat keadaan sekeliling. Sambil tu aku cuba borak-borak dengan jiran sebelahnya yang kebetulan rumahnya hanya lebih kurang 30m dari rumah pakcik tersebut. Dari apa maklumat yang aku dapat, pakcik ni dulu memang berkahwin, ada isteri 2 & punyai ramai anak. Namun kedua-dua isteri dah berpisah. Sekarang dia cuma tinggal sebatang kara & mengharapkan belas ehsan dari Jabatan Kebajikan untuk meneruskan hidup.

Tinggal keseorang di rumah & tak banyak bergerak atau melakukan aktiviti kerana kesan penyakit stroke yang dialaminya dulu. Cuma sekali sekala dia keluar rumah menaiki basikal roda 3 yang aku nampak di dalam rumah tersebut.

Dalam hati aku terdetik, mana lah pergi nya anak-anak pakcik ni kan. Walaupun anaknya ramai takkan la sampai hati mereka meninggalkan ayah mereka hidup sebatang kara. Walau buruk macham mana pun ayah kita, sampai bila-bila pun dia tetap ayah kita. Itu hakikat. Kalau takde ayah kita mungkin kita pun tak dilahirkan jugak kat dunia ni.

Mungkin benar kata orang, mak ayah boleh jaga anak 10 orang dengan baik, tapi anak 10 orang belum tentu dapat jaga mak ayah sebaiknya.

Apa-apa pun kita sama-sama ambik iktibar & jaga lah anak & ibu bapa kita sebaiknya. Kerana hidup ini umpama putaran roda. Mungkin apa yang kita lakukan pada hari ni akan kena balik pada diri kita. Tuhan itu Maha Adil kan

Mungkin kita rasa kadang kala kehidupan kita ni selalu dirundung masalah, tapi hakikatnya ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Selalu lah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana bersyukur itu akan membuatkan kita lebih menghargai kehidupan ini. 🙂

p.s: Aku rasa mesti anak-anak dia tak tengok iklan Petronas masa hari raya kot


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: