Moh Kita Berkursus

31 08 2010

Pemandangan di sebelah kedai. Syahdu

Hari ini baru ada kesempatan nak berbuka di luar. Dapat jugak aku keluar sebentar ke pekan untuk melihat-lihat serta mengambik angin. Tujuan keluar pun tak lain tak bukan sekadar untuk berbincang dengan tokei butik ni berkenaan kursus pendek yang aku bercadang untuk mengadakan koleborasi dengan beliau.

Tokei butik andaman pengantin ni aku dah biasa dengan dia. Semenjak daripada beliau bekerjasama dengan program perantisan yang kompeni aku anjurkan hingga lah memberi job wedding photoshoot kepada aku & rakan-rakan.

Kursus yang aku cadangkan ialah rawatan kecantikan muka & solekan. Selama 1 hari, pagi sampai lah petang. Sasaran aku untuk kursus ni adalah surirumah & belia yang berminat. Tarikh cadangan ialah mesti la lepas raya. Bulan posa ni nak mekap apa kejadahnya kan.

Kalau korang sebagai surirumah, belia, student ataupun apa-apa je la, rasa-rasa korang berminat tak dengan kursus sebegini? Apa yang merisaukan bila orang buat kursus pendek ni ialah sambutan. Aku pun pening jugak nak pikir sambutan yang akan diterima sebab sini bukannya area bandar.

Masa duk bincang tu la jenuh aku nak pikir berapa RM nak kenakan bayaran untuk kursus ni. Sebab dalam SOP untuk buat kursus pendek ni memang perlu dikenakan caj untuk cover bayaran pengajar & jugak barangan kursus.

Mula-mula akak tu cadangkan RM30. Aku kata mahal sangat lah. Sini orang kampung bukannya mampu sangat kot. Jadi aku letak RM25. Bila dikira-kira semula rasa rak cukup sebab maklum lah barangan menyolek ni agak mahal sebenarnya.

Hampeh!

Patut lah laki bila dapat bini yang suka bermekap ni merungut kata maintenance tinggi la. Baru lah aku paham kenapa.

Akhir sekali, kira punya kira, aku up jadi RM40. Tapi peserta kena cari seramai 20 orang. Takut nanti aku underpaid pulak akak tu. Jadi aku terus upkan jadi RM50 & sebanyak 10% daripada situ akan dimasukkan ke dalam akaun hasil kompeni aku.

Setel!

Lagipun daripada pengalaman akaku tu sendiri kata, biasa kursus kecantikan ni orang caj mahal-mahal. Sampai beratus pun ada. Jadi RM50 ni masih lagi boleh dikira rendah lah. Ok lah tu pada pandangan aku yang tak reti apa-apa bab barangan kecantikan mahupun teknik mekap ni.

Selesai bincang, bukak puasa. Aku pun blah daripada kedai untuk urusan seterusnya. Apa-apa pun berkenaan kursus ni kalau menjadi aku akan war-war kan di sini. Lagipun kena buat paper dulu lah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: