Di Sebalik Tabir: Nur Atira

3 12 2009

Tujuan aku menulis cerita ni hanyalah sekadar untuk berkongsi bersama. Selain menginsafi diri untuk seketika bagi diri kita ni yang kadang-kadang terleka & alpa🙂

Kalau mana yang dah maklum, sehari sebelum umat Islam Malaysia menyambut Aidiladha, akhbar Sinar Harian edisi Selangor / KL ada memuatkan artikel berkenaan kehidupan anak yatim piatu yang bertambah baik setelah hebahan tentangnya dibuat.

Artikel berkenaan ada la jugak gambar aku di atas penglibatan company aku dalam program khidmat kemasyarakatan untuk penduduk setempat. Dalam konteks aku ini, penglibatan aku hanyalah di kawasan Sungai Besar / Sabak Bernam sahaja.

Kalau nak tengok ada di SINI. Aku tak sempat lagi nak scan keratan akhbar tersebut.

Di sini aku ceritakan sedikit latarbelakang anak yatim piatu tersebut. Keluarga tersebut terdiri daripada 5 orang adik-beradik. Cuma artikel tersebut memberi penekanan kepada anak perempuan dalam keluarga tersebut yang bernama Nur Atira. Nur Atira ni baru berumur 18 tahun. Terpaksa mengorbankan persekolahannya kerana nak menjaga adik-adiknya yang masih kecil setelah kematian ibu bapa mereka.

Untuk pengetahuan, adik-adik beliau yang masih kecil itu cuma adik beradik tiri yang berlainan bapa. Betapa prihatin dan kasihnya seorang kakak yang sanggup berkorban persekolahannya demi nak menjaga adik walaupun berlainan bapa.

Abangnya yang sulung bersekolah tingkatan 6 di Bagan Datok dan tinggal di asrama. Jadi segala bebanan serta tanggungan berada di bahu Nur Atira.

Pertama sekali aku meninjau rumahnya, keadaan rumahnya ok saja. Nak dikatakan teruk & daif pun tidak juga. Cuma bahagian dinding saja ada yang dah reput sedikit. Keadaan dalam rumah kemas & bersapu bersih. Aku impress la jugak sebab pada pengalaman aku, aku pernah pergi ke rumah yang keadaan nya lagi teruk daripada ini. Berbanding dengan rumah yang lain, keadaan rumah Nur Atira ni lebih terurus.

Cuma masalahnya di sini setelah ketiadaan ibu & bapanya, mereka kehilangan tonggak keluarga. Yang ada pun cuma atuk & nenek yang sudah uzur.

Setelah tinjauan dibuat, kami memutuskan untuk menghulur sedikit pertolongan sekadar apa yang termampu & termaktub dalam polisi syarikat kami. Maka diputuskan untuk dilakukan kerja-kerja pembaikan kepada rumah tempat berteduh bagi keluarga tersebut.

Tampal dinding

Kerja-kerja pun dimulakan setelah pesanan barang-barang sampai. Melibatkan tenaga kerja yang terdiri daripada pelatih-pelatih pusat latihan aku. Manakala mastermindnya pula ialah Encik Masri yang berpengalaman sebagai tukang rumah.

Langit membiru. Ironik

Yang biru itu adalah langit-langit yang dijahit sendiri oleh arwah ibu mereka. Baru aku tau bahawa arwah ibu mereka ni sangat handy orangnya. Boleh menjahit, bertukang kayu serta boleh membaiki barangan elektronik. Aku dimaklumkan bahawa bahagian depan rumah tersebut ditukang sendiri oleh arwah ibu mereka. Selain itu, arwah juga membuat kerja-kerja sampingan seperti memungut buah sawit. Kagum aku dengan semangat yang ditunjukkan oleh arwah ibu mereka demi nak mencari sesuap nasi.

Undercoating dalam proses

Segala perbelanjaan makan & minum petugas adalah ditanggung beres. Selama 3 minggu kerja-kerja dijalankan di rumah tersebut, Nur Atira terpaksa bermalam di rumah makciknya. Maklum la, rumah dah takde dinding nak tidur macam mana kan? Lagipun lantai rumah dah habis kotor masa kerja-kerja pemunggahan barang.

Dinding luar. Siap!

Bila kerja-kerja dah mencapai 90%, aku pun cuba la menghubungi reporter Sinar Harian supaya kerja khidmat masyarakat ini mendapat liputan serba sedikit. Bukan untuk aku, cuma nak bagi company aku dikenali lagi. Seterusnya dapat lah sedikit mileage untuk bersaing dengan lambakan institusi kemahiran yang lain. Macam-macam ada kat sini, dari Politeknik hingga lah ke Kolej Komuniti. Jadi kalau tak dikenali ramai, amat susah nak survive di kemudian hari.

Dinding sebelum undercoating

Maka setelah ditemubual secara ringkas, ambik gambar lebih kurang. Sehari sebelum raya, artikel berkaitan diterbitkan. Terima Kasih kepada Cik Normi atas kerjasama beliau memberikan liputan. Sebelum ni pun kisah Nur Atira ini pun pernah dipaparkan dalam Bersamamu TV3 bersama-sama dengan kehadiran Ahli Parlimen Sungai Besar iaitu Puan Noriah Kasnon merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Harapan aku semoga kerja-kerja yang tak seberapa ni dapat lah memberikan sesuatu kepada keluarga tersebut. Di samping itu dapat la sedikit menyedarkan diri kita yang sering leka ni. Maklum la dengan wang ringgit & kesenangan yang kita ada, kita cepat lupa. Ada lagi orang yang hidupnya lagi susah daripada kita.😉


Actions

Information

6 responses

4 12 2009
lat

syabas atas keperihatinan kamu jeno…smoga ia berkekakalan tnpa ade udang d sebalik mee….( guro2 aje)..don take heart………he2

4 12 2009
mamarempit

same ngn arwah mak mama….dulu dia gigih tolong bapak kt kebun sawit…umah kami pun…byk dr tgn mak…dr menyimen lantai…memplaster dinding dapur….betukang sikit2 utk dapur….huuu……skang ni…anak2 dia lom ade lagi yg mama tgk ade kemahiran cam arwah…

moga lepas ni Nur Atira akan lebih selesa….dan diharap pengorbanannya terhadap adik2 tiri akan berbalas

4 12 2009
zamie

undilah BN! hahaha…

6 12 2009
arapink

moga program basmi kemiskinan ni berterusan….
biar ramai lagi yang terbela nasibnya…

***Tahniah buat Pengurus & Pelatih2 Pusat Giatmara Sabak Bernam 2009🙂

8 12 2009
azrina azrin

congrats!!!
wow…bangganya….heheheh
yg berat sama dipikul…yg ringan sama di jinjing….

semoga terus berjaya di masa hadapan….

20 01 2010
rina

pasal ni ke sy dipakse membeli sinar???glemer mak jap, opss..glemer jeno masuk suratkhabar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: