Raya Qurban? Sup Tulang Please!!!

1 12 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Eh dah lepas rupanya, tapi apa salahnya aku nak ucap lagi kan. Aku punya suka lah.

Seperti biasa, sambutan Aidiladha di tempat ku tidak lah semeriah seperti sambutan Aidilfitri.

Dan seperti biasa jugak, mak aku mesti akan buat sup tulang. Tulang daripada daging korban aku rasa

Sebabnya tiap-tiap tahun menu yang sama je.

Tahun-tahun sebelumya aku tak ambik pot sangat, tapi tahun ni aku menanyakan soalan ni pada mak aku

“Mak, kenapa asal raja aji je, asyik buat sup tulang je?”

“Ha’ah kan. Ye tak ye jugak”

“Selain dari sup, apa lagi yang boleh buat mak dengan tulang-tulang ni?”

“Boleh jugak kalau nak buat masak  kari kot”

“Hmmmm…. ye lah”

Aku nak tengok tahun depan punya raya adakah akan ada masakan kari nya.😆

Yang kelakarnya korban kat kampung aku, part ekor lembu takde sapa nak ambik sebab kulitnya belum disiat lagi.

Ishh… apasal lah abah aku tak ambik je ekor tu? Balik rumah boleh la kami siat je kulit tu. Bukan susah mana pun.

Buat sup ekor baru lah mantap kan

Ini balik-balik sup tulang je.

Tekat benang emas. Tahu ke?

Hari terakhir aku di kampung, ada peluang sekejap menghantar mak aku pergi bekerja.

Ya, bekerja!

Mak aku terlibat dalam mengajar peserta dalam kursus sulaman tekat benang emas.

Apa ke bendanya menatang tekat benang emas ni? Kalau tak pasti, sila lihat pada bekas tepak sirih yang selalunya berwarna merah / biru tu. Sulaman benang emas tu la yang dipanggil Seni Tekat.

Amat popular di negeri Perak dan harganya amat mahal. Boleh mencecah hingga ribuan RM bergantung kepada jenis sulaman & produk.

Kebiasaannya sulaman ni orang buat pada bekas tepak sirih, kipas pengantin, sarung bantal serta cadar untuk pengantin.

Contoh gambar & artikel seperti di SINI.

Daripada artikel tu, otai sulaman benang emas tu ialah Puan Azizah Yusuf. Mak aku pun asalnya belajar daripada orang ini yang aku lebih selesa memanggilnya Mak Zah.

Sekarang Mak Zah minta mak aku membantu kerja-kerja mengajar memandangkan penglibatan peserta yang agak ramai.

Hantar mak aku, sampai je kat kelas dia tu, aku tengok semua pesertanya perempuan aje. Yang mak aku ni beria-ria la duk mengajak aku & abang aku masuk tengok-tengok dalam kelas apa yang ada.

Lawaknya, aku & abang jadi malu-malu alim taik kucing sebab tengok semua perempuan kat kelas tu😆

Maka, tak jadi la aku nak masuk dalam kelas tu.

Lagipun mak aku cakap kali ni pesertanya semuanya budak-budak muda. Pada aku bagus lah sebab ini kan warisan Melayu. Kalau takde orang muda yang nak belajar nanti, pupus la pulak seni kraftangan ni.

Sambil-sambil menunggu mak aku pergi punch card, aku usha-usha sekeliling Perak Riverside Resort yang sebelum ni dikenali dengan Perak Safari Resort. Mungkin dah tukar nama lepas diambil alih oleh pengurusan baru agaknya. Ntah apa yang safari nya aku pun tak tau.😆

Bas yang ada Wifi

Kebetulan di resort tersebut ada penggambaran program terbitan Astro. Antara artis yang terlibat, Afdlin Shauki, Nabil & Harun Salim Bachik. Resort tersebut juga menjadi tempat penginapan krew yang terlibat. Disebabkan awal pagi, maka shooting belum mula lagi. Jadinya aku tak nampak sorang pun batang hidung artis kat situ.

Yang ada cuma bas pengangkutan mereka saja.

Cuma bila aku dah nak bergerak balik baru nampak Harun Salim Bachik berjalan ke arah bas. Apa? My Spy?😆

Setakat tu je la Aidiladha aku. Takde apa yang meriah sangat pun. Raya pun macam tak raya je.

Apa lah kan.


Actions

Information

6 responses

2 12 2009
Mohd Mazri Md Yassin

Ermm tak payah komen biler mak dah masak..baik tolong mak masak..sejuk perut mak mengandung… ermmm

2 12 2009
duakupang

Bukan komen as kurang ajar atau derhaka.
Cuma bertanya😉
Aku tau, kau memang anak yang soleh

2 12 2009
mamarempit

sup ekor???? wa…peberet mama laki bini weh…kalo ade org tk nak..kami rembat dulu ekor bwk balik hahahaha…

aahkan..asal raye aji..sup aje…buat le mende lain…heee

kdg2 dh malas nk masak sebnonye..penat

4 12 2009
lat

kat tmn aku korban hari tu berebut org nk ekor…kesian umi aku pn melepas x dpt…wlaupn dia amik part dlm korban…trpakse la’ korban perasaan’……..buat sup ekor msti sodap……….

8 12 2009
azrina azrin

sup ekor amat enak sekali….
isshhh sedap giler nih…bila nk pekena sup berekor lak…

8 12 2009
duakupang

Sup torpedo. Pernah rasa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: