Jom Dating

4 09 2009

kucing copyHai sayang.

Jom kita keluar dating jap. Boring la hari ni😦

Nak lepak kat mana tu?

Ahaaaa, jom kita dating kat sini je, port baikkk punya😈

Perghhh, awak bestnya tempat lepak ni!!!

Tapi ok ke tempat ni? Selamat ke? Line clear tak?

Jangan risau sayang, kat sini takde sapa-sapa. Line clear baik punyaaaa

kucing1 copy

Hoi, kamu berdua buat apa kat situ?😡

Dah kahwin ke belum ni???

Senja-senja macam ni duduk berduaan pulak ni. Buat apa ha??👿

Eh, alamak mintak maaf bang😳

Kami tak sengaja, takde niat nak berkhalwat pun di bulan Ramadhan yang mulia ni

Jangan la suluh & tangkap gambar. Malu laaaa😳

Kami janji takkan buat lagi perkara terkutuk ni. Ya ampunnnn!!!!

kucing2 copyHoh la korang ni. Cuba la hormati sikit bulan puasa ni

Cuba la duduk rumah luangkan masa dengan famili ke. Tolong mak ayah di rumah

Sian mak ayah kamu kerja, balik kerja dah penat.

Bantu la masak-masak ke, bancuh sirap ke, siapkan meja makan ke

Ini tidak, tau nak berdating je kerjanya😡

Tengok orang lain ada adik beradik tolong-menolong antara satu sama lain

Berubah lah untuk kebaikan

kucing3 copySesungguhnya aku amat menginsafi akan diri ini

Baru lah aku sedar bahawa semua itu hanya pujuk rayu syaiton belaka

Aku berjanji kepada diriku untuk berubah

Aku sudah serik dan tidak lagi mahu ditangkap basah

Kehormatan aku telah diragut

Aku malu😳

Habis basah kuyup aku dibuatnya

p/s: moral dari cerita ini ialah jangan melepak di bahagian enjin kereta semasa orang nak keluar membeli juadah berbuka dengan menaiki kereta. Renung-renungkan & selamat beramal😎


Actions

Information

18 responses

4 09 2009
mama

siannye..ko ni kijam la jeno…ahaksss

4 09 2009
duakupang

Mana ada kijam mama
Lebih baik aku sembur dengan air dan keluar dari enjin tu daripada dia mati kepanasan & tersepit duduk dalam enjin tu🙂

Sebenarnya tak boleh nak tarik kucing tu, sebab kedudukannya jauh dan enjin tu panas

4 09 2009
Khairul Antasha

adakah ini kisah sebenar penulis yg ditangkap basah di bulan ramadhan???… dr mana kucing tu blh masuk dlm tu erk?

4 09 2009
duakupang

Semua watak yang terlibat tidak berkaitan samada yang hidup ataupun telah meninggal dunia😆

Kucing tu masuk dari bawah

4 09 2009
zulkifli mohamed

Salam Dua Kupang,

“cantik punya cerita, moral cerita tu tinggi juga ya !”.

4 09 2009
duakupang

Salam zul,
Begitu lah, curiosity killed the cat

4 09 2009
nasha ajis

masya Allah zeno…cmne kucing tu bley masok dlm enjin? dan macam ne ko leh tau dlm tu ade kucing? sian kucing tu…nsb bek xde pape..kalo x konpem ko dh jd pembunuh

4 09 2009
duakupang

Masa tu aku nak keluar, kucing-kucing tu tengah main kat tepi kereta aku.
Aku biarkan je la sambil tu aku hidupkan enjin kereta

Tiba-tiba aku tengok kucing tu dari 4 ekor dah jadi 2 ekor
2 ekor dah hilang
Mana pigi daaa??

Aku dah agak mesti dia masuk tempat enjin tu
Sebelum ni dah pernah ada pengalaman macam ni, sebab tu aku tau😉

4 09 2009
kiut

hahahaha adoiiii best kot dating kat situ suam2 je

4 09 2009
arapink

hahaha…suam2..

garapan cerita yang bagus jeno…🙂

5 09 2009
zeela

sangat comel kuceng tu dok dlm enjin.. and nice shot photo too!
2 thumbs up! and storyline pun menarik jugee.. boleh jadi penulis skrip nih!🙂

5 09 2009
zeela

sangat comel kuceng tu dok dlm enjin.. and nice photo too!
2 thumbs up! and storyline pun menarik jugee.. boleh jadi penulis skrip nih!🙂

5 09 2009
reen

haipppp…posa2 x leh wat maksiat…😉

oolollololoo…comelnya kucing tu…siannn…x pasal2 kena tangkap basah….

moral dari cerita ini,jangan suka dating tempat tersembunyi…nak2 dalam enjin kereta zainur…karang kena simbah ngan air…x pasal2 kena tangkap dan dibasahkan…hhehehhehee..
kepada kucing2 tersebut….len kali,kalo nk dating,dating jer dalam keta zainur yer…sure dia tak berani simbah air dalam kereta sendiri… hahaaahha
try test la tgk….. boleyyyy???? 😛

6 09 2009
Tengku Anggerik

teringat kucing saki dulu..duduk kt celah2 enjin camni jugak…

waktu drive tu .. duk dengar kucing mengiau .. puas cari kt mana datangnya bunyi …
setengah jam drive.. asyik duk ngiau .. igat hantu kucing lam keter. huhuhu

sampai kt satu jalan .. stop keterr.. dengar balik kt aner bunyi tersebut…

hoh!!… tengok2 … terselit tepi kipas enjin keter.. ya Allahhh .. nasib baik tk hancur kena kipas keter.. dasyattt .. tk leh ingat…

kucing tu menggigil nak mati ketakutan ..

anak kucing tauu .. 2 ekor duk terselit ditu .. huhuhu .. peristiwa menggerikan ..😀

7 09 2009
lat

ala..laa…tomey nye miow 2 ekor tu,bulat mata die…bawak meh kat aku jeno…cian die kne tangkap kering.. kuyup…hehe.

7 09 2009
duakupang

Update!!!

Aku dah mintak guard tolong buangkan kucing tu dan dia patuh dengan arahan aku.
Kucing tu dah diletakkan di tempat lain jauh dari opis aku, tapi malangnya ibu nya berjaya kembali ke kawasan opis aku
😆

28 09 2009
muhaimi

aku ingatkan kat dalam beg tadi…
rupanya kat tengah2 enjen… huhuhuhu… kucing taliban nie.. berani mati punyer… best2…

28 12 2009
Lagi Sekali? « Coretan Dua Kupang

[…] Kalau tak ingat boleh rujuk kat sini […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: