Malaysia Satu?

3 09 2009

Semalam dah keluar keputusan lagu 1Malaysia yang dianjurkan oleh HotFM. Maka dapat lah Audi Mok, Nurfatimah dan Faizal Tahir sebanyak RM 25K.

Aku takde la pun mengundi mana-mana lagu. Cuma layan je kat radio memandangkan aku kerap mendengar saluran HotFM. Finalist untuk lagu ni ada 10 lagu yang telah dcipta dan digubah oleh komposer yang terkenal dan jugak tak terkenal.

Cuma ada beberapa lagu je la pada pendapat aku menarik perhatian corong telinga aku. Antaranya lagu nyanyian Datuk Siti, Alex, D. Gerard Singh dan jugak Faizal Tahir sendiri. Tajuk serius aku tak ingat sebab semuanya berkisarkan tentang 1Malaysia je.

Apasal masa Pak Lah lancarkan Islam Hadhari dulu takde pulak orang nak buat pertandingan lagu nasyid ke😆

Ok jugak apa, baru la kena dengan tema Islamik kan. Jadi kena la cipta lagu-lagu nasyid.

Oh, lupa, HotFM tak pasang lagu-lagu nasyid. Hahahaha!

Ok la tu Faizal Tahir, dapat RM 25K. Kongsi-kongsi dengan Audi Mok & Nurfatimah dapat la nak cover duit minyak petrol yang baru naik ni.

Aku? Tetap isi minyak macam biasa je lah nampak gayanya😉

logo_1malaysia

MALAYSIA SATU

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan


Actions

Information

4 responses

3 09 2009
mama

mama cuma suka lagu ni….

Demi negara
yang tercinta
ku curahkan bakti penuh setia

(nyanyian Frans)

3 09 2009
Okliz

Oooooooooooooooo dia menang yer! Radio kat sini siarannya agak gelong. Tapi ok la tu 25 ghibu sapo nak kasi, pok cik kayoooooooooooooo!

4 09 2009
lat

eden raso dari dulu hingga skang malaysia totap 1idak 2 dan 3 pon..huwaaa

4 09 2009
duakupang

Aku suka dengan lagu Alex sebenarnya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: