Outbreak

12 08 2009

Outbreak_movie

Dulu tengok filem ni teringat kisah zaman virus Ebola yang pernah kecohkan benua Afrika masa aku sekolah dulu

Sekarang ni dah kecoh virus selsema babi pulak. Tak habis-habis datang satu penyakit, dari SARS, J.E,  selsema burung, selsema babi. Nak keluar pun dah rasa tak aman lagi.

Sekarang ni tengok orang batuk ke, selesema ke depan aku rasa nak lari je. Fobia kot gamaknya

Memandangkan kematian kat Malaysia ni semakin hari semakin meningkat. Kalau dulu orang takut nak pegi US sebab risau berjangkit H1N1. Alih-alih sekarang ni aku rasa nak cabut lari pegi US je tinggalkan Malaysia yang aku rasa tak terkawal je virus ni.

Baca kat paper mungkin kata keadaan terkawal tapi aku merasakan realitinya adalah disebaliknya. Kalau terkawal mana mungkin setiap hari ada je orang meninggal. Maaf aku mungkin tak belajar jurusan perubatan tapi aku hanya berfikir sebagai seorang rakyat marhaen yang biasa.

Aku sebagai rakyat memang rasa tertekan dan bimbang dengan keadaan yang berlarutan macam ni. Tambah pulak nak masuk bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Kalau dah begini je keadaannya nak sambut raya pun tak tenteram rasanya.

Mula dari sorang je yang bawak virus ni dari US, lepas tu terus merebak  hingga ke saat coretan ni ditulis bilangan kematian dah berganjak ke angka lebih 30 orang. Terkawal ke tu namanya?

Aku difahamkan jugak fakta sebenar tentang kes ni disembunyikan atas menjaga kepentingan ekonomi. Ada jugak yang beranggapan sebagai kes terpencil. Ekonomi apa kalau dah rakyat semua sengsara dan tertekan.

Nak tunggu sampai bila baru keadaan boleh selamat?

Kalau di Jepun, menteri yang rasa diri dia gagal nak buat kerja, dia rela lagi letak jawatan ataupun bunuh diri je. Tapi kat sini aku tengok menteri rileks je siap boleh lagi buat sambutan kat Putrajaya lagi. Aku pun bayar cukai jugak woiiii. Jadi aku rasa berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku. Haihh😐

Tengok penyakit pun tak kenal darjat. Semua dia main hinggap. Dalam erti kata lain, ini adalah satu ujian yang diturunkan oleh Allah Taala. Aku tunggu jugak kot-kot ada menteri nak terkena virus H1N1 ni, tapi takde pulak yang kena.

Apakah rasionalnya? Kita sendiri kena muhasabah dan fikirkannya

Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri😉

Nak beli mask kat tempat aku semua kedai aku gi, semua kata dah habis. Cepat-cepat lah kasi stok balik. Hampas betoi la!!!!

p.s: jom tengok balik filem Outbreak bersempena dengan bulan kempen Influenza A (H1N1)


Actions

Information

22 responses

12 08 2009
mama

memang merisaukan…..

bala Allah nk turun memang tk kire darjat….

12 08 2009
duakupang

Kena berjaga-jaga sekarang mama. Elok duduk rumah je kalau tak memerlukan untuk keluar

Takut lah

12 08 2009
joyah

so true.. sekelip mata je.. all the harta kita carik.. tetiba kita kena sakit gini.. semua pon tak relevan lagi…

12 08 2009
duakupang

Tu lah, kesihatan tu sebenarnya amat berharga. Duit tak boleh beli kesihatan yang baik

12 08 2009
arapink

kenapa kes banyak org melayu? sedangkan kita tak makan babi.

tak paham tul….yang makan babi nampak mcm sihat jer…kenapa masih ramai yg tak pakai mask? sebab dah habis stok di pasaran atau tak ada kesedaran sivik???

hadoiiiii…………….nauzubillah…

12 08 2009
duakupang

Yang makan babi sebab dia immune kot dari selsema babi😆
Takkan kita nak makan babi pulak.
Ahahahaha!

12 08 2009
kiut

surgical mask kat shah alam 1pc sengget tp beli sekotak 28.00 (50pcs), bek beli sekotak kan, tp stok mmg payah nk dpt sekrg ni…semua org berebut cr mask ( inviroment kat shah alam la)

12 08 2009
duakupang

Tu la pasal, tadi staff aku gi Maybank kat sini semua staff dia pakai mask
Aku nak cari topeng pun payah jugak, stok sampai habis. Dah la keadaan dengan jerubu lagi. Virus lagi.

Hadoiiii

12 08 2009
Isis

Kihkihkih..bang, try guna bra cap la senza..ekekekek..

oh ya..tak silap kerabat pahang pun ada yg kena H1N1 ni..dan semakin pulih..

12 08 2009
duakupang

Saiz apa yang bersesuaian tu Isis? Aku tak pandai la bab nak tengok saiz ni😈

Dah pulih ke? Alhamdulillah.
Duduk kat wad diraja mesti lah layanannya tip top berbanding dengan rakyat marhaen ni kan😆

12 08 2009
arapink

ara tau lah diorang dah immune ngan babi…tapi babi ni kesianlah kat org2 yg tak mkn babi…seranglah yg mkn babi tu jerk…adehhh

gelakkan aku yerk????…uwekkkkks

12 08 2009
Isis

Kalau ko aku rasa size yg sesuai ialah B..kikikikiki…

I thot so tooo, kalau dah kerabat, duduk lak di ward diraja layanan harus la 1st class..

12 08 2009
lat

tgu je la 1 ari nti akn ade pak menteri yg kne sesema babi ni…isis B cup seswai gn jeno…..wakakakaaaaaaaaaaaa

12 08 2009
duakupang

B cup? Tak sesuai lah
Aku suka saiz yang humble je😳

12 08 2009
j M

dr sumber yg boleh dipercayai..kerana sumber itu amatlah aku percayi…

menteri2 dan doktor2 di malaysia dah dpt suntikkan untuk mengatasi virus babi nih.. cume dirahsiakan … vaksin tu mahai beb.. tu sbb bkn sume org leh dpt benda2 tuh..

sekian…

12 08 2009
duakupang

Mana boleh!!👿

Kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan😆

12 08 2009
arapink

patutlah menteri segar bugar….ini tidak adil !!!!

13 08 2009
reen

**sila…sila…datang la berhijrah ke US….ekekkeke..**

pakai lah mask kalo kuar umah yer…jgn pergi tempat sesak2….duduk umah ajer, kuarantin sendiri2… ;)) ahaks….

“menteri2 jaga nyawa sendiri2 jer…rakyat nk mati..lantak korang ler…lg ramai rakyat mati…lagi bagus….” mungkin ayat ni kot yg dok bermain di pikiran jongos diorang….huuhuhu

ha..kan…dh kuar ceramah perdana…

ok…sekian….

15 08 2009
zeela

vaksin utk influenza A(H1N1) mana ada lagi.. virus strain ni baru je muncul, manusia belum ada daya ketahanan lagi.. dan scientist yg hebat mcm sy ni pun tak sempat nak reka vaksin utk H1N1.. ngeh ngeh~ ;p

15 08 2009
duakupang

Cepat-cepat lah buat vaksin. Takut sangat dah ni😦

15 08 2009
rina

oit…sy de la mask..awat xckp???besepah2 kt opis…hahaha…sy lak yg tukang borong hokeh??hahahahaha

15 08 2009
duakupang

Alaaa.. dah lambat baru nak kasi, ni mesti Convex borong banyak-banyak lepas tu jual kat orang mahal-mahal😈

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: