Ba** Punya Selsema

5 08 2009

Kenapa lah sekarang ni kecoh pulak pasai benda ni

Merisaukan aku je. Nak balik kampung pun kena pikir 2-3 kali sebab wabak tu dah sampai ke Perak pulok

Mula-mula kecoh di Seri Iskandar sampai UiTM pun kena cuti seminggu. Lepas tu aku dengar ada pelatih GIATMARA pulak positif selsema haram ni.

Sapa-sapa yang duk kawasan Parit / Bote / Kampung Gajah tu aku mintak korang berjaga-jaga lah. Jaga kesihatan serta kebersihan ya.

Seeloknya rentikan le nak keluor ke tempat-tempat yang ramai orang pada musim-musim begini

Duduk rumah layan TV lagi masyukkk.

Apa-apa pun kita jugak boleh berikhtiar. Aku dengan risaunya tadi telefon jugak ke kampung untuk bertanya khabar.

Risau jugak kalau dah menular ke kampung aku pulak. Tapi Alhamdulillah semuanya masih terkawal dan selamat.

Kemudian mak aku datang dengan satu petua pulak. Entah mana dia dapat aku pun tak pasti.

Dia kata ini petua daripada ulama yang mak aku baca bukunya. Petua ini adalah untuk menghindari daripada penyakit-penyakit bawaan dan jugak berjangkit.

Senang je. Ambik bawang kecik a.k.a bawang merah. Tanam dalam  tanah sampai dia tumbuh.

Tak kisah la nak tanam dalam pasu ke, depan laman rumah ke. Lepas tu biar je lah

Apa fungsi nya aku pun tak tau lah. Mungkin aura pokok bawang tu boleh menghindari virus-virus? Tuhan sahajaYang Maha Mengetahui

Yang nyatanya mak aku dah lama tanam pokok-pokok bawang ni dalam pasu kat rumah aku di kampung nun. Selain daripada fungsi seperti yang disebutkan kat atas tadi, ia jugak boleh dijadikan bahan dalam masakan😆

Kita cuma mampu berikhtiar je kan.

Selain daripada tu doa pun ada:

doa1

Sama-sama la kita sebarkan untuk kebaikan bersama. Jangan sebarkan virus ok

Kalau rasa demam tu elok duk rumah je😉


Actions

Information

11 responses

5 08 2009
ima

latest news dah masuk 12 org yg meninggal kan? scary..

p/s thx for sharing the Doa2

5 08 2009
duakupang

Itu lah, last aku dengar pun dah 12 orang ni
Makin lama makin meningkat pulak, nak keluar jalan-jalan pun tak senang

5 08 2009
arapink

org2 sini bila kita pakai mask, semua pandang2…sedangkan aku naik bas hari2 balik umah….

kene pakai jugak nih…wabak dah ada di Temerloh…huhuhu

5 08 2009
duakupang

Nak bersin pun orang duk pandang semacam je
Ahahaha!😆

6 08 2009
kiut

elok d amalkan ayat² tu…ptg smlm bawak ank g amik darah kat klinik kesihatan…fuhhh sesak ngan org & rata2 selsema,demam batuk..pttnya sedia kan mask kat luar klinik tu…kita yg sihat pun rasa seram nk duk ngan yg x bpe sihat tu huhuhuhu…so far ahmandulillah darah anak den normal, demam panas biasa je..

6 08 2009
duakupang

Hmm tu la demam ke, selsema, batuk sekarang ni kena gi cepat-cepat check.
Better duduk rumah je lagi selamat

8 08 2009
reen

hermmm…bala la tu semua Allah nk tunjuk…

better take precaution awal2…sebab kengkadang benda ni tak menunjukkan sign and symptom pun….

tp,yg herannya,nape la gomen tak amek tindakan yg lebih drastik…
mmg tak alert langsung gomen mesia ni…lg suka tgk rakyat mati kot…

sesungguhnya,mencegah itu lebih baik dari mengubati…

sekian ceramah perdana dari saya… ;))

9 08 2009
duakupang

Tunggu saja tindakan selanjutnya dari menteri kesayangan kita😆

8 08 2009
Okliz

Memang takot nak kluar umah tapi byk² bertawakal la masa nk kuar umah. huhu

Seeloknya jgn la ke pasar mlm atau tmpt² ramai org. Pikir sgt hal ni pun leh jadi stress jugak.

Doa byk², itu je yg termampu.

10 08 2009
lat

babi yg selsema….manusia pulak yg menanggung malapetaka nye……..
“sapi punya susu…lembu dpt nama”……….huhu

10 08 2009
duakupang

Salah tu, lembu punya susu, Ghee yang dapat nama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: