Bunkface : Situasi Makan Di Revolusi Lemon

11 06 2009

bunkface

06.06.09. Cantik tarikh tu!

Aku menyertai majlis makan malam anjuran Mangga Online atas jemputan Maman. Adalah diingatkan sekali lagi bahawa Manga Online dan Mangga Online adalah 2 entiti yang berbeza. Mangga Online ialah versi online majalah Mangga yang terkenal dengan photoshoot di tepi kolam renang sambil menayangkan dada dan jugak betis. Tapi nasib baik Mangga Online takde gambar artis tepi kolam renang.

Tepat jam 5 petang, aku, Isis, Sham dan Okliz berkumpul di rumah Tepung. Bertolak dari rumah Tepung menuju ke Kajang di mana akan berjalannya program makan-makan ni. Tempat dituju, Metropoint Kajang. Aku yang tak pernah masuk pekan Kajang ni jadi penumpang je la.

Sampai pekan Kajang baru la aku tau kat mana letaknya Sate Kajang. Kolotnya aku ni kan.

Tak jauh dari Sate Samuri tu kami berkumpul pulak dengan Maman yang dah tiba dulu kat situ. Kemudian sama-sama gerak untuk cari Metropoint Kajang. Diulangi, Metropoint Kajang! Pusing-pusing cari, Tepung dengan confidentnya masuk parking basement Plaza Metropoint. Kitaorang siap dah naik atas nak cari Restoran Lemon milik David Teoh tu. Tapi rupa-rupanya salah bangunan😆

Nasib baik akak information kaunter tu baik hati tunjukkan arah ke Metropoint Kajang. Belakang pasar katanya. Iya lah akak. Turun masuk kereta semula, gerak semula destinasi yang ditunjukkan. Kali ni betul Metropoint. Aku confuse sebab ada berapa banyak Metro daaaa dekat ini Kajang. Ada Metropoint, ada Plaza Metro, ada Metro Kajang. Lain kali nak letak nama bangunan sila letak nama yang bunyi lain ok.

warga MO

Pusing Metropoint, Tepung dah mula busy dengan panggilan telefon bertalu-talu dari pelanggan. Eh bukan. Dari Mangolian yang cuba untuk cari destinasi yang sama seperti kami. Aku tengok Tepung hari tu dah macam GRO je rupanya. Sibuk memenuhi kehendak pelanggan. Semua orang duk cari dia.

Sebab tugasan Tepung sebagai GRO adalah menjemput mana-mana Mangolian yang tak tau arah ke Metropoint Kajang.

Setel tugasan menjemput, aku masuk ke dalam Lemon dan terus mendaftar. Dapat pas dan jugak bookmark free. Aku letak atas meja masa busy snap gambo, terus hilang. Sapa yang ambik entah le. Sajian yang dijamukan memang best jugak. Tomyam pun sedap dan ada rasa.

Abih je makan, sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama peminat. Aku lebih senang snap gambar je. Maklum je la orang fotogedik seperti aku ni bakal merosakkan gambar je nanti. Kerjasama yang diberikan oleh Bunkface amat baik terhadap kami. Jangan sekarang je ok, bila dah ngetop meletop nanti buat-buat kekwat pulak.

Ramai yang aku lihat menghadiri program tu berpuas hati. Disamping dapat jumpa Bunkface, dapat juga bertemu dengan kawan-kawan cyber yang sebelum ni tak pernah dilihat pun rupanya. Hanya tau melalui nickname saja. Ada yang datang dari Johor dan jugak Pahang (sanggup tu). Tabik spring sikit kat korang.

Akhir kata, terima kasih kepada Maman, Mangga Online dan juga Lemon atas makan-makan free ni. Kalau aku saja je nak datang ke Lemon tu ntah bila la agaknya lagi. Baik lagi aku makan sate kesukaan aku. Terima kasih jugak kepada semua yang hadir.

lemonBye-bye Lemon


Actions

Information

13 responses

11 06 2009
arapink

tabik sekali kat sini….hehehe

memang sanggup turun sana..mana tau kan pasni x dpt nak joint dah…at least dpt kenal korang semua kat MO
🙂

11 06 2009
mama

best woo…pas ni leh join lagik

11 06 2009
lenggang

bestkannnnnnnnnn..hahahhaaa..smue sporting..ko je ade skeett ayuuuuuu…hehehehhee..pe pon mmg ngetopppppp….kuikuikui…

11 06 2009
ELiN

time sekolah dulu, kitorang panggil mereka ni geng hobbit. comel-comel je kan diorang?

11 06 2009
duakupang

Geng Hobbit? Hahahahaha
Eh satu sekolah dengan mereka ni ke? Tapi kamu memang tinggi pun

15 06 2009
ELiN

yep. kami satu sekolah sedari mereka masih belum pecah suara. haha

yep. saye memang tinggi. harap-harap tak menjadi lebih tinggi.

11 06 2009
OKLiz

Best giler!!!!!!

12 06 2009
Minister Of Mind

it’s a lemon tree..
wonder how..wonder why..

la…la…it’s a blue sky..

12 06 2009
lat

malam huru hara……….ekekeee

12 06 2009
tepung online

apa GRO plak, PRO lah jeno…. haha..

12 06 2009
duakupang

Eh ye ke? Maaf, kesilapan memang disengajakan😆

13 06 2009
lat

tak de sebut dari sremban…..huhu

14 06 2009
khairul

best la korg jumpa bunkface.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: