Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan
Hisap rokok tembakau Cina
Asap keluar berbunga-bunga
Hai cik adik boleh abang bertanya
Sudahkah cik adik ada yang punya
Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah puas hamba mencari
Baru sekarang hamba mendapat
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang
Kalau nak jatuh, jatuh lah nangka
Jangan ditimpa dahan pauh
Kalau nak tidur, tidur lah mata
Jangan dikenang abang yang jauh
p.s: kredit kepada laman ini & juga Rina serta Tepung kerana menjadi model aku 😉
Advertisements
suke tul den jd org pertama mengomen kat blog 2 kupang ni…
kalau roboh kota melaka,
papan di jawa beli sendiri,
amboi sungguh bagai di kata,
rina gn pong dua sejoli.
anak kucing berlari-lari,
sesat se ekor dlm taman,
rina gn pong dua sejoli,
dua kupang bila nk berteman?
wakakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dua kupang jgn mrh ek! gurau2 jew
klau mrh nti kne jual………….huhu
Pandai pulak kamu berpantun ye
Logo bagak yang diukir di atas papan seperti dalam gambo itu adalah logo keluarga bagi portuques family.
Kain keluarga…lain bentuk logonya.
Logo bagak yang diukir di atas papan seperti dalam gambo itu adalah logo keluarga bagi portuques family.
Lain keluarga…lain bentuk logonya.
Oh macam tu ye? Baru la aku tau… Terima Kasih
tinggi2 si matahari
anak kambing mati tertambat
sudah lama aku tak mari
sebab tenet dah kena sekat…
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan/puan datang,
Kami yang lepak kat Melaka ucapkan “Mari le lagi”..
tk update lagi ke makan2 MO????
Tapi hari aku datang Melaka aritu, memang musim orang Melaka turun KL kot
Semua kontek orang duk Melaka takde, diorang turun KL je
Hahahaha
wah tepung sungguh bergaya dgn enpon beliau sambil menjeling si anak dara.
he he he
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
kalau hati sudah berkenan
apa lagi mahu ditunggu??
p/s cam tak berapa nk berirama sgt la pantun ni. he he he
sakit perut pegi berak
jangan lupa sembur perfume
tak pasal2 aku jadi model dalam ini blog
apa lah dua kupang nih…
haha. lawa gmbr tu. best2
oitttttttttt tepong tak kono mengono lansung rangkap pantun ekau………
wakakaaaaaaaaaa
pergi tasik cini beli cili,
sesuke ekau jo guno gambo den,
klu da den lompang berguni2,
maunyo ekau jadi katun ben10….hihihihi
Apa kes pantun korang ni wei… buat aku pecah perut je
Marah orang Melaka nanti niiii… 😆
teruna dara minum ribena
smbil mata meliar-liar
aku baru pasan gmbr tu ada RINA
sbb Rina dah krus mcm kerengga…wakakakakakak
Mesti mata hang duk usha kat Tepung je ni…. Ehem ehem
kerul –
minum ribena dengan roti kelape,
sambil bermain di anak tangge,
hang da idup lama ke,
sesuke je perli aku cam kerengge…
lompang kang
Wahhh gelanggang pantun d buka :-):-) i loike it :-*
Meh hamba beli yer… Ekeke
⑴ hantar rombongan ke negeri Kedah,
Singgah di Gurun berhenti makan,
Kalau dah jodoh termaktub sudah,
Hubungan yg sah bakal dijalinkan…
⑵ dua merpati diatas jalan,
Hinggap pula diatas dahan,
Kekayaan dunia bukanlah soalan,
Keikhlasan hati jadi pilihan…
;-);-);-)
hehe
ikan siakap ikan gelame
beli satu eskrem nangke
aku mmg dah idup lame
nape? ada masalah ke?
amik ko!! rina
ikan siakap dimasak merah,
masak letak banyak bawang,
aik, nape ko nk marah…
aku lompang kang….
hehehehe
pergi pasar rabu beli baju skolah,
wahai jeno, maafkanlah…
kami buat macam rumah sendiri,
tapi kami xpeduli..hihhihi
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kenapa roboh kota di Melaka
Nak dirikan papan di Jawa pula
tak ke jauh tu? 😆
nice editing ar.. pntun pn best.. huhu..
Itu pantun klasik Lien… ramai yang dah lupakan pantun tu
Saja kasi up balik
Rasanya pantun in lebih berkisarkan mengenai keakraban hubungan orang Indonesia Jawa Batavia dengan Kesultanan Melaka. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada Melaka, orang Jawa di Indonesia akan membantu tanpa mengira apa sahaja. Jika bukan kerana kesan kolonial British dan Belanda dulu pastilah Indonesia dan Malaysia ini satu negara yang sama. Tambahan pula ketika merdeka dahulu pun bahasa Melayu masih sangat mirip. Cuba lihat suratkhabar mereka serta ucapan kemerdekaan Sukarno 1945. Sebiji!