Sesi Temugoda Makcik dan Pakcik

28 05 2009

Dah lama pulok rasanya aku tak taip-taip kat sini kan. Nak buat macam mana, aku busy. Seharian penuh dengan tuntutan hidup. Kerja yang sangat sibuk, sibuk buat apa? Haaa…. itu yang kita tak tau yek

Hari Isnin dan Selasa lepas jadual aku dipenuhi dengan kerja aku meng interview peserta-peserta untuk Program Pembasmian Kemiskinan. Dulunya program ni dinaungi oleh kementerian aku yang dah berkubur, sekarang ia masih lagi dilaksanakan kerana peruntukannya datang dari pada Kementerian Kewangan dan jugak EPU. Lagipun kementerian yang dinaungi sekarang pun sememangnya secara langsung terlibat dengan kemajuan luar bandar, jadi ia masih lagi relevan dan saling berkaitan.

Task aku ialah temugoda atau temuduga calon-calon yang memohon. Sasaran peserta adalah ditujukan kepada masyarakat yang miskin tegar di mana Garis Pendapatan bagi isi rumahnya (5 orang) ialah RM440.00. Borang-borang diedarkan kepada Ketua Bahagian UMNO masing-masing dan jugak Ketua Kampung.

Tapi yang aku tengok ada yang datang pun makcik-makcik yang pakai gelang emas, pakai pun macam nak gi kenduri kawin je.😆

Interview tu pun dibuat pada aku hanya sekadar untuk formality. Cuma yang aku rejek tu kepada sapa-sapa yang dah pernah menghadiri kursus yang dianjurkan. Kurus yang dijalankan ialah Latihan Menjana Pendapatan yang dianjurkan oleh GIATMARA. Datang kursus dalam tempoh seminggu, kemudian akan diberi kelengkapan dan tools terus. Bawak balik dan diharapkan mereka dapat menggunakan kelengkapan yang diberi tu untuk mula start berniaga kecil-kecilan

Untung wooo… bayangkan yang gi kursus menjahit. Siap dapat mesin jahit high speed tu sebijik bawak balik. Free gitu je. Mesin tu aje aku rasa dah cecah RM1000 lebih gak, tu yang paling cikai la harganya. Kalau yang cap mahal tu paling koman mau RM 3000 gak nilai mesin tu.

Mana yang belajar kursus Kek & Pastri siap dapat Oven lagi, dan jugak periuk-periuk. Namun begitu kemudahan ni diberikan hanya kepada peserta yang telah ditapis dan disaring oleh pihak HQ aku. Sekali lagi, untuk yang miskin tegar saja ok.

Pada aku ni antara tanggungjawab sosial dan jugak khidmat masyarakat yang company aku dapat berikan untuk membantu orang-orang kita especially Melayu lah kan. Ye la company aku ialah organisasi “non profit”. Mana ada nak kutip untung apa-apa pun.

Aku ni pagi Isnin tu mula la meng interview dengan semangatnya. Ramai jugak yang datang lebih kurang dalam 20 orang gitu. Ramai makcik-makcik la dari anak dara. Kebanyakan makcik ni pun orang kampung di sini, duk kat rumah jadi suri rumah je. Sambil-sambil tu ada yang jual kuih-muih nak menampung hidup. Suaminya pulak rata-rata bekerja sendiri (bertani, bendang dll).

Soalan yang aku tanya pun senang je. Simple dan bersesuaian la dengan keadaan.

“Makcik dari mana?”

“Akak buat apa sekarang ni? Keje ke?”

“Dapat tau dari mana kita ada buat program macam ni?”

“Suami keje apa? Anak-anak semua sekolah lagi ke?”

Itu pun sekadar aku nak tau latarbelakang je lebih kurang. Bila aku dah jelas mengenai latar belakang baru la aku tau sikit-sikit mereka ni miskin tegar ke, fakir ke, fakir miskin ke kan?

Dari situ senang sikit aku nak rekemen atau merejek. Walau begitu, kebanyakannya aku rekemen je. Bukan sebab aku ni cepat kesian atau terpedaya dengan pujuk rayu tapi aku yang bertugas kalau boleh cuba untuk buat yang terbaik dan dalam masa yang sama aku tak mau menafikan hak makcik-makcik ni mendapat peluang macam ni.

Yang aku rejek cuma 2-3 orang je. Tu pun sebab sebelum ni dia dah pernah menghadiri program ni. Dia dah pergi kursus penternakan cacing. Orang kata meniaga cacing pun le ni boleh untung. Sama jugak dengan buat penternakan lintah. Eiiii, geli aku.

Ini cerita pengalaman bos aku, dia pernah pergi ke majlis perasmian untuk kursus cacing ni. Elok je lepas perasmian, boleh la pulak dijamunya mi goreng.

Uwekkk… memang tak makan la jawab nya😆

Tapi bila interview orang ni kadang-kadang boleh mendatangkan keinsafan gak pada aku. Ye la, bila dengar cerita-cerita, keluhan-keluhan pakcik dan makcik ni, memang rasa kesian. Tu la, kita ingat dah takde lagi orang-orang susah kat Selangor ni, tapi kat kawasan sini ramai lagi yang ketinggalan. Nama je negeri Selangor maju, tapi kawasan opis aku tu bas pun lalu 3 jam sekali je. Jenuhhh…

Jangan ingat hidup kita ni susah, padahal ada lagi orang yang susah dari kita kan. Duduk rumah laki bini kerja sendiri, dengan anak 6 orang semua masih bersekolah. Macam mana? Bayangkan pendapatan RM500/bulan. Nak makan apa yek. Dah la barang-barang sekarang harga menggila.

Insaf untuk seketika

Sambil-sambil bertanya tu, aku tanya jugak sebelum ni diorang dah pernah ke hadir lain-lain kursus yang dianjurkan oleh agensi lain. Ada juga yang jawab pernah. Kebanyakannya kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti berhampiran.

Tiba-tiba terdetik gak dalam hari aku, bagus jugak ada kursus pendek kat Kolej Komuniti ni. Kalau aku bosan duk kat bilik waktu weekend, baik aku join. Dapat jugak aku tambah pengetahuan.

Elok je abih sesi temugoda, aku pun bergegas ke Kolej Komuniti. Tak jauh pun sebab aku buat interview tu di Pejabat UMNO yang terletak berhampiran dengan Kolej Komuniti tersebut. Dengan bersemangatnya aku terus bertanya maklumat tentang kursus pendek yang dianjurkan mereka.

Tapi sayangnya, dah abih le pulak. Untuk sesi Januari-Jun kursus pendek dah tamat. Kursus-kursus baru akan dibuka pada pertengahan Julai pulak. Aku pun tengok la handout pasal kursus tu. Menarik jugak. Aku cuma target nak join yang berkaitan dengan yang aku minat je macam Photoshop dan AutoCAD ke… diorang siap buat sampai tahap 2 tu. Huh. yuran pun murah je, antara RM10 ke RM20 je. Kursus pulak hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Lain-lain tu aku tak minat la sebab lebih kepada memasak, buat kek, anyam rotan lah, jahit menjahit lah, sulam sulam lah. Yang ni aku tau mesti ramai perempuan yang akan datang nanti. Segan laaaa….

Lagipun baik aku join apa yang aku minat kan? Lagi senang masuk dalam kepala otak nanti. Lama lagi la pulak nak tunggu bulan Julai ni. Sekarang student Kolej Komuniti baru nak cuti semester lah. Bukak je nanti aku mesti serbu ke sana untuk daftar.

Kursus pendek, here i come😉


Actions

Information

10 responses

28 05 2009
khai

wah…best la erk dpt mesin jahit suma tu..apsal aku xtau pun psl interview nih??hehehe
apa yg penting org yg btl2 miskin dpt pembelaan dr pihak berwajib..

28 05 2009
duakupang

Program ni bermula tahun 2008, 3 negeri je yang dapat peruntukan mengadakan program ni iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor.

Lain kali nak tau program macam ni kena la berbaik-baik dengan Ketua Bahagian Gerombolan.. Keh keh keh

29 05 2009
lat

nemo…nape x inform lat?..lau x msti lulus nye temuduge tu..dpt oven pn ok,leh amik oder kuih raye……..he3

29 05 2009
duakupang

Untuk yang miskin tegar sahaja. Pendapatan bawah Rm440.00🙂
Yang dah kaya tu, bersyukur je la dengan apa yang ada
Kah kah kah

29 05 2009
Okliz

Amboi lat nak oven free nampak??? Yelah bes jgk makcik2 ni dapat bnda2 mcm ni. Kalau sy la diberi kesempatan utk join, besar tapak tgn stadium rome sy tadahkan… hik3..

29 05 2009
duakupang

Yang dah bekerja tak layak untuk join program ni. Hehehe

29 05 2009
lat

liz sampai hati miow c nemo ckp cam gitu2 kat kite kan….tpi yg dpt tu pon lom tntu miskin tegar..ntah2 sedara-mara kaya tegar…….kan liz kan.????

29 05 2009
duakupang

Sebab tu gunanya ada interview, kalau perlu gi ke rumah, kena pegi nak buktikan bahawa mereka tu miskin

Kalau ada sedara mara pun, bukannya ada nak tolong pun… ini realiti kehidupan🙂

29 05 2009
Okliz

Takpe lat, encik nemo akan menyaring insan² bertuah tersebut. Bagila diorg peluang lat oi. Cian kat diorg at least nanti kita leh upah baju&kuih raya kat diorg. Tak gitu nemo???

p/s Kita masok rakan muda je la lat. Nmpk kool sket. ha3

29 05 2009
reen

ok gak program mcm ni…
at least org yg berpendapatan rendah dan miskin tegar dapat merasai gak nikmat memiliki barangan yg beratus ratusan kan…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: