Dari Tasik Raban ke Muzium Arkeologi Lenggong

9 05 2009

Lama betul saya bercuti di kampung sempena Hari Pekerja

Kiranya puas jugak saya berehat di rumah. Takde buat apa pun sangat sebenarnya. Lebih kepada menghabiskan masa berkualiti bersama famili terchenta.

Aktiviti biasa bila balik kampung saya ialah makan laksa dengan GPS aku sambil minum-minum cendol di Lembah. Lokasi yang bersebelahan dengan tebing Sungai Perak yang terletak di pekan Kuala Kangsar.

Hari Sabtu, dalam perjalanan saya pulang ke rumah dari pekan Kuala, Syed a.k.a Panda call serta mengajak saya pergi ke kenduri di Kampung Tasik Raban. Kampung ni pun dah memang tak asing bagi saya sebab ia adalah kampung Opah dan Atuk saya jugak.

Maka, Syed pun bertolak dari Ipoh untuk sampai ke rumah saya. Lebih kurang 30 minit kemudian Syed sampai dan kami bertolak ke Tasik Raban. Sampai di rumah orang kenduri kami terus menjamu selera. Habis makan-makan, jumpa pengantin dan snap gambar apa yang patut, kami pun bertolak ke Muzium Arkeologi Lenggong.

Saya memang tak mengenali tuan rumah kenduri sebab kawasan rumahnya di luar lingkungan kawasan permainan saya zaman kecil-kecil dulu. Lagipun mak saya yang pasti lebih mengenali tuan rumah kerana dia anak jati Tasik Raban. Rupa-rupanya tuan rumah (bapak pengantin) tu classmate Mak Andak saya jugak.

arkeologi

Sampai di Muzium Arkeologi Lenggong yang lokasinya terletak dalam kawasan kebun kelapa sawit. Di sini adalah tempat bersemadinya Perak-Man yang terkenal itu. Di ketika itu, hanya saya dan Syed je pengunjung yang ada. Kami pun check in ke dalam muzium dengan menulis nama dalam buku log. Ini adalah lawatan saya yang ke-2 ke muzium ini setelah 4 tahun dahulu.

Takde apa yang berubah pun, dalamnya masih sama seperti dulu.

Yang menariknya, kerjasama yang ditunjukkan oleh Pakcik Security di situ amat memuaskan. Beliau sendiri memberi penerangan serba sedikit tentang sejarah-sejarah yang terdapat di dalam muzium itu. Ya, jangan memandang rendah pada Pakcik Guard kerana ilmu sejarahnya mungkin lebih tinggi daripada saya.

Trip ke muzium singkat saja sebab tak lah besar mana pun muziumnya. Kecuali pada yang betul-betul minat pada sejarah purba mungkin akan khusyuk membaca satu persatu papan kenyataan yang dipamerkan. Saya sekadar melihat-lihat saja. Dalam pada itu pun pengunjung pun dah bertambah ramai sedikit.

arkeologi (1)

Habis pusing-pusing dalam muzium, kami bergerak ke kawasan behampiran iaitu Taman Geologi. Lagi lah tak mendatangkan minat pada saya sebab yang dipamerkan hanya batu-batuan je. Lain la kalau yang dipamerkan tu Krytonite ke, mungkin saya akan berasa sedikit takjub.

Selesai trip ke muzium, kami membawa diri ke lokasi yang tak berapa jauh dari Tasik Raban, iaitu Lata Kekabu. Lata dalam loghat Perak bermaksud kawasan air terjun. Lata ni sering menjadi tempat persinggahan pengujung yang melalui Lebuhraya Timur-Barat. Laluan dari Perak untuk sampai ke Kelantan.

Pada hujung minggu tempat ni memang ramai orang. Saya sendiri pun dah pernah mandi di sini lebih kurang 3 kali. Tak boleh nak dibanggakan pun sebab sepatutnya saya mampu pergi dengan lebih kerap lagi disebabkan tempatnya dekat je dengan rumah Opah saya. Tempatnya boleh tahan walaupun tidaklah seindah Niagara Falls 🙂

arkeologi (2)

Saya tak snap sebarang gambar pun sepanjang berada di Lata Kekabu. Sebab bimbang dituduh paparazzi pulak. Saya biarkan je Syed snap gambar sepuas-puasnya. Takut jugak, kang tak pasal tengah snap kena belasah dek orang tengah mandi kerana dituduh skodeng. Jadi kalau nak belasah pun, belasah Syed je ok. 😆

Kalau nak tengok gambar boleh klik dan tengok kat sini

Kami berjalan kaki sambil menikmati suasana hutan dan sungai. Setelah puas menghabiskan masa di Lata Kekabu, kami bertolak kembali ke rumah. Syed cuma singgah sebentar sambil bersembang-sembang dengan mak dan abah saya. Ini kunjungan yang ke-2 kalau tak tak silap saya.

Kunjungan yang pertama ialah ketika saya masih lagi menjadi rakan serumah beliau di Seremban. Ketika itu kami berjalan-jalan ke Bandar Kuala Kangsar serta Cameron Highlands bersama keluarga saya.

Nostalgik lah pulak.


Actions

Information

11 responses

9 05 2009
Tasha

bercuti lama. patut lah senyap saja.

9 05 2009
duakupang

Berehat sambil mencari ilham baru 😆

9 05 2009
Minister Of Mind

minum-minum cendol di Lembah<- aku dah tak tahu mana satu kedai yang best minum…rekomenkan skit…

Kampung Tasik Raban<- ape xtiviti menarik kat sana yg bleh dibuat? Yg teman tahu…makan ikan bakor… Ahaks..teman pun tak pernah makan dan tahu portnye..

Muzium Arkeologi Lenggong<- haram teman tak tahu ada muzium kat lenggong tue..ingatkan pekan koboi aje…

Pergh ..lama giler tak pekan lenggong…

Lata Kekabu<-last sekali aku pegi ngan ijad ngan fir kalo tak silap…. itulah first time dan kali terakhir… seingat aku… ada port dalam kat situ….hitam ayernye…..tak berani nak terjun sebab takde orang…kalo ada orang…rasa selamat lah skit..

banyak siak…tempat kat perak aku tak explore lagi… nak2x area ..hulu perak..pergh..

9 05 2009
duakupang

Cendol di Lembah: Pot biasa adalah di tepi Sungai Perak menghala ke Taman Rekreasi

Tasik Raban: Ikan Bakar yang sedap di sana ialah di Restoran Tasik Raban. Ada 2 cawangan restoran iaitu di Tasik Raban dan juga tak jauh dari Lata Kekabu

Muzium Arkeologi:Ia terletak di Kampung Kota Tampan, sebelum sampai ke pekan Lenggong.

Lata Kekabu:Sekarang dah ramai orang mandi manda kat situ, takde apa yang perlu ditakutkan

9 05 2009
OKLiz

agak unik nama2 tempat tersebut. but nice info baru. he3

10 05 2009
duakupang

Unik, seunik tempatnya

9 05 2009
Reen

Wah…cuti sakan yer…rupa2nya,byk tempat x round2 dkt perak sanun 😛 dan mesia… tingin nk g sana,tp bila yer… 🙂 😉

10 05 2009
duakupang

InsyaAllah bila dilapangkan masa, pasti akan sampai jugak

10 05 2009
rina

hoh..ajak la kengkawan..cam syok je

12 05 2009
lat

makan laksa pak ngah bawah pokok ek nemo?………..

12 05 2009
duakupang

Makan bawah payung je

Leave a reply to lat Cancel reply