Kenapa Dilepaskan Peluang Itu?

30 04 2009

Semalam aku berpeluang untuk pergi ke kilang Proton di Tanjung Malim bagi menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri bagi pelatih-pelatih syarikat aku. Ini kali pertama aku masuk ke kawasan kilang ini. Bagi aku ini adalah peluang aku untuk melihat macam mana le rupanya kawasan kilang Proton di Tanjung Malim setelah aku berpeluang masuk ke kilang Proton di Shah Alam.

Kilang di sini diuruskan oleh Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB). Kawasannya memang luas sebab aku nampak dalamnya siap ada stadium stadium lagi. Banyak kemudahan dalam kawasannya. Tapi yang nyatanya memang banyak terdapat kereta-kereta Proton tersadai di kaki lima.

Kebanyakannya adalah dari model Persona, Savvy dan Satria Neo.

Kereta bersusun sepanjang jalan dan kaki lima

Kereta bersusun sepanjang jalan dan kaki lima

Maaf kerana ia adalah gambar curi daripada telefon bimbit aku. Kerana di dalam kawasan ini adalah dilarang sama sekali membawa kamera ataupun alat perakam. Terutama sekali di dalam bangunan di mana kereta-kereta dikilangkan. Siap ada amaran lagi, jangan bawak kamera serta dilarang melakar apa saja bentuk-bentuk kereta dalam kilang tersebut. Aku siap dah bawak kamera ingatkan nak bergambar, tapi nasib baik sempat baca notis.

Pertamanya, sampai di main gate kenderaan tak dibenarkan masuk kecuali kakitangan. Maka aku pun parking kereta di tempat yang disediakan dan aku masuk ke dalam kawasan kilang dengan menaiki buggy bersama rakan-rakan. Sepanjang perjalanan tu driver buggy tu bagi la taklimat sikit mengenai bangunan apa dan jabatan apa yang kami lintasi. Seperti Stamping, Engine & Transmission, Painting dan akhirnya sampai ke Jabatan Final & Trim.

Ini department apa ya? Aku dah lupa namanya

Ini department apa ya? Aku dah lupa namanya

Majlis dijalankan di dewan bekeluasan sederhana yang terletak di dalam Jabatan Final & Trim. Seramai 151 orang pelatih berjaya menamatkan latihan dengan jayanya. Seronok je aku tengok budak-budak dapat latihan free kat sini. Diberi elaun, penginapan asrama bertaraf apartment lengkap dengan perabot serta pengangkutan pergi baik disediakan setiap hari.

Tapi apa yang menyedihkan aku ialah bila ucapan Pengarah HR Proton yang mengatakan setiap hari akan ada 10 ke 15 orang yang ponteng latihan tanpa alasan yang munasabah. Aku tak paham kenapa budak kita yakni orang Melayu ni tak reti nak menghargai apa yang kita cuba nak bagi pada diorang.

Lebih membimbangkan lagi apabila Proton menawarkan peluang pekerjaan tetap kepada mereka yang layak, cuma 60 orang saja yang menerima tawaran tersebut. Yang lain-lain memberikan alasan seperti ingin sambung belajar dan bekerja sendiri. Tapi ada jugak yangagak keliru dengan memberikan alasan bodoh seperti gaji, persekitaran kerja dan lain-lain.

Tatkala syarikat lain yang pekerjanya berada seperti telur di hujung tanduk dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, Proton pula nak bagi peluang kerja kepada mereka ini namun sayangnya peluang seperti ini dilepaskan begitu saja. Elaun bekerja saja aku kira-kira ada dalam lebih kurang 6 ke 7 jenis elaun. Dari lebih masa, elaun dobi, elaun kedatangan sampaikan elaun untuk gula pun ada.😯

Peluang yang ada jangan dilepaskan

Peluang yang ada jangan dilepaskan

Tamat je majlis, aku bergegas untuk makan di jamuan yang disediakan. Sempat la gak sembang sambil makan-makan dengan staf Proton. Sekadar bertanya yang simple saja. Selesai makan aku ingatkan ada lagi trip melawat ke dalam kilang, tapi rupa-rupanya terpaksa dibatalkan atas kesuntukan masa.

Frust le aku sekejap sebab tak merasa nak tengok apa isi dalam kilang tu. Aku cuma sempat tengok bahagian Final & Trim je. Itupun bahagian di mana kereta dah 100% siap. Cuma tinggal nak bawak keluar kilang dan dipasarkan je.

Jadi lah. Sekurang-kurangnya aku dah berpeluang nak masuk kawasan kilang Proton. Fikir-fikir kalau bukan sebab kerja rasanya tak merasa pun aku nak masuk dalam kawasan ni. Dah la dikawal rapi pulak tu. Rasa cam kem tentera pun ada.

Selamat Tinggal kilang Proton, entah bila aku nak datang lagi sini

Selamat Tinggal kilang Proton, entah bila aku nak datang lagi sini

Perjalanan pulang aku singgah di pejabat rakan aku di Kalumpang. Berehat sebentar kemudian aku pun meneruskan perjalanan pulang ke Sungai Panjang. Merentasi hutan belantara yang sunyi. Kalau jalan malam-malam harus kena bawak teman. Kalau jadi apa-apa memang naya.

Pertama kali aku lalu jalan ni. Dari Sungai Besar ke Tanjung Malim. Jalannya agak sunyi, dilitupi oleh pokok-pokok besar. Kualiti jalannya sederhana saja sebab banyak bumpy. Dari pejabat aku, cuma mengambil masa selama 45 minit saja untuk sampai ke Tanjung Malim. Dekat je sebenarnya.

Jangan Pandang Belakang

Jangan Pandang Belakang

Akhirnya aku selamat jugak sampai ke destinasi dituju iaitu opis a.k.a pejabat aku lah

Lega…

p.s: Penat kan kerja aku? Asyik berjalan aje kerjanya. Tapi aku tak suka sangat sebab meletihkan dan kena keluar duit sendiri dulu. Haha


Actions

Information

13 responses

30 04 2009
arapink

mcm ara gak nemo…keje nya bejalan jer….wat lawatan susulan peminjam, program tu program ni…mmg best tapi poket kopak jugak….heheheh

30 04 2009
duakupang

Tu pun dah paham jugak
Sampai ada yang kena kejar dengan parang oleh peminjam
Kesian PMD😆

30 04 2009
cecilia

huh.. elaun gula pun ada ka.. byk tul elaun ek.. jgn risau ara.. y ptg claim..

30 04 2009
duakupang

Iye, Proton amat bermurah hati kepada anggota kerja nya

30 04 2009
Mohd Mazri Md Yassin

yang tak nak kerja tu, bukan malas…Ego ajer. Biaselah bos punyer kerja memang keluar ajer, entah-entah balik tido😛 ..ahhh keluar duit pun gaji 5 and 6 ribu aper nak risau..tapi bak kat orang, besar periuk maka besarlah keraknyer.. lagi tarak paham ka.. macam tu lah kiranyer.

30 04 2009
duakupang

Kerja bukan pasal ego, tapi masalah sikap.
Mentaliti pun satu hal jugak yang susah nak diubah
Sama je bos ke kuli ke, bila kerja di luar tetap memenatkan sebab ambik masa

30 04 2009
Mohd Mazri Md yassin

Tapi koi ingat lagi, ader kawan koi, sekarang dah pakai toyota tapi tak ingat warna dia, dia cakap “buat aper beli kereta proton.. tak tahan”.. pastu aku menjeling kat dia sambil menukar gear manual kereta wira aku. dalam hati kecil berkata, ahh sebelum dapat toyota, proton jugaklah dikudakan kehulu kehilir.. porah citt.. Betul orang tua Tun Mahathir pernah berkata “Melayu mudah luper”

p/s Wira aku kalau tekan pedal minyak rapat… lepas lagi 180 km/j, itupun dah seram sejuk aku dibuatnyer… janji tiap kali kursus mesti bawak awekk.. yeeee haaaahhh

30 04 2009
duakupang

Bersyukur je lah dengan apa rezeki yang ada
Melayu memang lupa
Cuma kalau nak maju dan hilang penyakit lupa tu, Melayu kena berubah
Kena ada anjakan paradigma
Tapi apa-apa pun Proton memang ada isu kualiti, soal apa yang nak dipakai itu terpulang pada kemampuan dan kehendak masing-masing kan
Kereta lain dikenakan cukai harga yang tinggi disebabkan hendak selamatkan Proton
Apa kes?😆

30 04 2009
Okliz

lor banyaknye program rupenye..dah la tu free plak.. bagus2..

30 04 2009
duakupang

Makin lama makin banyak program, apa boleh buat rezeki dah tertulis begitu🙂

1 05 2009
Reen

Ketbpa pun x kisah…janji kalo ujan,x basah😛
Masih penat lg ke? Apa2 pun,semoga u sukses dan d murahkan rezeki🙂
‘ selamat hari pekerja n happy holiday with ur parent :-* ‘

1 05 2009
Reen

Kereta apa pun x kisah…janji kalo ujan,x basah😛 Masih penat lg ke? Apa2 pun,semoga u sukses dan d murahkan rezeki🙂 ‘ selamat hari pekerja n happy holiday with ur parent :-* ‘

22 06 2011
Yastross

Kalau ada lagi OpenDay Proton, aku jemput bro dtg…jumpe aku kat Styling Proton (Shah Alam)….insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: