Pupus

24 04 2009

Zaman sekarang banyak benda yang telah pupus. Tak kira lah samada ia adalah haiwan, manusia mahupun kebendaan. Masa bergerak dan berjalan, manusia pula berlari mengejar masa.

Teknologi semakin lama, semakin jauh mendahului kita. Kalau dulu terlalu asing bagi kita untuk melihat budak sekolah menggunakan telefon bimbit. Sekitar 90an, telefon bimbit adalah barangan mewah. Tak semua mampu untuk memilikinya. Pengalaman pertama menggunakan telefon bimbit pertama aku adalah menggunakan telefon abah aku berjenama Ericsson dengan talian 010.

Paling awal telefon bimbit yang aku ingat adalah jenama NEC Primero. Waktu itu siapa yang banyak duit boleh guna Motorola StarTAC yang sim card nya masuk seketul dalam handphone😆

Sebelum itu, kita hanya menggunakan telefon rumah, public phone dan juga kemudahan prabayar yang disediakan oleh service provider. Aku ingat lagi ketika aku tinggal di asrama, public phone lah yang menjadi teman setia untuk menelefon mak abah di kampung. Aku juga berkesempatan menggunakan telefon awam jenis lama yang menggunakan rotary dial di kampung Opah aku dulu. Dial yang jenis pusing-pusing tu berbanding sekarang menggunakan dial jenis key pad.

public-phone

Telefon Besi

Bila masuk je syiling dalam kotak telefon tu, akan terdengar bunyi “tuinggg”. Classic😉

Daripada telefon awam yang ada booth, bertukar ke telefon awam berwarna oren yang selalunya mendatangkan masalah syiling tersangkut. Benci aku. Kadang-kadang masuk syiling lepas tu dia telan pulak. Kerugian aku dibuatnya. Kemudian berubah pula kepada telefon jenis badan besi dengan pondok yang berwarna biru.

Itu pada tahun sebelum alaf baru, sebelum aku melihat sekarang pondok telefon awam sekarang ibarat hidup segan mati tak mau. Hinggakan terpaksa di swastakan dengan jenama HELO, Aliya? dan lain-lain yang aku kurang periksa. Sekarang jika difikirkan kembali aku rasa dah bertahun aku dah tak menyentuh pondok telefon awam. Kalau dulu, sanggup kumpul syiling semata-mata nak bergayut bercakap di public phone. Tapi nampaknya keadaan itu sudah berlalu.

Pernah dulu kita diperkenalkan dengan telefon kad. Yang aku ingat ada 2 iaitu Uniphone Kad dan Kad Telekom. Uniphone Kad yang telefonnya berwarna kuning kalau tak silap aku menggunakan kad yang dilengkapi dengan jalur magnetik. Bila selesai cakap, kad akan diketik dan kita dapat tau berapa nilai baki pada kad tersebut. Punya lah hebat pada masa itu, hinggakan Uniphone mampu membuat iklan di TV menggunakan khidmat pelakon Sidi Oraza yang menjadi persona ala panglima Melayu dan Indiana Jones.

“Sungguh mudah dengan Uniphone Kad”

Tagline yang paling simple sekali. Masa di asrama aku dulu ada disediakan telefon ni. Siap ada sampai yang pandai nak hack telefon tu supaya dapat menggunakannya dengan percuma. Aku pun pernah cuba dan menjadi. Letak tape pada kad lah, dial nombor tertentu lah dan macam-macam lagi yang aku dah lupa caranya.

Kemudian Telekom memperkenalkan kad telefonnya sendiri memandangkan ketika itu sambutan kad telefon amat menggalakkan. Lebih maju lagi kerana memperkenalkan kad telefon bercip. Tapi selalunya cip pada kad gagal dibaca dan kadangkala lebih teruk lagi kad melekat pada telefon😡

Telefon Kad

Telefon Kad

Kemudahan ditingkatkan lagi dengan kemunculan kad prabayar yang boleh digunakan di telefon rumah, public phone dan juga telefon bimbit. Paling famous adalah Ring Ring Kad. Cuma aku rasa kad prabayar ni yang mampu bertahan pada masa ni daripada ditelan arus telefon bimbit.

Pondok telefon ketika zaman kegemilangannya dahulu sering saja menjadi mangsa vandalisme. Gagang tercabut, kena conteng, kena kopak dan tak kurang juga menjadi bahan eksperimen untuk panggilan percuma. Yang aku pelik tu bagaimana orang boleh tahu cara nak hack public phone ni? Datang dari mana caranya? Adakah juruteknik Telekom pun bersubahat sama.

Teknologi berubah masa demi masa namun jasa public phone ini memang tak dapat nak dilupakan. Dengan public phone lah kita semua mungkin mendapat cinta pertama. Dengan public phone juga mungkin mendapat berita duka. Sebab tu banyak telefon dirosakkan agaknya.

“Kita putuskan perhubungan hari ni, I tak sanggup lagi untuk bersama dengan you”

“Aaaaarrghhhhhh!!!! Pundek punya awek!!!”

“PRAKKKK!!!”

Gagang telefon jugak menjadi mangsa kena hempas kuat-kuat. Tu baru sekali, kalau tambah orang lain lagi yang buat macam tu mana tak lama-lama hancur telefon tu. Setakat ni aku masih belum lagi terlibat dalam aktiviti vandalisme ni. Kecuali aku letak telefon tu kuat-kuat disebabkan dia telan duit aku. Kadang-kadang dah masuk duit lepas tu tone takda. Mana aku tak hangin, dah la masuk syiling seringgit (zaman ada syiling seringgit lah).

Telefon Jahanam

Telefon Jahanam

Aku yakin pasti antara yang membaca coretan aku ni akan teringat kisah-kisah bergayut di pondok telefon, gelagat mengumpul duit syiling dan kad telefon. Aku sendiri pun dulu sanggup meredah hujan dan malam demi untuk bercakap dengan orang tersayang. Beratur sikit punya panjang nak tunggu giliran guna phone. Heh

Namun, sekarang tak perlu susah-susah lagi kerana masa kini kita hanya boleh bercakap dengan sebijik handphone dan kad prabayar di dalam bilik yang lebih selesa. Kan?

p.s: Sekarang tengok pondok telefon pun aku dah rasa pelik😆


Actions

Information

27 responses

24 04 2009
aspalela

hahahhaha…..
skrg pondok tipon cam atas tu….dah x digunakan sgt…
tu ari, aspa ade nmpk..ayam dok bertenggek atas tipon besi tu..nak betelor…..sadisss betoi..ksian org TM..dok pacak penat2..skali, jd sarang ayam daaa…..
Lagi 1….
ada sorang pakcik dok tambat lembu dia kat public phone nie…..
keh3..sadis..sadisss…

24 04 2009
duakupang

Sekurang-kurang masih ada lagi kegunaannya selain daripada menelefon orang😆

24 04 2009
Okliz

aspa kalau ayam tu bertelor ko curik erk telor tu……aku nk wat goreng mata kerbau….hehheeeeeee

24 04 2009
aspalela

Mana kotak chit chat nye ni bro??? mama kata bes kotak chat hang..aspa x nmpk pon??? kena pakai firefox ke??? adeyyyy………….. :c

24 04 2009
duakupang

Perkhidmatan terpaksa di suspend buat sementara waktu disebabkan masalah teknikal semalam
Akan disambung apabila keadaan menjadi reda. Harap maaf ya😦

24 04 2009
kek_lapis nyaman

mmg retro la entry kali ni..sume fon2 tu dah aku belasah masa zaman pak kaduk dulu..heeheh.

24 04 2009
duakupang

Ada gambarnya? Aku takde koleksi gambar nak taruk kat sini
Dulu aku banyak simpan koleksi Uniphone Kad & Kad Telekom

24 04 2009
Okliz

hahaaaaa betul sesangat la tu…. tanpa public fon hidopku tak bererti..(masa zaman hang tuah)….skrang ni pandang public fon pon macam alien turun dari planet marikh…. kui3

24 04 2009
duakupang

Ni mesti dulu kaki gayut kat public phone berjam-jam kan

24 04 2009
Okliz

hehheeeeee bolehla diibaratkan begitu… tapi takde la sampai berjam mau patah kaki dibuatnya….

24 04 2009
mama

agaknye kalo tk de tipon bimbit cam skang ni…rase2..tenet pon tk de..& tk ujudlah blog & wordpress ni…& mako tk konal lah eden ngn ekau2 sumo…kan kan kan???

24 04 2009
duakupang

NOKIA: Connecting People:mrgreen:

24 04 2009
maklang

jeno.. tipon jenih NEC Primero tuh, abg ipor aku ada pakai dulu.. stok besar saiz btoi ayaq… kalo baling anjing pun anjing leh mati…

24 04 2009
duakupang

Aku phone tu besor, tapi yang tak tahannya iklan handphone tu kat TV, burung merpati siap boleh bawak bimbit phone tu dengan paruh dia
Zaman tu kira handphone paling ringan gila lah kononnya😆

24 04 2009
NashaAjis

adoi jeno…terkekeh2 aku teringatkan zaman public phone ni dulu..aku antara yg tukang hack public fon tuh..teringat lak kisah aku hentak pubic fon tu smpai berdarah tgn aku sebab mengamok duit kena telan..hahaha..nangis aku klu ingt blk nih

24 04 2009
duakupang

Ko rupanya antara orang yang hack telefon tu rupanya
Dapat ke cakap free? Aku try dulu tak pernah dapat pun

24 04 2009
j M

zaman public phone dulu aku salu gunakan tok call 994…ekekekeke

24 04 2009
duakupang

Apa kes ko telefon 994? Ada kebakaran ke?
Sengaja buat panggilan palsu?😈

25 04 2009
NashaAjis

dapat laa aku hack public fon tu..mula2 masuk seposen pastu tekan button # dan * serentak pastu tekan nombor apa ntah aku lupa then baru dial nombor yg ko nak..bergayut laa nasha ajis di public fon berjam2 sehingga mak aku dtg hambat aku blk, baru aku mencicit lari..

lg 1, cara aku hack: lubangkan duit syiling x kire laa bape sen then ikat dengan benang pastu masukkan kt public fon, dah abes bergayut ko tarik keluar balik duit ko tuh..wakakakakaa…

25 04 2009
Reen

Adeh…i plg benci kalo nl masukkan syiling. Tinggi nau tempat masuk duit tu. Almaklum la…time tu tahap ketinggian kurang memuaskan. Ekeke…

25 04 2009
duakupang

Wah kecik-kecik dah pandai gayut kat telefon ni
Bercinta dengan siapa tu?
Ahahahaha!

25 04 2009
Tasha

skrg bila aku terjmpa pondok telephone, aku saja cuba-cuba.
hehehe

26 04 2009
duakupang

Apa yang kau cuba? Ke teringat zaman dulu-dulu
Nosltagik la pulak🙂

25 04 2009
sitie bum bum

handphone pertama saya ialah nokia 3310. hehe

26 04 2009
duakupang

Sama lah
Handphone pertama saya adalah Nokia 3310 yang saya beli dengan harga RM600
Masa tu Nokia 3310 baru je keluar di pasaran.
Guna pula talian TimeCel 017 or previously known as A.D.A.M
Ahahaha!

25 04 2009
Reen

What?b’cinta u kata?huhuhu…mana ada la…guna public phone utk tepon my mom or dad aje😛 i kan inesen orgnya…*bak kata seorang jejaka terhot😛 koserr ekekeke

26 04 2009
duakupang

Bagusnya… tu la call mak abah je tau
Kecik-kecikjangan gayut-gayut tau, rosak pondok telefon tu nanti😆

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: