Oh Peperiksaan… Eh Interview Lah!!

23 04 2009

2 minggu lepas aku ber YM dengan seorang ex-forumer Amnet. Forum yang telah banyak memberikan aku banyak makna dalam hidup:mrgreen:

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang sering menghadiri interview. Dah 8 kali katanya sepanjang 3 tahun dia bekerja. Tapi apa yang aku nampak rezeki beliau amat murah sekali. Senang je nak dapat kerja, tambahan di zaman-zaman ekonomi gawat ni.

Tahniah jugak untuk beliau kerana berjaya dalam usaha untuk menjadi penjawat awam. Keje gomen la lepas ni. Cuma nasihat aku, kerja gomen ni environment memang tak sama dengan swasta, terutamanya jika kita dikelilingi oleh pekerja Melayu😡

Saat aku menerbitkan entry ini, beliau sudah pun mula menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam. Best kan? Masuk pejabat je tiada kerja yang dapat dilakukan kerana kebanyakan kakitangannya dihantar berkursus. Mungkin ini fenomena baru bagi beliau kerana kalau sebut je gomen, memang tak dapat dipisahkan dengan kursus.

Jadi kena lah sentiasa bersedia untuk dihantar berkursus di kemudian hari ataupun dipindahkan pada masa yang akan datang😉

Pengalaman aku pernah berurusan dengan cawangan Lembaga Getah Malaysia yang terletak di Tasek, Ipoh. Aku cuma menemani rakan baik aku untuk mendapatkan nasihat tentang penanaman pokok getah. Apa yang mengejutkan aku ketika aku tiba di pejabat itu, cuma seorang saja staf yang ada. Staf yang lain semunya dihantar berkursus. Hinggakan aku melihat pejabat tu menjadi lengang.

Berbalik kepada kisah temuduga tadi, aku cuma nak berkongsi sedikit saja pengalaman aku menempuhi zaman ketika menjadi peladang anggur. Sepanjang hidup aku, aku cuma menghadiri temuduga sebanyak 3 kali sahaja. Berbanding dengan sahabat aku yang aku ceritakan awal tadi, beliau sudah menghadiri temuduga sebanyak 8 kali sepanjang 3 tahun bekerja. Patut lah rezeki beliau begitu murah

Agaknya sekarang jikalau aku dipanggil temuduga bagaimana lah keadaannya? Mungkin tak sama ketika aku menjadi fresh graduate dulu. Dulu aku nak bagi public speaking pun menggigil lutut. Sekarang ni pagi-pagi perhimpunan aku boleh cakap dengan selamba je. Tahap keyakinan diri mungkin dah meningkat, namun apabila mencuba perkara yang dah lama ditinggalkan seperti temuduga mungkin sedikit sebanyak akan mendatangkan sedikit nervous.

Pernah juga terfikir untuk mencari kerja yang lain sekadar untuk mendapat angin baru. Apa-apa pun cukup lah dulu aku fokus kepada tugasan yang sedia ada ni. Sekurang-kurangnya aku masih mempunyai pekerjaan di zaman ekonomi gawat ni. Walaupun kementerian yang dinaungi company aku telah dilupuskan namun kerja tetap diteruskan di bawah payung yang baru.

Kepada yang baru bekerja tahniah aku ucapkan, kepada yang masih belajar dan belum grad lagi tu, fahami lah bahawa ekonomi sekarang sedang meleset dan jangan memilih kerja.

Chiaow!

p.s: Lepas ni 30% kuota Bumiputera akan dihapuskan dalam sektor perkhidmatan. Kena pandai-pandai lah membawa diri selepas ini


Actions

Information

13 responses

23 04 2009
kek_lapis nyaman

aku lah pekerja swasta yg berdedikasi & berkarisma di alam maya…layan Fb & blog je..wakakakak..

Aku 2 kali je interview sepanjang aku keje nih…pastu yg gomen plak..asyik g test je..byk sgt peringkat..entah bila la aku akan jadi pekerja gomen yg berkarisma & berdaya maju…..huuhuhu…

U/p : Cikgu Nemo…

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN…… DI JABATAN TUAN…

Sekian Terima Kasih…

*Amik lah sy bekerja d jabatan tuan…uwaaaaaa

23 04 2009
duakupang

Bersyukur je lah dengan kerja yang ada. Sekurang-kurangnya kamu masih ada kerja dan mendapat rezeki yang halal
Akan tetapi sekiranya merasakan tak sesuai dengan jiwa, cuba lah cari yang lain
Tiada paksaan😆

23 04 2009
Reen

Nak keja jugak…tp exam x taw pass ke tak lg…ekekeke:-P tp x taw nk keja gomen ke private…:-)

23 04 2009
duakupang

Mana-mana pun sama je. Cabaran kerja tu tetap ada
Cuma kalau nak diikutkan dari segi self development, elok lagi kerja dengan private🙂
Itu pendapat saya saja

23 04 2009
Okliz

wah bukan senang nak cari dgn org yg mudah nk dapat keje macam kawan si nemo ni… 1 dalam seribu baru ada….hehehe

23 04 2009
mama

mama cam serik je ngn temuduga gomen ni…eiii…serammm

23 04 2009
duakupang

Apa yang seramnya? Cerita lah, nak tau jugak

23 04 2009
aspalela

Interview?????
mmm…rasenye 2 – 3 kali kot…
cam nak terkucil jer rase bila kena i’view tu..hehhehe

**o’ooww..Zainur ni Nemo yea??? laaa..pesal ketinggalan ketapi nie..ish!…. :”!

23 04 2009
duakupang

Tu la naik keretapi wap. Zaman sekarang keretapi diesel pun dah ketinggalan tau
Semuanya naik keretapi berkuasa elektrik😆

23 04 2009
matjerry

no hal punyer

mudah ajer kalau cable besar peha🙂, lagi mudah kalu saudare mara gred A ++ punyer orang. nape lak tak tolong sedara sendiri. Untung lah bagi orang yang macam tu ..tak payah susah-susahpun..it’s reality maaa for malay people.

23 04 2009
duakupang

Tak semua orang ada kabel.
Tapi pada pendapat aku kabel atau tidak as long as dia boleh buat kerja dengan baik ia tak menjadi masalah pun🙂
Pasang lah kabel besar mana pun

28 04 2009
neesa

aku macam pernah dgr citer kawan ko tu……alhamdulillah…murah rezeki dia….semua tu kurniaan Allah….Allah dah tetapkan rezeki masing2….mungkin dia murah rezeki kat tang kerja tu…tp part yg lain tu wallahuallam…

5 11 2009
hafiz

saya nak mohon tempat untuk latihan industri…kursus mekatronik..macam mn?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: