Oh Kosmetologi

20 04 2009

Apa kebendanya Kosmetologi ni?

Apa yang aku difahamkan kosmetologi ni adalah bidang yang melibatkan solekan dan juga dandanan rambut. Perkataan mudah orang sekarang ni, bidang salun lah.

Kebetulan pada Jumaat lepas aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri Pertandingan Kemahiran Malaysia kategori Kosmetologi. Amboi nak nyebut pun susah kemain.

Ada 2 bidang utama iaitu rekagaya rambut dan bridal make up yakni make up pengantin lah. Aku cuma sempat melihat kategori rekagaya rambut saja manakala bagi make up pengantin tak berpeluang disebabkan ia dijalankan di dalam bilik khas.

kosmetologi

Penonton lelaki tak dibenarkan masuk kerana model disolek dalam keadaan berkemban dan tidak sesuai untuk tatapan umum. Oleh itu tak dapat lah aku nak tengok macam mana pertandingannya😦

Cuma bila dah dah siap disolek baru aku dapat tengok model-model beratur untuk dinilai oleh hakim profesional.

Yang menariknya mengenai ulasan hakim ialah 10 markah telah ditolak daripada salah seorang peserta kerana modelnya ketika disolek memakai contact lenses. Wow, pakai contact lenses terus potong 10 markah. Banyak tu!

Alasannya adalah kerana ia membahayakan model tersebut. Aku tak faham sangat term bab-bab solek ni, tapi sebagai hakim profesional mungkin beliau lebih arif.

kosmetologi-1Tahniah kepada tuan rumah (Ampang Jaya) yang menjadi hos pertandingan ini kerana berjaya menyapu kedua-dua hadiah utama. Semoga perjalanan di peringkat seterusnya akan membuahkan kejayaan. Kalau boleh biar sampai ke pertandingan Asean Skills serta World Skills.

Tenaga pengajar bagi tuan rumah sendiri pun masuk bakal masuk pertandingan peringkat dunia yang akan dilangsungkan di Calgary, Kanada. Wakil Malaysia beb. Semoga berjaya jua dan membawa nama company aku gah di peringkat antarabangsa. Kalau cikgunya pun masuk level antarabangsa, inikan pulak murid-muridnya kan?

kosmetologi-2p.s: bila lah aku nak dapat kerja kat opis ni kan? Dapat make up dan gunting rambut percuma sokmo😆


Actions

Information

14 responses

20 04 2009
arapink

nemo….baru ara taw ko keje Giat. patut ah tgk bebudak giat ramai nu…mana-mana ada banner giat..dan ko tau lah ara ni konco2 azrin…hahha…seronok tgk hasil keje diorang, masa ara expo 2006 dulu, budak2 giat tloh & bera wat fesyen show tau….mmg gempak lah…hehhe…

20 04 2009
duakupang

Ye, Terima Kaseh, maju lah giat untuk negara
Hehehehe!

20 04 2009
Okliz

Wah banyak sungguh aktiviti yg dianjurkan….kalau org luar cam liz ni nak join blh kew?????

20 04 2009
mama

best kan liz…. kalo leh join…

20 04 2009
cute

pestime dengo ni hehehe…mmg payah nak sebut ek..

20 04 2009
duakupang

Pertandingan sebegini terbuka untuk kakitangan dalam bidang kemahiran saja. Seronok tengok je sebab dapat tambahkan pengetahuan baru🙂

20 04 2009
NashaAjis

time aku kawen tu aku mekap pakai kontek lens gak ..
x merbahaya pon…
elok je mata aku smpai skrg nih

20 04 2009
duakupang

Entah lah, tapi itu pendapat dari profesional
Mungkin barang-barang yang digunakan tak sama barangkali
Ada lah sebabnya, nanti kalau aku jumpa lagi hakim tu aku tanya dia betul-betul

20 04 2009
kutaksempurna

selalunya PAK andam mekap lagi lawa drpd MAK andam…
kenapa eh??

20 04 2009
duakupang

Kenapa di hotel lebih kebanyakan Chef adalah lelaki?

Mungkin Pak Andam lebih menjiwai & menghargai kecantikan wanita. Manakala Mak Andam ni pula ada perasaan cemburu bila mana ada perempuan lebih cantik dari dia

Gitu ke?

20 04 2009
Tengku Anggerik

jawapan untuk soalan di atas..

sebab lelaki lebih menghayati dan menghargai kecantikan dan kehalusan berbanding wanita..

20 04 2009
Mohd Mazri Md Yassin

Ermmmm😛

21 04 2009
Reen

Kecantikan asli adalah hak semua milik insan…😉

21 04 2009
duakupang

Kerana dirimu begitu berharga😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: