Made In Thailand

20 04 2009

Baru-baru ini aku menonton filem Queens Of Langkasuka di pawagam. Filem Thailand ini berkisarkan tentang kerajaan Langkasuka ketika di zaman purba dahulukala.

Seperti yang kita maklum, kerajaan Langkasuka ini adalah meliputi sebahagian daripada Malaysia dan juga Thailand. Aku sememangya minat dengan filem Sejarah dan perang.🙂

Filem yang unik sebab melibatkan istilah yang tak asing bagi kita.

Nama-nama seperti Ungu, Biru, Pahang, Tuk Rahman dan juga Bintang menyebabkan ramai yang gelak-gelak (termasuk aku) dalam panggung sebab tak menyangka filem Thailand akan menggunakan istilah Bahasa Melayu.

Queens Of Langkasuka

Queens Of Langkasuka

Apa yang aku nak ceritakan tentang filem ini?

Tak ada apa-apa. Tonton sendiri yek

Cuma apa yang aku nak tekankan di sini bahawa filem Malaysia dah lama jauh ketinggalan dengan filem Thailand.

Aku pasti filem Queens Of Langkasuka ini diperuntukkan dengan bajet yang besar, namun aku mengharapkan agar penggiat filem di sini boleh menghasilkan filem-filem sejarah dan epik untuk tatapan kita. Sampai bila industri filem kita akan dilambakkan dengan filem-filem cinta leleh dan gejala sosial yang tak memberi apa-apa manfaat. Sebab tu aku jarang menonton filem Malaysia. Maaf

Dulu pernah ada ura-ura nak buat filem Pasir Salak, tapi sampai sekarang entah ke mana. Filem Naga Tasik Chini pulak mungkin hanya tajuk saja memandangkan mastermind nya sudah kembali ke Rahmatullah. Nampaknya penggiat yang ada sekarang tak berminat untuk cuba membuat filem sejarah dan epik mungkin kerana tiada nilai komersil. Kecuali Puteri Gunung Ledang.

Contoh yang lain di sini oleh dilihat dalam filem Bang Rajan. Made in Thailand jugak.

Filem sejarah dan epik yang aku rasa Malaysia takkan hasilkan filem-filem sebegini. Dengan set yang mengagumkan serta jalan cerita yang amat mantap sekali.

Bang Rajan

Bang Rajan

Cukup lah aku rasa mual dan terkejut dengan trailer Bohsia yang memaparkan adegan bukak seluar baju awek. Perlu ke nak ada adegan sebegitu?. Cuma apa yang aku nampak filem kita maju dari segi itu je lah. Dulu-dulu aku rasa pengarah filem tak berani pun nak buat scene-scene macam tu.

Biarpun filem tu nak memberi kesedaran kononnya tapi entah lah. Aku tak minat nak tengok pun. Pada aku banyak cara lagi boleh buat selain daripada memaparkan kisah Mat Rempit, Bohsia, lumba haram dan jugak seks bebas. Kesedaran tu kadangkala datang bukan hanya daripada paparan isu semasa, tetapi unsur sejarah juga boleh memberi pengetahuan yang lebih baik.

Bak kata orang, walaupun kita pandang ke depan tetapi yang di belakang jangan dilupakan. Kerana tanpa yang di belakang itu, kita bukan lah siapa-siapa.🙂

p.s: Thailand takde litar F1 dan KLCC tapi filem mereka lebih maju dari kita. Ukuran kemajuan bukan lah dari segi kebendaan sahaja😉


Actions

Information

22 responses

21 04 2009
Tasha

betul.
aku suka tgk filem siam dr tgk filem melayu.

21 04 2009
duakupang

Filem Melayu terlalu cliche😆

21 04 2009
Reen

Filem Thailand mmg best,tp i tgk citer antu dia ajer…:-P mmg seram…huhuhu. Neway,i pun x minat filem mesia. Asyik2 cinta! cinta! cinta! Buhsan tol…hahaha… *over plak aku ni:-P ekekeke

21 04 2009
duakupang

Filem seram Thailand yang lain saya belum berkesempatan untuk menonton lagi buat masa ni kecuali Nang Nak
Tapi dulu tengok Nang Nak pun dah rasa seram giler

21 04 2009
Okliz

cam bes je cite ni….. hehheeeeeee..

21 04 2009
duakupang

Memang best pun, tak rugi menonton Queens Of Langkasuka
Berkali ganda lebih menarik dari Bohsia: Jangan Pilih Jalan HItam😆

21 04 2009
Okliz

ade lagi ke tayangannye tu nemo???? skali skala layan panggung bes jugak ni….he3

21 04 2009
duakupang

Ada lagi rasanya. Pergi lah tonton sebelum terlambat

21 04 2009
mama

Penggiat filem Malaysia lebih suker berkhayal tentang….cinta..hantu…koperat ..walopon sebenonye “ke paret”…

21 04 2009
Okliz

wah bes la leh reply kat sini…. leh ke liz reply sini nemo???? betul tu mama baiklah layan drama melayu je n tamil…..heheeee..

21 04 2009
duakupang

Boleh saja reply di mana-mana pun🙂
Betul, filem Tamil pun lebih berkualiti dari filem Malaysia

21 04 2009
aspalela

hehehe..
aspa baru tgk cite Ong Bak 2…
best jugak lorrr….

21 04 2009
duakupang

Ong Bak pun menarik jugak
Kenapa Malaysia tak buat filem aksi ye?

21 04 2009
NashaAjis

aku dh tgk cite langkasuka nih..mmg superb! mmg ada2 ciri kemelayuan sikit, ada keris, ada tanjak…

org melayu kite suke buat cite rempit, bohsia…hahaha…

21 04 2009
duakupang

Kadang-kadang aku rasa apa yang penggiat seni buat umpama reflect kepada apa taste orang kita😆
Tak gitu?

21 04 2009
Mohd Mazri Md Yassin

errhemmmm😛

citer doremon lagi best..

21 04 2009
kechik

saye sebagai ibu mengandung sangat terkejut melihat trailer Bohsia (jalan pilih say what??!).. diminta bakal2 ibu & bapa takyahle tengok. sebab.. ia sangat insulting your good taste.

teeehee…!

21 04 2009
rinacun

sy bangge tgk cite cmni…timekasih ye dtg lambat…kekeke

21 04 2009
rinacun

wlupun org tue seksi dgn kembannye, tp die pakai songket..xke panas???huhuh

22 04 2009
duakupang

Zaman purba dulu masih belum ada lagi pemanasan global dan kesan rumah hijau.
Alam sekitar masih lagi belum tercemar, sebab tu pakai apa pun tak rasa panas😆

22 04 2009
kek_lapis nyaman

ko patut jadi penggiat filem melayu..ada ketokohan la ko ni..siyes nih..

22 04 2009
duakupang

Aku cuma ada ketokohan untuk menonton aje:mrgreen:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: