Membanting Di Banting

17 04 2009

15.04.2009

Aku bertolak dari Sungai Besar lepas subuh lebih kurang pukul 6 pagi. Awal pagi aku meredah pekat gelap di tengah sawah padi. Elok dalam 4-5 km aku drive, hujan pulak turun dengan selebat-lebatnya. Maka hasrat aku untuk merempit laju terpaksa dibatalkan kerana aku tak mau kereta aku bertukar menjadi Kubota di tengah-tengah bendang.

Nasib baik zaman ni orang dah tak guna kerbau lagi. Kalau ada agaknya harus aku terlanggar pulak kerbau yang lepak di tepi jalan. Sebab cuaca ketika itu amatlah gelap beserta hujan yang agak tebal. Dengan lampu jalannya entah setiap 3km baru ada satu gamaknya.

banting

Sampai di Kuala Selangor untuk pick up staff aku, aku meneruskan perjalanan. Keadaan hujan pun dah beransur kurang, hanya rintik-rintik sahaja. Mesti sejuk kan. Alangkah bestnya kalau aku ada di atas katil dah bukan sedang memandu kereta. Tapi kerja punya pasal, aku lupakan je bab katil dan selimut tu.

Aku melalui jalan Sungai Besar-Kuala Selangor-Klang-Banting. Tiba je kat Klang lebih kurang pukul 7.30 pagi, jalan terus jadi jem tahap dewa. Disebabkan ada pembinaan untuk menaiktaraf jambatan kalau tak silap aku. Silap aku jugak sebab sampai di situ ketika waktu kemuncak.

Kereta bergerak pun umpama siput babi yang sedang merayap. Aku rasa kalau aku joging pun mau dah lepas bandar Klang. Perjalanan diteruskan melalui Bukit Tinggi dan terus sampai ke pekan Banting.

banting-1Sampai je Banting aku terus cari kedai makan untuk aku singgah sarapan. Bayangkan aku drive 3 jam dari Subuh tanpa mengisi perut. Memang rasa kebuluran sangat. Jadi aku singgah di kedai Mamak yang aku nampak di tepi jalan. Masuk kedai terus order Roti Banjir. Dengan lahapnya aku makan tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Selesai bab makan, aku ke kaunter untuk membayar. Seluk-seluk je poket.

Alamakkkk!!!! Wallet aku tak bawak.

Aku jenuh duk pikir tertinggal dalam kereta ke. Keciciran ke. Tapi kalau tinggal dalam kereta, jalan aku lalu takde tol. Lagipun aku menggunakan Touch N Go, maka tak memerlukan aku mengeluarkan wang dari dalam dompet. Kesimpulannya, memang aku tak bawak dompet dan tertinggal di bilik.

Dompet takde, duit takde, kad pengenalan takde, lesen memandu takde.🙄

Aku pun sengih je la. Nasib baik la ada staff aku tolong bayarkan makanan. Kalau dia takde aku rasa harus kena basuh pinggan kat belakang dapur kedai Mamak tu. Bayangkan aku memandu sejauh 150km tanpa membawa apa-apa dokumen diri. Kalau kena tahan, habis aku jadi pendatang haram.

Selesai sudah pembayaran aku pun bergerak ke destinasi dituju.

Tujuan utama aku ke Banting adalah untuk menyaksikan Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat Negeri Selangor dalam kategori Elektrikal, Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta Jahitan Pakaian. Di sini segala skill yang di ajar akan dipertandingkan untuk menilai sejauh mana kemahiran pelatih-pelatih pusat latihan tempat aku bekerja.

banting-2Program sampingan pada hari itu ialah pertandingan memancing udang. Kebetulan di sebelah lokasi pertandingan ada sebatang sungai. (aku dah lupa nama sungai, Sungai Banting ke?). Sungai tu memang banyak sekali dengan hasil udang. Yang bestnya pertandingan ni, tiada yuran penyertaan dan joran pun disediakan sekali. Sekadar pancing suka-suka je.

Ramai yang join, termasuk lah student dan jugak staff. Aku tak berminat bab memancing ni dan memutuskan untuk jadi tukang tangkap gambar saja.

Pertandingan dimulakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Makan minum semua disediakan. Tapi ye lah duduk melangut je aku pun boring jugak. Nasib baik ada tuan rumah yang baik hati ajak aku pusing-pusing sekitar pekan Banting.

Pekan ke? Aku tengok bapak besar tempatnya kalau dibandingkan dengan Sungai Besar.

Pusing punya pusing, singgah sebentar di kawasan kampung mana entah untuk membeli kerepek. Kampung yang aku pergi tu dipenuhi oleh indusri kecil. Masuk je showroom, segala macam jenis kerepek ada dijual. Dengan keadaan aku yang papa kedana disebabkan tak bawak wallet, aku cuma merasa sample kerepek je la. Sedap gila rasa semua kerepek. Lain kali aku pasti datang lagi untuk membeli belah.

banting-4Selesai rakan-rakan aku membeli belah kerepek, kami bertolak untuk mencari ikan segar. Masuk lagi entah ceruk kampung nelayan mana. Tapi kebanyakan yang menjualnya adalah kaum Cina. Hairan aku, nelayan kat sini takde orang Melayu ke. Mungkin belum bertemu lagi.

Kembali ke venue pertandingan, masa pun telah tamat, sesi pengiraan markah oleh hakim sedang dijalankan. Aku pun lepak je sambil berborak-borak dengan rakan. Bersembang tentang perihal kerja, politik dan juga kehidupan. Staff yang terlibat sedang sibuk bertungkus lumus menyiapkan tempat akan diadakan majlis penutup serta penyampaian hadiah pemenang.

Selesai saja majlis penyampaian, jamuan ringan disediakan. Letih aku bila ada majlis macam ni. Asyik makan, makan, makan dan makan. Pada aku normal la bagi function agensi kerajaan ni. Kalau takde makan minum memang tak sah. Aku bertolak semula untuk kembali ke Sungai Besar pada pukul 7.00 malam. Janjitemu aku dengan seseorang di Jusco Bukit Tinggi terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Aku perlu mengatasi kabut malam di Sungai Besar.

banting-3Bila lalu di Parklands, aku dah pucat gusi sebab ada road block JPJ, nasib baik dia tak block kereta. Kalau aku kena block alamatnya aku sengih je la. Hanya nama Tepung saja yang bermain di fikiran aku ketika itu😳

Perjalanan balik malam amat menyeksakan, kembali semula ke bandar Klang yang sesak. Aku semakin confuse dengan jalannya. Hanya bergantung harap pada papan tanda sahaja. Syukur akhirnya aku dapat membebaskan diri dari azab bandar Klang. Perjalanan diteruskan, sampai di Kuala Selangor, hantar semula staff aku ke rumahnya dan aku menyambung perjalanan yang masih panjang.

Aku sampai tepat di depan pintu bilik pukul 10.30 malam dan ditegur oleh student-student aku

“Hai cikgu… lambat balik, gi mana? Dating ke?”

🙄🙄🙄

Aku malas nak menjawab terus masuk bilik kunci pintu.

Penat


Actions

Information

16 responses

17 04 2009
Okliz

order kepek sekampit……..heheeeeeeee

17 04 2009
duakupang

Sekampit tak cukup Liz, sebab ada macam2 jenis, tak puas nak membeli
Semua sedap belaka

17 04 2009
mama

Nemo…kt Sg besar mane ade kebau…

Naseb bek JPJ tk blok kan?? Kalo idak..naye je si Tepong jadik mangse…

Nengok buat sawet tu..tingat bingka sawit…sedap…wangiii…enak….sape nk buatkan utk aku…huwaaaaaaa…omak tk do lai….huwaaaaaaaaaa

17 04 2009
duakupang

Bingka sawit? Sedap tu woh…😆

17 04 2009
kek_lapis nyaman

“cikgu, cikgu kurang melepak kt blog arini..nape? deting ke? wakakakakaak

17 04 2009
duakupang

Hari ni busy bekerja lah.
Cikgu berada di luar pejabat, maka tak dapat lah nak online

17 04 2009
ELiNOS

merasa jugak awak kesesakan dekat bandar klang. menyakitkan hati kan?

17 04 2009
duakupang

Memang menyakitkan hati, kalau nak ke Banting tanpa melalui Klang jauh pulak🙄

17 04 2009
Mohd Mazri Md Yassin

buah sawit tak cantik, cantik lagik aku punyer

17 04 2009
duakupang

Itu buah sawit buat umpan ikan patin kat sungai tu je, apa kira cantik atau buruk, janji ikan sambar

19 04 2009
Reen

Nampak mcm best aje perkampungan dkt situ. Semua pic cantik. Mebi kalo guna dslr lg cantik kan… but,the main point is…u ada bakat dlm photography ni… Yes! u are :-*

19 04 2009
duakupang

Kampung kat situ cantik & damai je.
Tak sibuk sangat🙂

20 04 2009
cute

jln pekan klang tu mmg belit2 la sekarang
org shah alam leh sasau gak klu x tgk signboard
apatah lagi u yg nak sekali sekala masuk kan..
len kali caling2 le lau sesat hehehe..

20 04 2009
duakupang

Itu kali pertama saya datang Klang, harus lah sesat.
Eh ramai jugak orang Klang kat sini ya🙂

25 03 2010
Afiqms

sungai tu namenye Sungai Langat, n tempat jual kerepek tu kat Kg. Sg. Lang (jgn confuse dgn Sg. Lang kat Sg. Besar tu plak ye~)… welcome to Banting! huhuh~

28 03 2010
duakupang

Terima Kaseh atas info anda. Baru lah tahu namanya yang sebenar🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: