Semalam Yang Hujan

13 04 2009

Semalam aku memulakan perjalanan pulang ke Sungai Besar pada pukul 3 petang. Dengan harapan aku akan sampai di sana pada pukul 5 petang. Kebiasaannya pun perjalanan mengambil masa 2 jam pemanduan. Bersemangat aku memandu dengan kereta yang bersih selepas dicuci pada hari sebelumnya.

Tetapi yang indah itu hanya sementara kan😦

Elok je aku sampai area Ijok, hujan selebat-lebatnya turun membasahi bumi. Cukup lah kereta aku bersih untuk 1 hari saja. Body yang asalnya berkilat memancar akhirnya jadi sama je macam aku belum basuh kereta. Tapi takpe lah, nak buat macam mana kan, takkan aku nak berhenti berteduh bawah jambatan pulak

Karang ada pulak mat-mat motor yang lepak situ usha aku semacam je😆

Maka aku pun meneruskan perjalanan pulang, dalam keadaan hujan lebat, yang visibility pada aku rasanya 30% je kot. Bayangkan punya gelap pukul 5 aku rasa dah macam nak senja. Lempu kereta yang lalu lalang pun aku tak nampak sangat disebabkan tebalnya hujan tu.

Nasib baik nampak lampu

Nasib baik nampak lampu

Perut pun dah lapar, nak drive pun dah pedih-pedih perut.

Nampak ke KFC kat Pekan Kuala Selangor aku terus berhenti. Mana nak cekau kedai makan time hujan-hujan lebat gini. Aku rasa orang gerai pun tak meniaga. Jadi, pilihan yang ada terpaksa la aku redah fast food.

Masuk je KFC (dulu kecik-kecik aku panggil Kentaki), order lebih kurang duk makan dalam tu. Dah la luar hujan, aircond dalam tu sejuk menggigit sampai ke bulu roma.🙄

Bukit Rotan, sepatutnya ada kelapa sawit, tapi dah ghaib

Bukit Rotan, sepatutnya ada kelapa sawit, tapi dah ghaib

Perjalanan disambung semula. Dalam keadaan hujan yang dah berkurangan di Kuala Selangor. Namun lagi sekali yang terindah itu hanyalah sementara jugak. Sampai Tanjong Karang, hujan lebat menggila lagi. Dalam keadaan gelap aku dah siap sedia on kan segala lampu kereta yang aku ada. Atas tujuan keselamatan.

Aku paling tak suka bila ada pemandu yang tak pasang lampu ketika memandu dalam keadaan hujan lebat. Off course la kau nampak kereta orang lain, masalahnya aku yang tak nampak kereta kau👿

Karang bila eksiden salahkan orang, padahal kau yang tak fikirkan pasal keselamatan orang lain.

Jalan yang aku lalu kebiasaannya aku akan rempit 110 km/h kali ni terpaksa aku drive mengikut speed limit yang ditetapkan iaitu 60 km/h saja😳. Hujan punya pasal, kena bawak slow-slow, tambahan pulak banyak air bertakung kat tepi tebing jalan. Tak paham aku air bertakung atas jalan. Mesti masa design jalan ni kiraan untuk camber tak betul ataupun kontraktor curi bitumen.

Bahaya air bertakung atas jalan, kalau tengah drive laju silap-silap boleh skidding kereta dibuatnya.

Sampai ke Sekinchan, hujan sudah mula berkurangan. Syukur. Boleh aku drive pantas sedikit supaya aku sampai ke destinasi sebelum malam. Kalau dah malam nanti lagi haru aku nak masuk area Sungai Panjang. Nak redah jalan bendang lagi. Bukan nak kata seram. Tapi spooky la jugak.

Pernah aku balik pagi pukul 5, berderau darah menengok kan benda atas kabel elektrik. Nasib baik rupa-rupanya pelepah kelapa sawit. Kusss semangat jap.

Sambung balik, tepat jam 6.30 petang aku pun sampai di opis a.k.a bilik aku. Park kereta, bilas dengan air kasi hilang lumpur-lumpur. Lepas masuk bilik, rehat-rehat sambil chatting YM.

Lega 😎


Actions

Information

12 responses

13 04 2009
rina

wehh….mase awak tepon tu sy sedang nyenyak diulam mimpi..kkikiki

13 04 2009
duakupang

Porahhh!
Tido je kerjanya, nanti lambat dapat jodoh tau

13 04 2009
kek_lapis nyaman

gmbr kentaki xda ke?? jeno, btl ke kalo tido byk dpt jodoh lambat

13 04 2009
duakupang

Gambar Kentaki takde lah, lupa nak snap.
Lagipun aku malu lah nak snap sebab meja aku makan sebelah je dgn krew dia yang sedang buat kerja😳

13 04 2009
bacteria

best bila lihat pemandangan tatkala hujan.. buatkan mataku mengantuk. tapi ada juga manusia yg agresif.. hoh!

13 04 2009
duakupang

Agresif? Lain macam je ni😈

14 04 2009
j M

aku salu beli kapsi kat kuala sngor tu mase nk otw balik kg.. hik hik
eh nnt sng2 dtg la kg aku..bkn jauh pon dr tmpt ko tu.. sejam dua je.. leh aku kenal2 ko dgn kambing2 aku yg cute tuh..hihi

14 04 2009
duakupang

Kampung ko kat mana JM?
Awat tak kasitau awal-awal, kalau tau mungkin aku boleh singgah menziarahi kambing-kambing ko yang cute itu

14 04 2009
Reen

Lajunya bawa keta…110 km/j tu jalan biasa or h’way…huhu…

14 04 2009
duakupang

110 km/h tu kira jalanraya Persekutuan lah🙂

14 04 2009
j M

bagan datuk ..dokek yooo…

14 04 2009
duakupang

Bagan Datuk?? Laa tiap kali aku balik kampung lalu la jalan nak ke situ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: