Mari Membayar Cukai

13 04 2009

image145

Bulan April setiap tahun adalah bulan membayar cukai. Boleh juga dikatakan jugak sebagai bulan mentaksir cukai. Bagi aku, yang dikenakan pada aku hanyalah cukai pendapatan sahaja.

Aku dah hampir 5 tahun menjadi pembayar cukai. Entah ke mana perginya duit cukai yag aku bayar tu pun aku sendiri tak pasti. Setiap bulan dalam slip gaji aku ada tercatat PCB iaitu Potongan Cukai Berjadual. PCB ini adalah salah satu sistem untuk mengutip cukai secara sistematik.

Namun apabila setiap kali bulan April tiba, taksiran yang aku buat selalunya terlebih bayar. Tetapi aku tak pernah lagi la terlebih bayar dalam ratus-ratus. Cukai terlebih bayar aku biasanya dalam belas dan puluh-puluh je dan sampai sekarang aku tak pernah lagi claim duit cukai terlebih bayar aku.

Aku jugak tak pernah menggunakan E-Filing. Sistem yang baru diperkenalkan untuk mentaksir cukai secara online. Ini disebabkan aku belum lagi berkesempatan untuk mendapatkan nombor PIN untuk log in kedalam akaun aku. Bayangkan je lah nak dapatkan nombor PIN, kena mohon di Pejabat LHDN ataupun kaunter yang dibuka di shopping complex. Dulu aku kerja di Mersing dan sekarang di Sungai Besar.

Sapa nak bukak kaunter kat sini? Pejabat cawangan LHDN pun takde.

Nak tak nak kena lah jugak aku turun ke KL sebab nak dapatkan no PIN itu. Fikir punya fikir, aku rasa baik aku isi je secara manual (isi borang). Lagi cepat aku rasa. Di samping itu dapat jugak aku asah balik skill Matematik aku yang dah lama berabuk😆

Sebagai orang yang bekerja, layak atau tidak, kita mesti declare ataupun mendaftar dengan LHDN. Walaupun kita sekarang tak dikenakan cukai, tetapi pada masa akan datang sapa yang tau kan. Bila mana gaji kita dah besar, pasti cukai akan menunggu untuk dibayar. Esok-esok kalau dah kahwin, dapat pulak isteri yang berkerja boleh lah buat taksiran bersama. Lagi senang.

Ish, aku tak kira apa-apa pun lagi, tapi macam biasa, taksiran ni senang je pada aku. Last minit pun aku boleh kira. Tak perlu nak kelam kabut sangat.

Semua yang bekerja dan bergaji besar kena bayar cukai, tiada pengecualian.

Kalau nak elak bayar cukai, senang je. Bayar lah zakat. Sucikan harta kita🙂

p.s: apsal PCB tahun lepas sikit sangat? Dah aku kena bayar cukai yang kurang😡


Actions

Information

6 responses

13 04 2009
bacteria

nasib baik aku x perlu bayar cukai.. yeay!!!!

13 04 2009
duakupang

Walaupun tak bayar tapi masih lagi kena mendaftar dengan LHDN, dah daftar ke belum?🙂

13 04 2009
rina

tul2…baya zakat la weh..at least duit tu tau gi mane..pcb masuk poket menteri..wtpe?

13 04 2009
duakupang

OK apa, bayar cukai pendapatan
Tengok duit aku digunakan untuk bina litar Sepang, lebuhraya, mahligai Putrajaya😆

14 04 2009
cecilia

cukai lum check lg. xtau kn byr ke idaknye…

14 04 2009
duakupang

Lambat taksir nanti kena penalti😆

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: