Qie & Tail

5 04 2009

Qie & Tail adalah merupakan animasi pendek pertama hasil daripada bekas pelatih aku. Animasi pendek ini sedang dipertandingkan dalam Program Karyawan Muda anjuran Kementerian Penerangan. Animasi pendek ini adalah gabungan tenaga kerja yang melibatkan 4 orang pelatih perintis GIATMARA Kelana Jaya dibantu oleh saudara Zafiq selaku Tenaga Pengajar.

Bagi aku ini adalah satu permulaan kepada mereka ini. Ingin aku nyatakan di sini bahawa bekas pelatih yang datang ke tempat aku bukan lah orang yang terpelajar. Kebanyakan daripada mereka tiada langsung pengetahuan dalam komputer, grafik dan jugak animasi.

Datang ke situ belajar dengan pengetahuan yang ZERO. Bakat melukis yang ada pun hanyalah minimal sahaja. Namun begitu berkat dengan kesungguhan company aku, Digilogic Sdn Bhd dan juga Zafiq, akhirnya pelatih-pelatih ini dapat memahirkan diri menggunakan perisian 3D Studio Max dan juga perisian grafik seperti Adobe Photoshop dan Illustrator dalam tempoh 6 bulan sesi pembelajaran.

Walaupun semua bekas pelatih ini sudah bekerja di tempat lain, namun hasil kerja mereka yang pertama ini adalah amat mengkagumkan aku. Kerana dalam tempoh yang singkat saja mereka dapat buat animasi pendek. Tak perlu lah nak bandingkan dengan pelajar daripada Kolej Yayasan Melaka, Lim Kok Wing dan jugak Cosmopoint.

Mereka ini asalnya datang dari kelompok pelajar sekolah yang bermasalah. Sememangnya golongan sasaran kami adalah daripada sedemikan kerana kita mahu mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. Ini adalah tanggungjawab sosial yang kami buat selama ini.

Mungkin ada yang kata animasi mereka nampak bodoh. Tetapi sekiranya anda berada di tempat mereka, baru anda tau betapa perit jerih nak siapkan satu kartun pendek. Sebab tu Upin & Ipin pun makan tahun baru nak siap.

Semoga berjaya aku ucapkan dalam pertandingan inišŸ™‚

Untuk mengundi:

Taip ANIMASI <jarak> TAIL

hantar ke 32776

Sama-sama lah kita menyokong animasi tempatan

Terima KasihšŸ˜†


Actions

Information

4 responses

6 04 2009
Azreen

Yes i will:-)

7 04 2009
duakupang

Terima Kasih daun keladišŸ™‚

7 04 2009
rina

ye ye..sy sokong!!!bangun la anak melayu

7 04 2009
duakupang

Cakap je buat apa? SMS lah sebagai tanda sokonganšŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: