Bed-Main-Turn

2 04 2009
Peng Chong Wei sedang jumping smash

Peng Chong Wei sedang jumping smash

OK. Sampai sudah coretan pasal pengalaman main badminton pulak.

Aku sebenarnya bukan lah terer sangat main badminton ni. Dulu pernah masuk pertandingan masa sekolah rendah pun aku jadi stok kena buli dalam court je. Tapi pada satu hari entah macam mana tiba-tiba je tahap permainan aku boleh meningkat. Rupa-rupanya baru aku sedor yang cara aku memegang raket tak betul.

Setelah aku mengemaskinikan cara pegangan raket yang betul, baru lah aku boleh main dengan baik. Cara pegang raket badminton dan cara pegang raket tenis langsung tak sama (kepada yang tak tau la kan)😆

Masa sekolah rendah pun main tahap estet je. Kampung aku sangat daif sampai court badminton pun takde. Kena la tebas + bakar kawasan lalang sebab nak bina satu court badminton. Kesian kan.  Lepas tu line buat guna tali rapia je. Tarik panjang-panjang.

Bila nak main, memang la asik tersadung pangkal akar lalang. Dah la main pakai kasut cap kaki ayam je. Raket jangan cerita lah. Aku pakai raket cap Yashino je. Entah cap dari mana datang aku tak pasti lah. Yang aku tau, raket tu dah memang ada kat rumah aku. Tak mampu nak beli Yonex-yonex ni.

Hobi main badminton ni tak berkembang sangat dalam diri aku. Takde la sampai aku dapat mewakili sekolah pun. Cuma main suka-suka di waktu cuti dan kelapangan saja. Walaubagaimanapun, aku tetap minat main permainan ni. Bukan minat bed main turn yek.

Tak banyak yang aku nak ceritakan pun. Cuma masa di universiti aku langsung tak main. Bila dah kerja je baru aku start main sikit-sikit. Dah kerja ada duit boleh la sewa dewan dan beli raket canggih sikit. Itu pun main double je. Kalau main single harus pengsan gamaknya.Maklumlah dah tua-tua ni kepancitan sering melanda.

Nama pun bed main turn, kena ber double la kan.😈

Bila aku pindah ke tempat kerja baru ni, peluang aku nak main badminton nampak cerah sikit. Ramai staff di sini aktif main badminton. Tengok badan pun memang aku saspek diorang boleh main badminton je. Tak layan futsal-futsal ni. Capek katanya. Maka aku pun join lah dalam komuniti badminton di sini.

Main hari Rabu dan Khamis setiap petang lepas kerja. Cuma aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal sebab nak pegi main pun aku kena drive 40km ke pekan Sekinchan. Sewa dewan di sana. Alasannya sebab Sekinchan terletak di tengah-tengah. Sebab ada staff yang main tu datang dari Kuala Selangor dan Sungai Besar.

OK lah, aku terpaksa terima la sebab nak main punya pasai. Nasib baik seminggu 2 kali je. Kalau tiap-tiap petang mampus koyak wallet aku tuang minyak kereta. Gila kan, pergi balik dah 80km. Semata nak main badminton aje. tapi aku suka memikirkan secara positif. Aku main sukan, badan mengeluarkan peluh dan aku sihat. Itu saja😉

Duit boleh di cari, tapi nikmat sihat tu tak dapat di jual atau di beli kat kedai-kedai mahupun shopping complex.


Actions

Information

15 responses

2 04 2009
Isis

Aku masa kecik2 dulu, selalu kena paksa ayah aku main badminton. So petang2 kami pun main. Aku ni idok ler terer bersukan tapi aku rasa aku doing agak ok la dlm permainan badminton ni.

Cuma skrg ni bila raket badminton yilek, nak main pun tak syok..tak suka nak pinjam (sbb org bagi pinjam raket 3.50)..ekekekeke…nak beli tak mampu..kohkoh..(raket aku dulu aku pakai ayah aku punya raket..)

2 04 2009
duakupang

Ala Isis, raket badminton ni yang aku perhatikan kebanyakkan pemain amatur macam aku ni dapat raket yang diwarisi turun temurun
Macam raket yang aku guna sekarang pun sebenarnya abang aku punya raket

2 04 2009
kutaksempurna

dah lama gak tak main badminton..
tp tak main jauh mcm awk..
main depan rumah je… lawan ngan bebudak kecik..
itu pun dah abis letih

2 04 2009
duakupang

KTS,
main sekadar untuk mengeluarkan peluh saja. Badan peluh kita yang sihat kan🙂

2 04 2009
kek_lapis nyaman

wah…main badminton la paling best..lama dah tak main..jom celen?? kalo ko nak rasakan smash aku terkena tootttttttt ko…hahahaha

2 04 2009
duakupang

Dah lama tak main? Lain macam je bunyi ni😆

2 04 2009
Tasha

dulu masa kecik mmg selalu main badminton.
tp skrg dh mls. jogging je la.
betul. nikmat sihat susah di cari.

2 04 2009
rina

btul..btul..btul..

2 04 2009
duakupang

Jom main badminton

3 04 2009
Reen

Bestnye…main badminton…lama dh x main. Bila ler…leh main lg. Dulu masa sek2,mmg wakil sek peringkat daerah. Tp,x sempat wakil negeri sbb my parent x kasi dh aktif sgt sbb dh nk exam. Lps drpd tu,mmg dh x main dh smpi skrg. Tp,kalo kasi raket,agak2 leh main seterer dulu tak? ;p ekekeke

3 04 2009
duakupang

Wow, pemain sekolah ke ni? Nampak macam handal je ni
Bila boleh kita nak lawan ni?😳

4 04 2009
Reen

Erk…nk lawan ker..:-P dedulu handal ler main. Tp dh lama x test power…takut pancit ajer…ekeke:-S nk kata handal tu x ada ler sgt. Boleh la tahan setakat wakil daerah ajer;-)

4 04 2009
duakupang

Dapat wakil daerah tu kira satu pencapaian lah tu
Saya tak pernah wakil apa-apa dalam badminton, main just for fun aje

1 08 2013
Promosi Zalora

Akhir2 nie… ramai pembaca blog semakin meminati isu nie… terima kasih kepada admin blog nie… artikel nih memberi lebih pencerahan tentang bab nie… saya akan sentiasa support awak… terima kasih..

26 09 2015
Shamira rosli

Hahahahhahhaha kelakar lah. Btw may I have ur number?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: