Gelap Ke?

29 03 2009

gelap1

Sebagai menyahut kempen Earth Hour, aku pun memadamkan lampu selama 1 jam (tapi sebenarnya lebih sebab aku duk dalam gelap sambil layan movie).

Sayang tiang lampu jalan masih lagi bernyala sebab tiang tu bukan aku yang punya dan aku tak jumpa pulak di mana suis nya.đŸ˜†

Sambil berbaring-baring di dalam kegelapan aku mengelamun. Aku terfikirkan bagaimana lah orang dulu-dulu hidup tanpa elektrik. Zaman mak dan abah aku ketika mereka di kampung. Hanya menggunakan lampu gasolin. Duduk di rumah menelaah buku-buku sekolah. Berteman kan cahaya yang tak seterang kalimantang.

Aku bersyukur kerana ketika aku dilahirkan rumah aku dah ada elektrik. Ada kemudahan. Tetapi aku tengok budak-budak sekarang seolah-olah tak pernah nak menghargai apa itu kemajuan dan kemudahan. Belajar malas. Yang tau nak berpeleseran. Rempit. Rempit. Rempit.

Zaman dulu-dulu takda bas nak ke sekolah, jalan kaki dari kampung nak ke pekan. Naik basikal berkayuh perlahan-lahan. Zaman aku sekolah dulu amat jarang sekali budak sekolah bawak motosikal. Tapi sekarang ni bukan main lagi. Zaman aku sekolah handphone tak wujud pun. Tapi boleh jugak hidup.

Amat berbeza budak-budak zaman sekarang.

Ah bernostalgik pulak.

p.s: Mungkin ini harga yang kita perlu bayar atas nama kemajuan


Actions

Information

7 responses

29 03 2009
Tasha

budak2 zaman skrg mmg lain benar.
semalam aku ke pavilion.
hoh ramai gila budak2 sekolah.
mungkin baru form 2 atau 3.
seksi bukan main. handphone bukan main mahal.

budak2 maju mungkin.

30 03 2009
rina

pasal duul mentaliti melayu lain ngn mentaliiti skang..
byk yg berbeze, ade baik dan buruknye..
klu dolu, melayu ingt bertani kt kawasan kampung je, skg ni bertani kt bandar pun boleh, boleh wat duit..
klu dolu melayu byk hidup susah, tp skang, ramai anak melayu bekerje keras nk meningkatkan gaye hidup mereka..
klu dolu penyakit sosial x tersebar cuz xde teknologi sepantas dihujung jari spt skang, tetap ade bende2 cmtu..cume xde org bani nk canangkan 1 dunia je..
tapi org dulu dan skang tetap same..
melayu dulu dan skang tetap same..
perasaan hasad dengki, khianat pade famili, sedare, kawan sesame sendiri tetap menular…

wow..da bleh bukak entri ni..kikiki

30 03 2009
mama

suis lampu jalan tu kt umah mama la nemo…ekekeke

bebudak skang ni dh la tk reti nk hargai apa yg ada skang…ditambah plak ngn nilai2 yg mak pak dewang bagi…2 x 5 jer….kalo mak pak dewang tu bagi asas didikan yg betol…insyaAllah…anak2 bangse kite tidak akan kufur nikmat

30 03 2009
Isis

Terima la dunia skrg dunia material..means money money money..

Ibu bapa ni sayang sangat kat anak2..apa yg anak2 nak semua cuba dipenuhi sebab tak nak anak2 lalui apa yg mereka2 penah lalui zaman kecik dulu..anak nak hp, di beri hp, anak nak pS2, di beri ps2..kdg2 mak ayah yg guna ps2 to keep up with current ‘in’ thing. Kalau beli hp 3310 kesian lak anak aku pakai telefon murah mcm tu, mesti beliau malu..anak2 zaman skrg di ajar secara material..

Cuma harap2 kita semua sedar kesusahan dulu la yg menjadikan siapa kita hari ni..ewahhh..

30 03 2009
matjerry

Aku dulu sekolah rendah tak pernah bawak duit ke sekolah.. bawak bekal ajer. time nak gi sekolah aje.. mak aku dah sedia dah bekal..best giler makan nasi dalam bekal..kenyang pun kenyang…yelah.. susah…kan..

31 03 2009
kek_lapis nyaman

ye bergelap sampai pagi. ..best sungguh smbil layan Af..hehehe..
budak2 zaman skang mmg maju..maju la sgt….huhuhu

31 03 2009
duakupang

Wow, terima kasih atas semua komen!
Aku amat menghargainya, tetapi aku setuju dengan semua pendapat kalian, apa-apa pun didikan mak pak yang penting sebenarnya, sebab aku rasa dari situ akan datangnya mentaliti kita, pegangan kita.
Tapi harus diingatkan iman itu tak dapat diwarisi. Hehehe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: