Semalam selesai sedikit tanggungan aku.
Tapi tak sepantas yang aku mahukan.
KISAH ASSTRO
Aku membuat panggilan ke Khidmat Pelanggan Astro untuk menamatkan langganan aku memandangkan tempat penginapan aku sekarang tidak sesuai untuk dipasangkan Astro. Lagipun aku dan malas nak menonton TV buat masa ini. Seperti biasa Astro yang memang dikenali mencekik darah pelanggan.
“Hello, macam mana kalau saya nak terminate Astro ni?”
“Boleh saya tau siapa nama encik dan sebab-sebab encik nak tamatkan perkhidmatan?”
“Nama saya MZA, saya nak tamatkan sebab saya dah berpindah rumah dan jugak sedikit masalah kewangan.”
“OK Terima Kasih encik, di sini kami akan memberikan notis sebulan untuk encik sebelum akaun Astro encik ditamatkan”
“Hoh? Notis sebulan???”
“Iye encik, notis sebulan sebelum akaun ditamatkan. Dalam masa yang sama encik perlu memulangkan semula smart card yang ada kepada kami dengan menggunakan pos berdaftar”
“Okayyy..”
“Sekiranya selepas ini encik mahu menyambung semula talian Astro, encik hanya perlu call saja kami dan kami akan poskan semula smart card yang baru serta pastikan decoder encik berada dalam keadaan baik. Itu saja”
“Okayyy, Terima Kasih”
Kena jugak aku membayar lagi sebulan walaupun aku dah tak guna Astro tu disebabkan notis sebulan tu tadi. Astro ni yang aku nampak bila lambat bayar bil je dah kena caj, talian kena potong nak sambung semula pun kena caj jugak. Servis dah lah macam babun. Makan duit je kerjanya. Ni la akibatnya kesan monopoli. Kita sampai takde pilihan yang lain. Kena terima je apa yang dia bagi.
Hampeh punya Ass-tro 😡
KISAH TMNUT
Aku pergi ke pejabat TM Point untuk terminate line telefon serta Streamyx aku pulak. Ingatkan nak kurangkan lagi bebanan, tetapi aku lagi terbeban rupanya.
Seperti mana yang pernah aku post dalam entry yang terdahulu di sini, caj yang dikenakan sebenarnya berbeza masa mula-mula aku dimaklumkan. Rupa-rupanya penalti yang dikenakan adalah setara caj bil yang dikenakan. Disebabkan aku melanggan pakej RM 140.00/bulan, maka penalti yang dikenakan adalah bersamaan itu.
Tapi mujur pakej yang aku langgan tu akan tamat pada bulan Mei nanti. Tapi aku rugi lah sebab 2 bulan terpaksa bayar free gitu-gitu je pada TMNut walaupun aku dah tak guna pun telefon dan Internet. 2 bulan dan RM 280.00, banyak tu. Macam-macam aku boleh guna dengan duit tu.
“Abang ambik yang pakej 2MB ni laju ke tak bang?”
“Saya amik yang 2MB ni sebab nak laju la, tapi rasa sama cam guna dial up je”
Diam je mamat kaunter tu bila aku cakap camtu. Mujur aku ni bukan jenis nak maki-maki ke 🙂
Sabar je lah. Takpe TMNut. Hari ni hari engkau, esok pun hari engkau, lusa pun hari engkau jugak. Bila nak hari aku entah 😡
ciannye..sy br ingt nk cancel maxis sy..tp maleh ar nk baya byk2 ntuk cancelation cuz sy xingt kontrak sy da abih ke lum..huhuh
lupe..pastu nk tuka plan ntuk line telepon..skang sy pakai invidual corporat..pasni xmo da..nk pakai plan terendah..tp nk gi maxis ni,adeh becinte tul..padahal.sebelah je..ekekekee
Jalan kaki pun malas, macam mana nak jogging pagi-pagi di Tasik Titiwangsa ni?
asstrot mmg…mmg hampeh..sblum due dok sms psl pyment..bengap tol..tau la org nak bayar bil tu..dh la cite dlm astrottttt tu dok ulang2…jemu & muak dah aku di buatnya..
Tunggu la 2015 nanti RTM buat siaran fully digital 🙂
dah bosan ngan dorang ni…
caj tersembunyi kan main… servis hampehhhhh… nak2 time ujan camni…
Lambat bayar laju je nak potong. Nak sambung semula caj lagi 👿
nasib xpenah reply astrok cuz i’m the astro..ahaahha
ye.. tmnut juga ade hutang dengan saya.. tapi die kata gua utang die.. hangin. tapi takleh celen hangin tak dapat pau..
*wink*
Cuba check balik kontrak. Kalau dah termaktub. TGak boleh buat apa la. Kat sini ada jugak benda2 macam tu. Contohnya aku sign kontrak menyewa rumah 2 tahun. Tapi kalau setahun setengah duduk pastu nak pindah. Kena bayar penalti denda sewa rumah sebulan. Jadi bila baca kat atas tu. Aku agak tak terkejut la..