Oopss… Termasuk Lubang Lagi

23 03 2009
The Great Blue Hole @ Belize

The Great Blue Hole yang terletak di Belize

Oopsss…. termasuk lubang lagi.

Apa yang termasuk lubang ni?

Tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keterlanjuran OK. Kalau yang tu takde istilah “ter” yek. Semuanya berlaku dengan sengaja. Cuma yang aku nak coretkan di sini ialah pengalaman aku termasukkan barang-barang berharga ke dalam lubang tandas atau bahasa orang kampung aku ialah lubang jamban. Selain lubang jamban, lubang air di lantai bilik air jugak berpotensi untuk di masukkan barang-barang.

Kejadian seumpama ini bukan sekali dua berlaku pada aku, malah dah banyak kali serta merugikan aku. Ada barang yang mahal, ada jugak barang yang murah. Tetapi ia tetap berharga pada aku sebab aku beli guna duit sendiri OK. Yang aku nak kongsi di ini ialah pengalaman aku dan jugak orang lain. Berikut adalah antara barang-barangnya:

1. Sabun Mandi Buku

Boleh dikatakan banyak kali jugak aku termasukkan sabun ke dalam lubang jamban ni. Untuk makluman, bilik air aku terletak dalam satu bilik dengan tandas. Semuanya berpunca gara-gara tengah menyabun, ia terpelanting dari pegangan tangan akibat licin. Baru kejap tadi pun aku dah termasukkan satu. Nasib baik sabun tu dah nipis. Tak kuasa aku nak seluk ambik balik. Tapi kes sebegini jugak selalu aku tengok masa tinggal di asrama dulu. Tapi aktiviti menyabun dalam jamban ni aku dah paham la apa maknanya. Mungkin tengah sedap menyabun tiba-tiba gunung berapi meletus lantas terlepas dan masuk ke dalam lubang jamban.😈

2. Berus Gigi

Ini lagi satu barangan yang sering jugak ada dalam lubang jamban. Baik masa aku tinggal di asrama mahupun ketika aku menyewa di rumah-rumah. Apa kes? Aku syak, berus gigi di letakkan dalam keadaan tak sempurna. Bila mandi, ia terkena percikan air dan melantun ke lubang jamban. Biasanya terjadi kalau diletakkan di atas sinki bilik air bukan di letak atas rak kecik bercermin. Lagi satu memang ada jenis orang yang suka buang barangan dalam lubang bilik air. Ini yang selalu menyebabkan air tersumbat kat bilik air.

3. Ubat Gigi

Sama seperti faktor di atas, sikap tak bertanggungjawab. Buang terus masuk ke dalam lubang bilik air mahupun lubang jamban. Kebiasaannya ubat gigi yang dah habis. Jenis yang dah kena gulung lipat kaw kaw punya. Tapi sekarang ubat gigi tak boleh gulung lagi sebab tiubnya plastik. Kalau zaman dulu, tiub jenis alumunium tu memang kena guna semaksimum yang mungkin. Kalau aku, memang aku akan gulung dan lipat sampai muncung tiub untuk mengeluarkan sisa-sisa ubat gigi yang boleh di pakai.

4. Sabun Basuh Buku

Sama seperti no. 1

5. Pisau Cukur Pakai Buang

Pisau cukur pakai buang jugak adalah salah satu barangan yang sering aku sendiri termasukkan. Semuanya adalah dengan tidak sengaja. Puncanya? Letak atas sinki dan terjatuh terus ke dalam lubang. Seperti biasa, memang aku takkan seluk untuk ambik semula. Biar je lah bertapa bawah tu.

6. Shaving Cream

Tragedi untuk aku. Ketika aku menyewa di Mersing dulu, keluasan bilik air + jamban adalah amat terhad. Jadi, ada toiletries  aku terpaksa diletakkan atas lantai dan jugak atas cistern jamban. Nak dijadikan cerita, aku baru je beli shaving cream / lotion yang agak mahal. Baru sekali pakai. Aku letak atas cistern. Elok je lepas aku memerut, aku tarik la tali nak flush. Dengan tak semena-mena shaving cream yang mahal tu pun terjatuh ke dalam bersama-sama dengan air flushing yang amat laju. Ah celaka! Tak sempat aku nak selamatkan. Tapi kali ni aku beranikan diri menyeluk dalam lubang jamban untuk mendapatkan ia semula. Seluk punya seluk memang tak jumpa dah. Aku rasa dah dihanyutkan air flushing. Sial betul.😡

7. Kunci Rumah

Tak ketinggalan jugak menjadi mangsa. Pernah terjadi ketika aku menyewa di Skudai, Johor ketika zaman aku study dulu. Aku tak berapa ingat macam mana ia boleh terjatuh. Tetapi yang ni aku seluk setelah aku membalutkan tangan aku dengan beg plastik yang besar. Akhirnya dapat jugak retrieve kunci tersebut. Dah lah kunci rumah tu satu key chain dengan kunci motor aku.

8. Kotak Rokok

Ini bukan aku lah. Aku tak merokok. Cuma ini kes yang aku selalu jumpa kat tandas tempat kerja aku. Kerja aku deal dengan budak-budak bermasalah. Mereka ni suka menghisap rokok curi-curi di dalam jamban. Sememangnya kawasan opis aku adalah kawasan larangan merokok. Kotak ni lah yang selalu membuatkan bilik air tersumbat. Bila tersumbat, korang bising kat aku, padahal korang jugak yang hisap dan buang dalam bilik air tu. Hampeh betul!👿

9. Spender / Panties

Harta karun yang datang entah dari mana. Kejadian di bilik air tempat kerja aku jugak. Budak-budak bising kat aku cakap bilik air tersumbat. Maka, dengan kuasa yang aku ada dengan selambanya aku mengarahkan diorang buat gotong royong membersihkan jamban. Bila dikumpul-kumpul harta yang tersumbat ada pulak panties. Perempuan punya OK. Takjub aku sekejap😯

10. Handphone

Pengalaman member aku terjatuh handphone dia ke dalam lubang jamban. Apa kes dalam jamban pun nak main SMS jugak ke? Dah tu termasuk dalam lubang jamban public pulak tu. Alamatnya, sedekah kat jamban lah. Bila ditanya apsal nombor kau lama senyap. Dijawabnya handphone masuk air. Ni memang betul masuk air punya. Hahaha!

11. Katak

Binatang yang famous dalam lubang bilik air dan jugak jamban. Aku selalu terjumpa. Tapi mujur lah aku jumpa masa tengah mandi-manda. Tak pernah pulak time aku tengah memerut. Kalau tengah sedap memerut aku rasa mau tersontot sekejap hajat. Korang tak terkejut ke kalau tiba-tiba ada makhluk terjojol keluar dari lubang jamban? Haihh

p.s: Jaga lah kebersihan jamban anda. Kerana ia akan reflect tahap kebersihan diri anda sebenarnya😉


Actions

Information

25 responses

23 03 2009
kek_lapis nyaman

oppsss…nasib baik kamu tak terjatuh tergolek dlm lubang jamban..

23 03 2009
duakupang

Kalau jatuh tak muat nak masuk lubang jamban

23 03 2009
Isis

aku penah terjatuh

1) Jam tangan ~ pakai kat tangan kiri, so masa nak cebuk tu nak bukak jam sekali slip..padan muka..hoho

2) Kunci bilik asrama ~ Tak ingat camana

3) Spek mata ~ memerut sambil letak spek atas kepala. Kepala licin dia pun jatuh..ahaha..rabun aku..

tapi aku memang penah seluk balik pun lam lubang jamban amik balik. tak nak toilet tesumbat. Sape tak sayang toilet wooo..

p/s dulu ada sekor tikus jatuh dlm lubang tu. kesian.

23 03 2009
duakupang

Spek mata & jam tangan? Wahh mahal tu
Kalau aku pun aku seluk balik

23 03 2009
rina

weh gile..xde cite lain ke??aahaha

23 03 2009
rina

awak nk jadi abg pian ke?cite pasal jamban..die suke la bab2 cmni

23 03 2009
mama

Sabun – mama skang tk sker pakai sabun buku…pakai sabon jenis krim….picit je…sure tk melompat dalam lubang jamban

Yg lelain tu…tk penah lagik masok lubang…

23 03 2009
duakupang

Rina,
Ini cerita pengalaman, tapi kalau jamban bersih apa nak dirisaukan. Kalau jamban bersih maknanya orangnya pembersih jugak

Mama,
Sabun picit mahal, saya tak mampu nak pakai sabun mahal-mahal

23 03 2009
Tasha

masa kecik dulu aku selalu mcm tu.
sabun la selalu. haha.
tapi sekarang aku lebih berhati-hati.
aku paling takut kalau handphone termasuk dalam lubang jamban tu.
mau nangis aku.

oh ya. jgn lupa tutup mangkuk tandas kamu tu.
ekekekek

23 03 2009
duakupang

Kalau jamban mencangkung nak tutup macam mana?

23 03 2009
Tasha

hehe. dh agak dah.
ala. berhati hati la pasni.
jangan macam budak kecik. heheh
selalunya anak anak sedara aku yang selalu terjatuhkan barang dalam lubang jamban.

23 03 2009
duakupang

Sabun je yang selalu masuk sebab licin kan, terpelanting terus masuk dalam.
Kalau guna shower cream selamat lah🙂

23 03 2009
rina

gune baldi..sy selalu wt time duk umah sewe..ekekeke

23 03 2009
duakupang

Ishh… koser aku nak tutup, lepas tu baldi tu guna rendam baju apa semua
Hahahaha!
Najis!!!

23 03 2009
tepung online

saya suka lobang..
hari2 saya tengok lobang…

23 03 2009
duakupang

Lubang hidung kau suka dikorek kan😆

23 03 2009
Matjerry

Lain kali kalu nak mandi kepit sabun tu celah kangkang.. sambil tu boleh main sabun.. baru ler tak terelpas ke dalam lubang jamban.. membazir ajer..tak pun pakai ynag crot-crot tu..alahai itupun nak kena ajor..

23 03 2009
Matjerry

alah engko tak citer pulak yang engko pernah seluk lubang jamban tuu.. kat aku enko citer.. kat orang engko tak nak yer…chehh malu konon..

23 03 2009
encek akta

spek mata aku baru beli.. terjatuh semasa head banging di tandas hang jebat.

24 03 2009
duakupang

Apa kes head banging dalam toilet? Toilet tu pasang lagu rock ka?

24 03 2009
Tengku Anggerik

adesss…kenapalah aku masuk sini time aku sedang enak ber-bekpess….

urrgghhh….😦

24 03 2009
duakupang

Hehe. Sorry
Enjoy your breakfast😳

24 03 2009
kutaksempurna

hikhikhik…

byk nye brg yg jd habuan jamban tu…
nsb aku ni jenis yg tak suka bwk barang masuk jamban…
bawak diri je😛

24 03 2009
duakupang

Ini akibat toilet + bilik air.
Kalau yang jenis asing, takde kot nak termasukkan barang-barang dalam tu🙂

24 03 2009
kechik

eww.

moral of the story..

1. have separate loo & bathroom (d’uhh.. ini bukan dalam national constitution ke? hhahhaha)
2. jangan berangan dlm loo.. (zeno kuat berangan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: