Ping Pong Mania – Part II

20 03 2009

Bersambung semula coretan aku

Kali ini sampai aku dah masuk ke U pulak. Sukan ni masih lagi aku main, cuma peluang aku di sini agak tipis sebab ramai lagi yang terer-terer. Ada Melayu dan jugak Cina. Pencapaian membanggakan aku pun hanyalah sekadar dapat mewakili Kolej Kediaman dalam Sukan U. Itupun tak menang sebab masuk pun just for fun saja. Aku masih lagi bermain dalam kategori double.

Masa tu dah pandai la guna bat mahal-mahal. Tapi zaman aku main pun yang famous nya balik-balik bat cap Butterfly dan Champion je. Aku pun guna bat cap Butterfly jugak. Bola pulak yang selalu guna cuma Nittaku 3 Star je. Mahal bola tu. Nak beli selalu kopak duit. 3 biji je dan cecah RM12.00.

Masuk alam pekerjaan, ofis mana yang aku kerja semuanya ada meja ping pong. Senang kan sukan ni. Dalam pejabat pun boleh main. Aku meneruskan hobi main sehingga lah aku dapat mewakili Johor dalam Sukan MARA 2006. Selection pun main rasa setengah mati sebab ramai yang terer. Nasib baik aku terpilih dan secara tak langsung aku dilantik jadi pengurus pasukan😳

Bertanding dalam Sukan MARA 2006, aku lingkup. Semua lagi terer. Diorang main dah macam pro gila. Semua bola spin tak ingat dunia. Aku main pun cuma for fun saja. Sebab dapat baju sukan & kasut free😆

Sekarang ni aku dah malas nak masuk apa-apa pertandingan lagi. Kalau main pun cuma untuk keluar peluh saja. Elok pulak tadi ada pegawai call aku. Aku panggil dia Pak Chat (PC) je.

PC: Errrr… encik, nak tanya sikit la ni

Aku: Nak tanya apa?

PC: Encik ada main sukan apa-apa tak?

Aku: Ada la, seminggu sekali petang saya main badminton aje

PC: Dak aihhh… ni kami nak lantik encik jadi AJK Pemilihan pemain untuk Sukan MARA 2009

Aku: Ohhh… (sebenarnya aku dah tak minat nak join Sukan MARA)

PC: Macam ni la.. kami lantik encik untuk jadi AJK untuk boling padang yek?

Aku: Laa, saya tak reti main boling padang. Sukan lain ada? Ping Pong?

PC: Haaa… boleh lah, nanti saya taruk nama encik yek.

Aku: Ye lah.. ye lahhh😡

Hmmm. Ye lah sangat tu. Aku terima pun sebab terpaksa je ni. Sebab tak suka, kerana kalau pegi meeting apa-apa berkaitan dengan sukan ni, company aku tak benarkan untuk buat claim mileage. Bankrup la kalau semua nak pakai duit sendiri je. Tokey balak pun marah.

Tapi bila difikir-fikir aku tak kisah jugak. Sebab teringin gak nak main ping pong ni. Gian lah katakan. Rugi la beli bat mahal-mahal tapi tak guna. Mahal ke? Takde la kot harga baru RM 100 lebih je. Yang pro punya lagi mahal rasanya. Lagi berkualiti getahnya, lagi mahal harganya. Tak salah kan untuk kepuasan bermain

Jadi aku kena la bersiap sedia nak jadi AJK pemilihan kelak. Cara aku senang je. Kalau main boleh kalahkan aku, kita korang terer lah dan layak untuk jadi wakil company

Haih…🙄


Actions

Information

5 responses

20 03 2009
rina

huh….men boling padang la best…kkkkekeke..congkak xde ke?

20 03 2009
duakupang

Helo, ni Sukan MARA yek.. bukan Sukan Rakyat.
Boling padan saya tak ketahuan cara bermain, kalau boling kelapa tu tau lah

Tapi kalau ada main Galah Panjang & Guli saya nak main😈

20 03 2009
rina

helo2 jugak..ape la..patutnye martabatkan sukan melayu itu..itukan salah satu sukan…

20 03 2009
duakupang

Tu dah cakap tadi, main galah panjang & guli
Kira sukan me “layu” la tu😈

Mesti kamu tak paham kan…😆

20 03 2009
rina

paham la…tp sy xmo galah panjang or two ball inside…ahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: