Ping Pong Mania – Part I

19 03 2009
Li Jia Wei: player fav aku. Gambar kredit pada STTA

Li Jia Wei: player favourite aku. Credit to STTA

Ini adalah sukan no.1 aku.

Aku sudah mula berjinak-jimak dengan sukan ni bermulanya persekolahan  di tingkatan 1. Macam mana aku boleh terjebak dalam sukan ni aku pun tak berapa ingat. Tapi di sekolah aku pun, ping pong ni jugak adalah sama level macam bola tampar jugak. Di mana para pemain sekolahnya semua 100% terdiri dari budak-budak hostel.

Sebabnya?

Meja ping pong di sekolah aku hanya ada dalam kawasan hostel saja😆

Maka tak heran lah bila budak hostel je dok conquer arena ping pong ni. Termasuk la aku salah sorang daripada penagih main ping pong. Asal Sabtu dan Ahad je, aku akan main dari pagi, petang sampai ke malam. Sememangnya main ping pong dengan budak hostel ni tak dapat dipisahkan lagi.

Tapi masa tu main pun guna bat ping pong cap kayu kayan je. Masa aku tingkatan 1, aku guna bat ping pong murah je. Walaupun macam tu, kalau di ranking kan ikut tingkatan, untuk budak tingkatan 1 ketika tu aku number one lah.

Buktinya, aku menang pertandingan untuk seluruh tingkatan 1 saja. Tetapi akhirnya hampeh sebab hadiah ditipu oleh brader senior yang jadi penganjur pertandingan tu. Dah la main kutip duit, lepas tu dia tibai bawak lari. Apa ke bangang AJK Sukan macam tu.

Mujur aku tak report pada warden.👿

Bermulanya tingkatan 2, aku dah mula mewakili sekolah. Masa tu nak kata terer pun tidak jugak, tapi abang tingkatan 4 pun aku boleh kalahkan. Ketika selection diadakan, aku sebenarnya berminat nak main single. Tapi disebabkan kerakusan sorang senior tingkatan 3 ni (Johari namanya), menyebabkan aku dipaksa bermain double bersama dengan classmate aku. Sharul Nizam namanya. Kitorang panggil dia Ah Yap sebab muka dia macam Cina.

Bila tiba hari pertandingan, si Johari ni awal-awal dah bungkus. Aku dalam hati gelak je kat dia. Tu la padan muka tamak sangat nak main single. Aku yang bermain double dengan Ah Yap ni cuma dapat jejak semi final je. Kalah dengan Sekolah Tsung Wah. Kebanyakan sekolah Melayu semua bungkus awal kecuali sekolah aku je.

Kategori bawah-18 tahun sekolah aku yang juara. Single dan double sekolah aku sapu. Sekolah Cina bungkus!. Cuma team double bawah-15 tahun je sampai semi final je (team aku le tu). Kira pencapaian memberangsangkan jugak pada aku sebab sekolah aku takde pun jurulatih. Semua main berlatih sendiri je. Yang ada cuma pengurus pasukan iaitu Cikgu Lee Li Ching. Berbanding sekolah Cina rata-ratanya ada jurulatih dan rejim latihan yang teratur.

Balik daripada pertandingan, warden sekolah belanja KFC. Kena la beli jiwa anak buah kan. Sebab dah semua player budak-budak hostel. Yang menang dapat 2 kotak KFC, yang kalah macam aku cuma dapat sekotak je. Bersyukur saja lah kan🙂

Masuk tahun 1994, zaman aku bermula. Seperti biasa aku masih lagi tinggal di asrama. Masih bermain ping pong hingga ke lewat malam seperti selalu. Cuma untuk menengah rendah, aku lah champion sekolah. Tapi sebab aku dah biasa berpasangan dengan Ah Yap ni, aku memutuskan untuk main double jugak pada pertandingan peringkat daerah.

Untuk kategori single, aku serahkan pada junior aku, pelajar tingkatan 2. Kira budak ni macam protegee aku lah jugak. Dia pun bermain agak bagus jugak. Permainannya tenang dan tak menggelabah.

Hari pertandingan, aku dan Ah Yap dah nak masuk semi final ni. Lawan Sekolah Tsung wah lagi. Pada aku ni la peluang untuk aku membalas dendam tahun lepas. Memang aku main tahap dewa. Sampai siap smash terkena perut budak Cina tu.

“Pelepapppppp!!!!!”

Bola tak masuk pun, tapi kuat dia bukan main lagi. Aku mintak maaf je la. Bukan aku sengaja nak smash ke perut dia. Dah bola tu yang terbang ke perut dia😈

Aku tau sakit rasanya sebab aku pun pernah jugak kena dulu. Pedih je. Tapi disebabkan pertandingan, budak Cina tu main macam biasa la. Takkan la nak tunjuk sakit pulak. Tak macho lah kena bola ping pong nak sakit-sakit.

Akhirnya dapat jugak aku membalas dendam. Menang je dalam semi final tu, Ah Yap terus peluk aku. Aku cakap, “wei, ni baru nak masuk final ler… belum menang final lagi”. Tapi dalam hati aku seronok jugak sebab dapat ke final.

Tiba di final, rezeki bukan milik aku sebab tewas pada Sekolah Shing Chung (tuan rumah). Favouritism lagi agaknya. Kategori single bawah-15 pun dapat naib johan jugak. Tapi jadi lah pada aku. Dapat masuk ke final pun dah seribu rahmat rasanya.

Sebabnya?

Seperti yang aku dah nyatakan di atas. Sekolah aku takde latihan yang lengkap untuk ping pong ni. Semua nya berdasarkan main sendiri-sendiri je. Takde nasihat dari segi teknikal mahupun kejurulatihan yang bagus. Untuk pencapaian sekolah Melayu di daerah aku, rasanya sudah boleh dibanggakan.

Bersambung kemudian


Actions

Information

8 responses

19 03 2009
rina

xpenah bace dlm paper pun..apsal asik awak je yg menang..teror betul…

19 03 2009
duakupang

Peringkat sekolah je. Sekarang dah tak terror lagi sebab tak berlatih

19 03 2009
rina

cmtu bleh la masuk opis sy..de pingpong gak..lawan ngn an..de bran?

19 03 2009
duakupang

No problem, cakap je bila tarikh.
Dah asah bat ping pong ni😆

19 03 2009
kek_lapis nyaman

nk pegang bat ping pong peng pun aku terkial2..hampehnye..kira terer la kamu ni jeno..jom main??ada bran????

19 03 2009
rina

sy pun teror gak..teror tgk…hihihi..men ngn org kidal la jeno..nangih awak nnt

20 03 2009
khairul hisyam

bola bawah ketiak pro la ni? cool cool .. haha, aku seorang yang kaki+tangan bangku. haha

20 03 2009
duakupang

Takde la pro sangat, aku semi amatur je. Hahaha!😳

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: