Takraw & Aku

17 03 2009

sepak-takrawAku mula bersukan semenjak dari sekolah rendah. Banyak sukan yang aku masuk sebenarnya tetapi tak banyak yang aku dapat untuk mewakili sekolah. Boleh dikatakan semua sukan aku boleh main kecuali hoki je. Sebab dulu sekolah aku di kampung pedalaman, jadi budak-budak tak main sangat hoki ni.

Tapi kali ni aku nak bercerita tentang salah satu sukan kegemaran aku iaitu sepak takraw.

Aku mula bermain sepaktakraw semenjak darjah 6. Ketika tu aku dah mula mewakili sekolah. Walaupun masa zaman aku main tu, budak-budak ni mana ada reti “lipat” bola pun. Lipat net pandai lah. Dapat bola je terus tanduk. Kata orang kampung aku, “main toron”.

Masa nak wakil sekolah ni pun aku dalam dilema jugak, sebab dalam masa yang sama aku aktif dalam Pengakap. Kebetulan pulak tarikh perlawanan tu serentak dengan Kem Pengakap untuk ambik periksa Keris Emas. Maka aku pun pilih untuk main takraw sebab nak merasa wakil sekolah kan. Lagi satu yang syok nya, waktu kelas cikgu bagi pelepasan untuk berlatih takraw.

Hari perlawanan peringkat zon, sekolah aku masuk sampai final. Cuma malangnya di final sekolah aku kalah. Team yang aku main pun kalah jugak sebab aku lah yang jadi lubuk. Hampeh!. Aku cuma main apit kiri je. Habis je la setakat tu kisah takraw di sekolah rendah.

Masuk pulak sekolah menengah, aku dah jarang main takraw sebab aku lebih fokus pada sukan lain (cerita lain nanti). Tapi ada pulak 2 orang brader senior ni baik dengan aku. Jadi tiap-tiap petang diorang ajak aku main takraw. Aku pun join lah diorang. 2 orang brader ni dah memang player sekolah. Jadi lama-lama minat tu pun timbul balik nak main takraw, cuma bezanya kali ni dah pandai timang bola banyak kali la berbanding sekolah rendah dulu.

Aku main pun sekadar boleh tahan je la, takde la dasyat mana pun. Aku cuma main tekong je. Kalau dulu sapa main tekong kasut yang selalu dipakai ialah kasut Carefree yang hi-cut punya. Lepas selection aku pun dapat lah wakil sekolah. Tu pun mungkin aku rasa sebab aku rapat dengan 2 brader tu. Ye lah aku main selalu dengan diorang, jadi diorang yang cadangkan nama aku. Kira guna kabel la jugak ni.

Masuk pertandingan peringkat daerah, aku di letakkan di dalam team yang memang power lah. Dalam team aku tu semuanya bekas pemain Perak bawah 12 tahun. Aku sorang je yang bekas pemain estet. Cuma yang istimewanya dalam team aku tu ada seorang Cina bernama Lee Kin Heat. Lee ni classmate aku masa menengah atas. Apek ni memang bagus main sebab bekas pemain Perak kan. Dia main posisi killer. Aku rasa dia je la satu-satu nya Cina yang handal main sepak takraw.

Jadi bila yang lain-lain adalah bekas pemain Perak, maka aku pun jadi simpanan je lah. Takpe lah asalkan aku dapat kutip pengalaman diorang. Peringkat daerah regu aku berjaya menjadi johan daerah. Aku pun tumpang gembira dan dapat sijil + piala jugak lah walaupun aku tak main. Warm up je lebih. Padahal masa final tu tekong utama aku tu (Izwan namanya) dah cramp kakinya. Aku ni dah lah nervous + gabra. Nasib baik la lepas urut-urut kaki dia ok.

Tamat di situ, regu aku ni dipanggil pulak untuk kejohanan Terbuka Perak yang berlangsung di Ipoh. Yang ni bukan wakil sekolah tapi sekadar mewakili persatuan takraw daerah. Kalau menang dapat duit lah. Lawan punya lawan (aku biasa lah player simpanan kan), dapat jugak masuk final.

Tapi yang gerunnya lawan kami di final tu adalah dari Sekolah Raja Chulan, Ipoh. Sekolah ni memang sekolah projek untuk sukan takraw. Aku tengok diorang main pun dah kecut perut. Siap main double killer lagi. Tapi apa-apa pun perjuangan kena diteruskan.

Maka lawan lah dengan SRC tapi aku dah memang jangka akan kalah. Elok pulak dalam nak kalah tu, coach boleh pulak suruh aku warm up, dia kata nak masukkan aku. Aku ni cakap la balik kat coach,

“Errr coach, kan ke kita dah nak kalah ni, tak payah la masukkan saya, kalau masuk pun sama je resultnya”🙄

Padahal aku kecut perut jugak sebenarnya. Nasib baik lah coach tu tak masukkan aku. Entah apa motif dia aku pun tak tau la. Samada dia bergurau ke, ada serius ke. Seperti yang dijangka regu aku tewas jugak lah dengan Sekolah Raja Chulan tu. Dapat lah naib johan saja. Dapat lah beberapa ratus, kemudian dibahagikan dengan 4 orang dan sedikit disumbangkan kepada persatuan. Aku kira-kira dapatlah dalam RM 70.00 seorang kalau tak silap aku. Kira mewah lah tu.

Dalam perjalanan balik rumah, aku singgah ke supermarket beli kaset original Color Me Badd dan KRU (reKRUed). Sampai rumah hujan lebat menggila. Badan penat, mandi-manda terus tidur dengan nyaman nya.

Sampai menengah atas aku dah kurang main takraw, sebab kononnya nak fokus pada SPM tapi hampeh jugak. Alasan saja. Cuma aku sempat untuk wakil rumah sukan dan menjadi johan. Boleh la johan sebab kebanyakan player sekolah datang dari rumah sukan aku jugak. Tapi kali ni aku bukan simpanan lah.

Masuk alam universiti, aku dah jarang sangat bersukan. Main takraw pun jarang. Ada main pun cuma main petang-petang di rumah sekadar timang-timang bola dengan housemate. Semua kenangan lipat net, lipat “maniam”, dan gulung tinggal menjadi memori semata-mata.

Orang kampung aku panggil ini lipat gulung

Orang kampung aku panggil ini lipat gulung

p.s: zaman aku dulu takraw Malaysia pun hebat. Teringat Rehan Mat Din, Nordin Sabaruddin dan tekong Thailand yang famous iaitu Pakdee


Actions

Information

10 responses

17 03 2009
Isis

Skrg main badminton lak..ekekekkee

17 03 2009
duakupang

Cerita badminton bakal menyusul nanti

17 03 2009
rina

sampai erk kaki awak nk baling bola ke sebelah..keekkeke

17 03 2009
duakupang

Alah net takraw tu bukannya tinggi mana pun. Kaki boleh naik lagi tinggi dari net

Tapi itu cerita dulu la, sekarang ni kalau nak buat, mau terkoyak dara aku

17 03 2009
bacteria

aku x suke maen takraw. nnt dahi ku jendul (akibat bengkak) maen pompuan suke lah.. hoh!

17 03 2009
duakupang

Dulu dahi aku bengkak-bengkak jugak sebab selalu tanduk bola. Sampai berdarah pun ada sebab tanduk bola yang dah pecah.

18 03 2009
rina

dara ke??huh..plssss

18 03 2009
sarah

abg zai dara g la… plastik x bukak g tau….. haha…

18 03 2009
duakupang

Dibalut kemas dalam plastik vakum. Gerenti tak masuk angin😆

21 09 2010
naz

aq nk tau sal nordin sabarudin,,leh kasi x detail dye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: