X-Files ~ Gambar Hantu Joyah

6 03 2009

Semalam aku dapat menyelesaikan satu misteri gambar hantu (kononnya) yang ditepek oleh Joyah. Takda apa pun sebenarnya, cuma lebih kepada ilusi optik je. Boleh baca di sini , di sini dan juga di sini

Nampak sangat orang kita ni gemar bebenor dengan perkara-perkara mistik ni kan? (termasuk lah aku). Baru tengok gambar macam tu dah fikir yang bukan-bukan. Sebab tu aku mintak gambar tu untuk pemerhatian.

Bukan kita tak perlu percaya kepada kewujudan makhluk sebegitu, kerana ia sememangnya ada. Cuma jangan lah keterlaluan sampai boleh jatuh ke tahap syirik. Kerana apa-apa pun masih lagi Allah itu Maha Besar.

Tapi aku memang minat benda-benda misteri dan paranormal ni. Aku juga pernah join trip ala-ala Seekers bersama dengan Maman and the gang. Pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mencari lokasi rumah yang dikatakan berhantu. Akhir sekali, lalu di jirat Cina di Seputeh.

Syukur aku tak nampak apa-apa, tetapi Maman kata dia ada nampak. Agak menyeronokkan jugak bila pergi trip macam tu. Selain dapat berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan. Dapat jalan-jalan dan serta berborak-borak (takde kerja kan?).

OK lah, mesin faks aku ni berbunyi-bunyi pulak (berhantu ke?). Aku dah lah tak pandai nak ekjas apa-apa dengan faks ni. Harapkan kerani dan staff aku je kat sini. (aku baru lagi di sini ok). Jangan lah buatkan aku naik hantu pulak wahai mesin faks.

p.s: asyik berbunyi tet tet tet tet je ni. Film dia ada problem kot, aku tak reti nak roll semula. Mana kerani? Tolonggg!


Actions

Information

8 responses

6 03 2009
joyah

fax tu tak suka u la tu… dia soh u balik kj balik.. ekekkekeee

6 03 2009
duakupang

Faks murahan ni. Rasanya I kena beli faks macam di opis you lah.
Tapi ini pun cap Panasonic jugak, bezanya cuma kecil sahaja berbanding faks you yang besar gedabak itu

6 03 2009
Isis

faks aku lagi besar sebab sekali dengan mesin potostat dan scanner..

6 03 2009
duakupang

Aku lebih suka yang 3 in 1 tu sebab dia pakai toner kan.
Yang ada ni pakai filem pulak, bila dah habis pusingan nak kena gulung semula filem tu.
*sigh*

7 03 2009
Isis

Tu mcm faks zaman P Ramlee je..ekekekeke

7 03 2009
Anggerik

korang ni… sampai ke sini bab hantu joyah.. ahhaha..
tapi aku dh simpan gambor first joyah tu …

wohhoo.. aku tunjuk ke kazen2 aku … mak aihh ..depa berdua tk terkata pape.. ahhaha.. iyo lah tu .. hantu pun nk posing depan camera gak hahaha ..

kazen aku siap ckp.. ni orang yg sama ngan (joyah)..aku tunjuk gambor joyah gak kat depa berdua.. dia kata..orang yg sama duk posing depan PC joyah.. wakkakaa… lepas aku ckp.. yg ambik gambar ni adalah orang tersebut(joyah)… menganga depa berdua.. kekekekekekek

takper..ignore jer lah..
( aku ni mende mistik gini mudah sangat nampak dan rasa..)

7 03 2009
duakupang

Takde hantu pun kat gambar tu, perasaan semata-mata

9 03 2009
NashaAjis

ade laa zeno…
aku dh tgk pic tu.. pic yg joyah tepek mule2 x same dgn yg joyah publish kan itew..pic yg mule2 tu ade gambar pompuan berambut panjang tgh duduk kt kerusi..siyes weh..aku nampak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: