You’re The Inspiration

4 03 2009

solitudesolitaire1Chewahh… sebijik macam tajuk lagu kumpulan Chicago nyanyian Peter Cetera. Lagu ni pun aku suka jugak sebenarnya. Tapi sebenarnya coretan ini tak berkaitan dengan Chicago, Peter Cetera mahupun Chicago Bulls. Coretan ini adalah lebih kepada kenapa aku mewujudkan blog.

Harus aku memuji kepada Joyah kerana telah memberi inspirasi untuk mencoret tentang ini. Apa kes semua duk cerita pasai inspirasi je ni? Sengaja je nak guna perkataan inspirasi takut nanti aku dikatakan memplagiat entry Joyah.😀.

Kenapa aku ada blog? Kenapa semua orang nak ada blog? Aku sendiri pun tak pernah mengatakan diri aku ni blogger sebab aku pun tak tau macam mana definasi blogger tu. Aku cuma mencoret je kat sini, ikut suka hati aku. Rumusan aku senang je, ada blog sebab kita nak berkongsi. Bak kata Joyah (Joyah lagi), sharing is caring.

Terpulang la apa yang kita nak sharing kan ok.

Sejarah aku ada blog ni mulanya pada tahun 2006 kalau tak silap aku. Entah apa tujuan aku buat blog, aku pun tak pasti. Tapi ketika tu hanya 2 nama ni je yang aku kenal mempunyai blog. Tut tut… sama la pulak macam Joyah. Orang itu adalah JM dan Isis.

Ini cerita zaman dahulu kala ketika aku pernah chatting YM dengan JM (wahh boleh buat tagline). JM kata dia suka menulis. Jadi sebab itu dia buat blog. OK. Sampai situ saja. Tiada gossip-gossip berlebihan mahupun skandal terlarang antara aku dan dia.

Kemudian datang pula Isis. Dengan Isis ni aku banyak mengenali tentang blog. Malah pada awalnya dia yang mengenalkan aku pada blogspot (sebelum aku bertukar ke wordpress). Dan dengar khabar angin juga Isis pun dah tukar ke wordpress jugak tetapi kembali menggunakan blogspot kerana banyak nilai sentimental.

Sampaikan nak create nama blog pun aku tak reti hinggakan mintak pendapat Isis (aku rasa dia tak ingat ni, tapi aku ingat). Tapi akhirnya aku dapat jugak nama sendiri setelah jenuh berfikir 3 hari 4 malam. Aku memang failed dalam bab-bab mencipta nama ni.

Maka, aku pun terjebak lah dalam blogomania ni (bloggerisme?). Orang ada blog, aku pun ada blog jugak. Cuma bezanya aku rasa coretan aku banyak sampah je daripada isi. Sampaikan, bila aku cerita pada kawan aku yang bernama Gustiadipati itu, sampai dia cakap kat aku “ko ni macam pompuan pulak ada-ada blog ni”. Hello… alih-alih dia pun buat blog jugak. Hahahaha!

Tapi memang aku perhatikan ramai perempuan daripada lelaki yang ada blog ni. Mungkin aku rasa perempuan ni lebih suka bercerita, bergosip-gosip dan bersharing is caring ni kan. Sebab tu hiasan kat blog perempuan… Mak aiii! Dengan bunga-bungaan, wangi-wangian serta template yang berwarna-warni gitu. Ya aku faham kaum perempuan suka bertata-rias.

Berbalik kepada cerita blog aku tadi, iaitu blogspot yang lama. Di dalam tu banyak yang aku ceritakan termasuk cerita-cerita kontroversi (panas! panas!). Aku tak berniat untuk memalukan sesiapa kerana aku tak pernah pun menyatakan nama sesiapa di dalam itu. Mana yang terasa tu, sendiri mau ingat je lah. OK cukup, aku tak mau ungkit perkara yang dah berlalu🙂

Sekian lama aku tak update blogspot tu, maka aku memutuskan untuk memadam sahaja blog itu dari tatapan umum. Selepas tu aku pun tak mencoret di mana-mana blog lagi walaupun JM serta Isis masih lagi terus menulis. Sampai lah ke tahun 2008. Aku mula mencoret semula di pentas blog ini dengan menggunakan wordpress.

Ini pula adalah atas galakan daripada Aida Kamsuri yang mana beliau sendiri pun mempunyai 2 blog yang bagus. Jadi, bermula dari saat itu, aku mencoret hingga lah ke hari ini.

Tak dapat dipastikan sampai bila blog ini akan bertahan. Mungkin lama, mungkin tidak. Kemaskini blog pun bergantung kepada mood aku saja. Tapi sekurang-kurang ada lah jugak nama-nama setia yang sudi menjengah blog aku ini walaupun isinya masih lagi sama sampah. Ada yang selalu memberi komen, dan ada yang menjadi silent reader. (jadi silent reader tapi bagitau aku kan? silent apekebendenya)

Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di laman ini. Yang riuh ke, yang silent ke, yang surfing guna PC ke atau yang surf guna handphone ke, yang selalu tag aku dan yang aku selalu tag dia. Kamu semua tetap di hati aku😉

Semuanya adalah inspirasi aku

p.s: bila nak karaoke ni? nak nyanyi lagu Peter Cetera


Actions

Information

23 responses

4 03 2009
sarah

silent reader tu sy ke? lalala

4 03 2009
duakupang

Berkemungkinan besar. Lalalala😉

4 03 2009
Anonymous

besok giliran aku lak nk tulis pasai inspirasian ni..
siap nko kupang… hehehehe….

4 03 2009
Anggerik

besok giliran ku pulak tulih pasai inspirasian ni …
siap nko jeno….

4 03 2009
duakupang

Anon dan Anggerik ni orang yang sama ke? Terima Kaseh sudi menjengah.
Nak kenakan? Boleh saja bah!
Nanti boleh aku tengok blog Anggerik pulak

4 03 2009
Isis

Izinkan hamba gelak..
Ko ingat tak address blog ko dulu2 tu? Hohoho..aku jamin ko tak ingat tapi walau aku tak ingat tapi aku tahu blog ko dulu2 nama apa…

4 03 2009
duakupang

Nama pun blog aku mestilah aku ingat. Silverian kan?🙂

4 03 2009
NashaAjis

arini sume citer psl inspirasi..bez! bez!

4 03 2009
Tasha

sama-sama.
sy slalu masuk blog awak.

4 03 2009
duakupang

Terima Kasih NashaAjis & Tasha, saya pun selalu mengikuti perkembangan blog kalian

5 03 2009
joyah

hoooo.. ini dia inspiration…. bagus2… dah ala2 tag lak entry aku nan satu itu kan..kan..kan… ekeekekkeee

5 03 2009
neesa

silverian…….masih aku ingat lagi nama itu……silent reader tu menatang apa ek?? macam sedap jer bunyik nyer……

5 03 2009
duakupang

@ Joyah:Thansk to you too Joyah

@ neesa: silent reader tu adalah sejenis memerang laut

5 03 2009
rinaispinkissugitani

wahahahaahh..sy kt kategori mane??
sy rase sy masuk kt bab silent reader kot..weh pebarang gune phone..skang ni die gi spotcheck kt opis kawan die la…keekkekekek

i bocorkan rahsie…wahahhaah
mampuih den kono sekeh..

5 03 2009
rinaispinkissugitani

weh den punyo blog manodo munge2..lompang nk???

woh, momorang laut..ni den nk kabarkan kek sopang ni….

5 03 2009
duakupang

Rina, blog awak penuh dengan warna pink. Apakata cuba tukar template yang baru sempena tahun 2009 ni.

Memerang laut pun comel jugak apa. Sah tak tengok Animal Planet

5 03 2009
Isis

Ceh..aku ingat ko tak ingat..ekekeke..

5 03 2009
duakupang

Isis, memori daun pisang aku masih lagi utuh

5 03 2009
sarah

ooo memerang laut ehh….
kurang asam keping btol la..

5 03 2009
rinaispinkissugitani

comel mende….lompang jeno ni kang..
sy ni nk masuk blog kengkawan pun xsempt, nk merias blog..
makan tahun la bang….

5 03 2009
duakupang

Sarah, kurang asam keping tambahkan dengan asam jawa

Rina, ni nak kata busy kerja la tu kununnya? Hahahaha

5 03 2009
rinaispinkissugitani

keje la….byk taw..k time tu keje..daaaa

9 03 2009
Aida

Just keep on posting, who cares if no one reads ’em.
Thanks for quoting me though, blogs have been my loyal listener for all this while. Take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: