Makan, Makan Dan Makan Lagi

4 03 2009

makananBila aku belek-belek galeri handphone aku, baru aku perasan selain daripada gambar tiang konkrit yang aku gemar snap, rupa-rupanya ada banyak gambar makanan yang aku simpan.

Gambar yang ada tu bukan lah semuanya di ambil oleh aku, tetapi aku juga sesetengah yang dihantar oleh orang lain melalui MMS. Yang bertujuan untuk mendatangkan rasa cemburu kepada aku kerana aku ni sememangnya boleh dikategorikan suka makan.

Ya. Aku suka makan dan suka mencuba makanan-makanan.

Kepada sesiapa yang aku pernah heret tu, mintak maaf lah kalau nak berdiet. Simpan saja pelan diet kamu dalam almari. Kerana kalau aku makan, yang teman aku pun mesti makan jugak.

Sekali imbas gambar ni, kadang-kadang aku terfikir jugak betapa syukurnya kita dengan nikmat makan. Ada orang yang tak mampu nak makan kerana tak mampu. Tak berduit nak membeli makanan. Kena ikat perut sebab ada mulut lain yang lebih penting untuk disuap yakni anak dan isteri.

Tapi di Malaysia rata-ratanya rakyat “cukup makan”. Itu menteri yang cakap OK. Bermakna tak adalah rakyat Malaysia yang mati akibat dari kebuluran. Kalau ada  pun mungkin kes terpencil je kot. Tak lah setara seperti rakyat Ethiopia yang melarat dan kebuluran.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar makan dalam telefon aku, cuma kebanyakannya telah aku padam kerana kesurutan memori. Apa kes simpan gambar makanan? Baik simpan gambar yang lebih bermutu serta bernilai.

Melihat kepada gambar yang aku paparkan, ada pelbagai makanan. Ada Pau, Kacang Pool, Nasi Ayam Mancongkam, Sup Tulang, Donat, Kek, Ayam Kampung Goreng, Steambot, Sate Padang dan juga Tomyam. Mewah betul makanan orang Malaysia ni dengan nama pun kadang-kadang pelik dibuatnya.

Lepas ni aku nak belek apa lagi gambar-gambar yang ada. Hmmmm….

p.s: teringat aku lagu Makan nyanyian Jalil Hamid. “Makanan pelik-pelik taik minyak, taik itek”


Actions

Information

19 responses

5 03 2009
rinaispinkissugitani

timekasih pade rakan sparring awak yg rajin teman awak makan ea…kekekke

5 03 2009
duakupang

Bagus, bila badan berisi jangan kecoh ok🙂

5 03 2009
rinaispinkissugitani

tp xpe..pagi tadi ade org ckp sy kurus sikit akhirnye..yihaa..jeno, jom mkn chilis..kekekek

5 03 2009
duakupang

Nak yang semalam tu. Murah tak harganya?

5 03 2009
Isis

Kalau sebut lagu Makan, automatik aku tingat Aida..

5 03 2009
duakupang

Isis: sama lah dengan aku.
Taik minyak taik itik,puteri mandi, badak berendam, mata kucing, mangga siam, buah keras buat lauk, pisang emas, pisang tanduk…
Batang burok, cucur kodokkkk

5 03 2009
rinaispinkissugitani

murah je..baru 42.95 sen..kekekekekek

5 03 2009
duakupang

Murah la sangat

5 03 2009
rinaispinkissugitani

wahahaha..semlm makan 6 org kene 345….kikiki

5 03 2009
duakupang

Baik makan seafood kat Seaview. Dah tentu ada diskaun. Hahahaha!

5 03 2009
rinaispinkissugitani

ahahahaha……..nk diskaun je keje..cmne kedai nk kaye..ahahaha

5 03 2009
duakupang

Kenapa bayar kalau boleh dapatkan yang percuma?😉

5 03 2009
rinaispinkissugitani

hoh..mengambil kesempatannn

5 03 2009
duakupang

Mesti lah… apa guna ada kesempatan jika tidak diambil😉

7 03 2009
Tasha

aku pun byk koleksi gmbr makanan. org naik pelik tiap kali aku snap gmbr mknn.

7 03 2009
duakupang

Simpan gambar makanan boleh kenyang agaknya

7 03 2009
al

tempting nyer..
ko ni saje je kan jeno

7 03 2009
duakupang

Turun JB nanti aku nak makan banyak jenis makanan. Bersiap lah korang

7 03 2009
Tasha

jgn lupa ajak aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: