Merenung Kembali Setahun Yang Lalu

3 03 2009

mersingPada tahun lepas lebih kurang bulan Mac, pada ketika ini aku telah mendapat satu berita yang amat menggembirakan. Permohonan aku untuk bertukar telah diluluskan. Setelah 2 tahun aku bekerja di Johor yakni di Mersing, aku akan bertugas di kawasan Lembah Klang.

Maka akan bermula lah episod baru dalam hidup aku. Dari kawasan bandar kerja di kawasan kampung dan kembali semula bekerja dibandar (tapi sekarang dah ke kampung semula). Hidup di Mersing yang kurasakan amat jauh sekali daripada pembangunan tetapi sebenarnya apa yang kita tinggalkan, itulah yang kita akan rindukan.

Mersing, tiada traffic jam. Jarak dari pejabat aku ke bandar hanya 1km sahaja. Dari rumah aku ke bandar pun hanya 1km sahaja. Tempatnya nyaman dan damai kerana terletak di tepi laut. Tapi naluri orang bujang seperti aku ini tidak dapat bertahan lama untuk tinggal di sana. Aku perlukan shopping complex, panggung wayang dan kemudahan yang terdapat di bandar besar. Padahal itu semua yang menghabiskan duit aku.

Bayangkan aku dapat save duit yang banyak ketika aku bekerja di sana. Lagipun apa je yang nak dibelanjakan? Di sana tiada wayang, tiada shopping complex dan tiada awek-awek yang perlu aku belanja. Tambahan pula jarak dari Mersing ke satu-satu tempat agak jauh menyebabkan claim mileage aku memang banyak. Rezeki, Ahamdulillah.

Pindah saja ke Lembah Klang, duit aku memang tidak dapat tertahan lagi untuk dibelanjakan. Keluar macam air paip. Belum lagi cerita aku kerugian hampir 5K kerana ditipu kawan-kawan. Aku anggap saja itu sebagai salah satu pengalaman hidup aku. Mungkin ada hikmah di sebalik itu kan.

Tak perlu rasanya aku ceritakan pengalaman aku bekerja di Lembah Klang. Namun semuanya adalah menyeronokkan. Aku dapat ramai kawan-kawan serta pengalaman kerja yang baik sekali. Tetapi itu semua hanyalah sekejap sahaja. Bak kata lagu Erra, “Yang Terindah Hanya Sementara”. Aku kembali ditukarkan ke kawasan kampung yang kali ini agak pedalaman. Motif???

Tiada motif barangkali. Mungkin rezeki aku akan bertambah sedikit sama seperti yang pernah aku nikmati ketika di Mersing. Sekurang-kurangnya adalah sedikit penawar hati aku kerana ditukarkan tanpa rela. Aku cuma mampu tersenyum sedikit ketika menyiapkan claim mileage aku untuk bulan yang lepas. Rezeki lagi… Alhamdulillah 🙂

p.s: rindu pulak nak makan sarapan Nasi Goreng Kampung dengan Sup Daging di Kampung Air Papan.


Actions

Information

15 responses

3 03 2009
Isis

Jom keje kat kg..Dapat kenal org2 kg..silap2 org2 kg tu ada anak dara lawa2 ko..haa..rezeki..

3 03 2009
duakupang

Kalau kampung pun mungkin aku lebih suka di kampung aku sendiri. Senang susah masih ada lagi mak abah yang boleh tengok-tengok kan kita
Sambil tu kita pun boleh jaga mak abah sekali 🙂

3 03 2009
kechik

betul betul betul..!!

3 03 2009
duakupang

Apa yang betul? Ni mesti pengaruh Upin dan Ipin ni.

4 03 2009
rinaispinkissugitani

weh…duk kampung bagan lalang nk??kikiki..pastu kite jadi nelayan…kekekee

4 03 2009
rinaispinkissugitani

indulah nasik ayam basir ngn sirap bandung spesel kt kota tinggi…huwaaa

4 03 2009
duakupang

Apa kes duk Bagan Lalang jadi nelayan?
Baik kerja kedai makan…. lagi masyukkk 😀

4 03 2009
neesa

pergggghhhhh menurut apa yg aku baca…nampaknya ko masyukkkk….so tak reti2 nak berjariah ke?? kenny rogers aku mana?????????????

4 03 2009
duakupang

Kenny Rogers? Hahaha… ingat lagi ko yek

4 03 2009
rinaispinkissugitani

apsal xboleh..boleh je jadi nelayan..dari layan org, baik sy layan ikan..kikiki

4 03 2009
duakupang

Layan orang la best, boleh tengok gelagat orang.
That’s why saya pernah bekerja di McDonald’s sebagai counter crew.
Macam-macam orang pernah jumpa, even artis pun ada yang pernah saya served
Cuma yang penting kerja malayan orang, tahap kesabaran kena tinggi (macam saya jugak) 😉

5 03 2009
Mohd Mazri Md Yassin

Biaser ar…besar periuk besarlah keraknyer…sedekah kat kekawan tu amalan mulia…

5 03 2009
Mohd Mazri Md Yassin

Biaser arr…besar periuk besarlah keraknyer…sedekah kat kekawan tu amalan mulia…

5k tu tak banyak lagi..sabarajelah..tuhan tu nak kasih rezeki lebih kat hang tu.. Janganlah berkira ngan aweek pulak tak baik tuuu..hang gak yang carik diaorang..hehehe..dapat barang baik..

puakakkkkk bak kata didi sabah..

5 03 2009
rinaispinkissugitani

hi pak jais..ahahahah

sy xboleh la bekerje ngn org wlupun dulu amek tourism mgmt..ahahaha…

5 03 2009
duakupang

Pak Jais, duit is duit. Aku tetap menghargainya walaupun sekupang kerana ia hasil segala macam titisan dari badan aku ni.

Rina, sekarang ni awak bekerja dengan monyet ke? Hahaha

Leave a reply to duakupang Cancel reply