Kembali Menonton

2 03 2009

wd_geng_meluncur

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula. Walaupun panggung dipenuhi oleh budak-budak dan mak bapak budak, aku tetap jugak meneruskan misi untuk menonton filem tersebut.

Ikut perancangan sepatutnya 2 minggu lepas aku telah menonton filem ini, tetapi malangnya ada budak-budak yang aku nak bawak sakit perut terkincit, langsung tak dapat aku nak menonton. Ini lah padahnya bila nak bawak budak-budak pergi menontonšŸ˜€ Tapi kali ini aku pastikan budak-budak yang mengikut aku sihat sejahtera semuanya sebelum meneruskan sesi menonton.

Komen aku tentang filem ini, mantap dan bagus bagi sebuah animasi 3D di Malaysia. Di sini suka aku sebutkan 3D sebab kalau nak cakap tentang filem animasi di Malaysia sebelum ni pun dah pernah banyak ditayangkan di panggung seperti Putih dan Silat Lagenda. Namun itu hanyalah animasi 2D. Tak nampak ketara sangat kelemahan dari segi motion dan lip sync. Mapping dan background cantik sekali. Mungkin sebab Les Copaque menggunakan software Maya.

Kalau mengikut pengalaman aku duduk sebumbung dengan Digilogic, Maya adalah antara software yang bagus untuk animasi selain dari 3D Studio Max. Cuma disini aku tak perlulah membandingkan animasi kita dengan antarabangsa. Faktor kos adalah salah satu penyebabnya di samping tenaga kerja yang ramai.

Dari apa yang aku perhatikan dalam Geng, watak Upin dan Ipin sebenarnya menjadi icon dalam filem tersebut. Aku rasa Les Copaque sememangnya bijak dari segi marketing kerana telah lama memperkenalkan watak Upin dan Ipin sekaligus mempopularkannya di kalangan budak-budak. Jadi sebenarnya faktor Upin dan Ipin lah yang menarik ramai penonton di panggung.

Tapi dari apa yang aku faham, filem Geng ini telah dihasilkan dalam tempoh yang lama (makan tahun jugak). Sebenarnya watak Upin dan Ipin tu hanyalah sampingan sahaja. Namun tak disangka ia semakin famous maka diwujudkan pula spin off dalam bentuk animasi pendek. Maafkan aku sekiranya pemahaman aku silap.

Apa pun aku mengucapkan syabas kepada Les Copaque kerana berjaya memberikan produk yang bermutu dan memberikan kepuasan. Tak puas sebenarnya kerana aku terlepas scene penting permulaan animasi tersebut (budak-budak punya pasal lah ni). Mungkin aku akan menonton semula untuk mendapatkan semula kepuasan yang sepatutnya aku nikmati.

Semuanya terhibur dan enjoy. Malah yang dewasa pun ketawa berdekah-dekah macam kanak-kanak Ribena jugak (termasuk lah aku dan sparring partner). Jadi, aku bagi 5 Bintang dan 10 Bulan untuk filem ini. Semoga akan ada lagi sequel untuk filem ini harap-harapnya.

p.s: Fikir masa depan ya… Hahahaha!


Actions

Information

8 responses

2 03 2009
mama

nk tengok3….nape tk ajak mama…huwaaaaaaaa

2 03 2009
duakupang

La ye ke? Kenapa tak tinggalkan no telefon? Kalau tak boleh bawak anak mama menonton bersamašŸ™‚

2 03 2009
Isis

Belum kesempatan lagi nak nonton. Minggu ni la kot. Pastu 7 pounds lagi..uwaa…

2 03 2009
duakupang

Cepat lah pergi nonton, lambat nanti habis pulak syarat wajib tayang.
Filem Malaysia biasanya kejap je tayang

2 03 2009
Isis

Kalau dah habis, aku tunggu DVD ori..ewahhhh..ekekekekek

2 03 2009
rinaispinkissugitani

huh..budak2 tu mesti comel2kan…kiutnye bwk anak buah…ahhaahaha..lenkali ajak lagi ye..ahaha

2 03 2009
duakupang

Comel… kalau tak pasal terkincit tu, pasti lebih awal saya dapat menonton Geng
Spoil betul!

2 03 2009
rina

bising ar org tue ni…lenkali gi beli sendri, tgk sendiri..xyah ajak geng..ahahahah
memang best..xrugi buang 36 hinggit tgk cite ni..ahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: