Gatal Tangan – Part II

25 02 2009

Di sini aku akan tepekkan gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan aku ke beberapa tempat.

Unik kan Malaysia?

Lokasi: Pulau Tioman

Lokasi: Pulau Tioman

Kenapakah namanya Kampung Air Batang? Kalau Mat Salleh datang ke situ mungkin tak merasakan apa-apa. Tapi bagi Melayu yang berfikiran kuning akan memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang kampung tersebut.

Walaubagaimanapun, Air Batang Chalet (ABC) adalah salah satu tempat yang terkenal di Pulau Tioman. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak menginap di sana pula.

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Jom pergi Menggatal?

Aku rasa ayat ini yang banyak kali dituturkan oleh penduduk KK dengan selambanya. Malangnya ketika aku di sana, aku tak berkesempatan untuk pergi Menggatal (aku menggatal di tempat lain). Apa yang menarik di sana aku pun tak pasti, namun menurut temanku di sana, Menggatal sama seperti bandar-bandar yang lain juga.

Aku rasa penduduknya tidak lah semuanya asyik nak menggatal kan? Mungkin lain kali aku akan singgah di situ

Lokasi: Kundasang, Sabah

Lokasi: Kundasang, Sabah

Aku memang orang yang tak kenal jenis-jenis ikan. Kalau kahwin nanti, buatnya bini aku suruh beli ikan memang aku surrender. Aku kenal ikan kembung je. Tapi kat Sabah ada Ikan Bom.

Apa tu ikan bom? Ada sesiapa boleh jelaskan tak? Aku sedia maklum lah bahawa Sabah memang terkenal dengan hasil laut, tetapi ini kali pertama aku dengar nama ikan bom.

Kalau bom ikan tu aku tau lah. Sebab di kampung aku dulu ramai yang terjebak dengan sindiket bom ikan ni (termasuk abah aku ketika zaman mudanya). Bom ikan dibuat dengan menggunakan batang paip besi. Memang kalau meletup dalam sungai, ikan-ikan akan mati & terapung dengan banyaknya. Dikatakan bom ikan ni bila meletup di dalam air akan menyebabkan pelampung ikan tu pecah akibat dari gelombang yang dihasilkan.

Kesian jugak bila tengok ikan tu dibom sedemikian rupa, tetapi itu salah satu cara untuk mendapat ikan dengan cara yang segera. Namun cara ini menyalahi undang-undang kerana anak-anak ikan pun akan turut terkena tempiasnya. Anak ikan macam aku je yang selamat.

Kat mana ada jual ikan bom ni ya? Kalau ada aku teringin jugak nak tengok


Actions

Information

8 responses

25 02 2009
Joy

anak ikan i tau.. banyak jenis ok.. ekekeekkekee

25 02 2009
bacteria

hoh lah joy..

ko penah dengar ikan paus masak goreng tepong x jeno? wakekeke..

25 02 2009
duakupang

Aku tau ikan berudu masak kicap je

25 02 2009
Isis

ikan berudu makan dengan telur..hahahahaha…cicah mayonaise..

25 02 2009
kechik

babe.. kat perak ada kampung lubang gelap.. *grin* and batak rabit.. *LOL*

dan ko jgn puraq2 act innocent..

25 02 2009
duakupang

kechik, batak rabit tu aku pernah dengar lah, tapi kampung lubang gelap???

Hahahahahaha!!!! Kat mana tu???? Aku kena google ni… Hahahahaha!!!!

25 02 2009
duakupang

Eh Isis, berudu dengan telur ni lain macam je…. Hahahaha!!!
Mayonis warna putih ya… Hahahaha!!!

26 02 2009
rinaispinkissugitani

oo anak ikan ye…anta repot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: