Kerja Kerja Kerja

24 02 2009

Hari ini aku bekerja seperti biasa. Cadangan awalnya aku mahu ke Puchong untuk menyaksikan Pertandingan Kemahiran kategori Automotif yang anak buah aku sertai, tetapi malangnya setelah aku berkira-kira, aku membatalkan hasrat nak ke Puchong memandangkan keadaan ekonomi aku yang agak melecet sedikit

Jadi aku berdoa saja lah dari sini semoga anak buah aku berjaya dalam pertandingan tersebut. Awal pagi hanya aku seorang saja di pejabat. Kerani belum masuk lagi kerana ada urusan di pekan Sungai Besar. Bila sebut bab keluar pejabat ni aku pun tak berapa suka sebenarnya. Sebab aku sendiri jenis yang suka duduk di pejabat, keluar hanya jika ada urusan sahaja.

Namun di sini aku terpaksa memberikan sedikit ruang kepada staf. Aku kan seorang yang memahami. Bayangkan kalau mereka nak keluar ke pekan atas urusan bank, pejabat pos dan lain-lain. Terpaksa mengharungi 30 minit perjalanan untuk sampai ke pekan. Itu belum lagi dikira masa berurusan di tempat yang berkaitan.

Bayangkan bila keluar kadang kala mengambil masa sampai lebih 2 jam belum lagi pulang ke pejabat. Masa atas jalan je dah habis 1 jam. Tu sebab aku tak boleh nak marah kepada kerani aku. Bila tiba tang sini, aku terpaksa lah bertoleransi. Cuma dalam hati aku supaya mereka jangan ambil kesempatan je lah.

Berseorangan di pejabat, aku buat kerja sambil melusuri Internet. Tapi bila dah ada je kaki ajak conference tu, kena la jugak aku layan. Memang kalau layan, tak ingat dunia. Macam-macam benda keluar. Tapi apa-apa pun itu lah hiburan daripada kawan-kawan pada aku di waktu pejabat. Boleh ketawa sorang-sorang dibuatnya.

Agaknya kerani aku dah lali asyik dengar aku ketawa sorang-sorang dalam bilik. Nak buat macam mana kan?

Eh? Dah petang? Sambung kerja balik


Actions

Information

4 responses

24 02 2009
Isis

Hehehe…

24 02 2009
duakupang

Kalau sembang lucah bagi kat Tepung. Juara!

24 02 2009
rinaispinkissugitani

fuyoo..arini jeno amazing ke ape?byk gile entri..awak gumbire len macam erk?kikiki

26 02 2009
dona

jumpa member, ada urusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: