Coretan Dari Bendang

19 01 2009

image094Ini adalah coretan pertama aku setelah aku berpindah dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam. Sabak Bernam nama yang cukup sinonim dengan sawah padi ataupun bendang mengikut loghat utara. Sepanjang perjalanan aku dari Damansara menuju ke Sabak Bernam, aku melintasi kawasan-kawasan yang agak dikatakan masih lagi mempunyai suasana kampung.

Ditemani dengan rimbunan pokok-pokok kelapa sawit dan hutan belukar, mengingatkan aku kembali ketika waktu mula-mula aku berpindah ke Mersing. Satu lagi tempat jatuh yang dikenang. Mersing pula sinonim dengan gateway ke Pulau Tioman walaupun Mersing adalah terletak di negeri Johor dan Tioman terletak di negeri Pahang.

Pejabat baru aku terletak di Desa Merbau Berdarah. Wow, nama yang agak menakutkan. Entah apa yang berdarah aku pun tak pasti lah. Dalam perjalanan ke situ, aku melintasi Kuala Selangor dan salah satu kampung di situ bernama Bagan Tengkorak. Terkejut sekali lagi aku dengan namanya.

Dari jalan utama, pejabat aku terletak jauh di dalam kawasan kampung yang diliputi oleh sawah padi yang terbentang luas. Aku terasa seperti berada di Kedah pula untuk seketika. Jaraknya adalah 20km dari jalan besar. Pekan yang terhampir pula adalah Sungai Besar iaitu 20km juga daripada pejabat aku. Alamatnya kalau aku ada urusan di bank, pejabat pos atau ingin membeli barang keperluan, aku perlu meredah ke Pekan Sungai Besar dalam masa 30 minit perjalanan.

Pekan Sungai Besar memang lah besar jugak sesuai dengan namanya, siap ada stadium lagi. Namun fast food yang ada hanya lah KFC sahaja. Sama je seperti Mersing. Lain-lain yang aku nampak adalah Guardian dan pasaraya Billion. Memang kemudahan cukup lah sekiranya tinggal berhampiran di sini. Aku pun sudah berkira-kira untuk menyewa di sini. Maklumlah di pejabat aku tiada liputan Maxis.

Namun apa yang menyeronokkan aku di sini ialah harga makanannya amat murah. Aku makan Nasi Sizzling dengan Air Barli hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 4.70 sahaja. Kalau di Kuala Lumpur makanan sizzling je dah berapa kena cekik. Itu je lah yang aku bersyukur di sini. Hikmah yang aku mungkin tidak perolehi ketika di Kuala Lumpur.

Masih banyak lagi masa dan kehidupan yang aku perlu teruskan di sini. Diharapkan semoga aku dapat menyesuaikan diri dengan baik sekali. Amin


Actions

Information

22 responses

20 01 2009
kek_lapis

wah..bestnye suasana mcm tu..

20 01 2009
duakupang

Best sekiranya anda asalnya orang kampung. Kalau orang bandar boleh culture shock dibuatnya

20 01 2009
MoOn

sure la u leh sesuai kan diri..mse kat mersing dlu pun u leh survive ape..tpkan cam besh jek kan..ada sawah padi bagai..i ni jakun x penah tgk sawah padi…Damainya…

20 01 2009
rina

no good ckp org bandar cmtu..
sesetengah org bandar lg suke suasane cmni..aman je….

20 01 2009
duakupang

@ Moon – tak pernah ke? Datang lah sini, saya bawak awak masuk parit yang ada lintah.

@ rina – bukan bermaksud demikian. Cuma mungkin lifestyle di sini yang akan memberikan culture shock.

20 01 2009
Guess??

i suke la ade sawah padi camni…
best….
nanti bleh la u bawak we all g tmpt ni..
nk g kedah jauh sgt so g sabak bernam pun okla..
hahahaha…

20 01 2009
duakupang

@ Guess?? – kat kampung saya di Kuala Kangsar pun ada sawah padi juga

20 01 2009
NashaAjis

nama2 tempat2 kt situ mistik tol!
ko keje kt situ bg tempoh bape lame lak?

20 01 2009
Guess??

hmmmm…bestnye….
so u nk bawak i g sabak bernam ke bawak i balik kampung u ni???
hahahaha…

20 01 2009
Aida

Good luck on your new endeavour.

Jangan stres-stres selalu.

20 01 2009
duakupang

Terima Kasih.
Mula-mula je rasa kekok, sekarang saya rasa saya akan menyukai tempat ni pula.

20 01 2009
Guess??

nk g sawah padi..
nk g sawah padi..

20 01 2009
Isis

Semoga dapat menyesuaikan diri..

20 01 2009
duakupang

Terima Kasih Isis & Guess??
InsyaAllah aku akan menyesuaikan diri dengan cepat di sini.
Nanti aku cuba belajar ngomong Jowo. Ramai “Wak” lah di sini

26 01 2009
kechik

hee. sabak bernam. baik pindah lumut je trus… hee..

28 01 2009
j M

kot aku OTW nak balik kampung kt Bagan Datuk nnt leh la aku singgah kt Sabak Bernam .. deting dulu dgn ko yek zeno..ekekeke

3 02 2009
al

seperti karangan exam UPSR sebab hanya beberapa patah perkataan sahaja.
penulisan amat baik dah diterjemahkan dengan begitu inzal skali.. hahaha

3 02 2009
mama

huuu..nemo…ni tempat tumpah darah ku…huk3.
banyak beno memori nye…
kalo bisa waktu diputarkan kembali….
mau je rase nk kembali ke zaman kekanak..riang ria di bendang…tk pedulik psl kerja, duit..cinta..dunia…
ahhh..
sumenye indahh…tapi itu dulu…
Huwaaaaa….

13 02 2009
rina

weh..update la pesawah…teruk tul awak bekerje skang..whaahah

17 02 2009
rina

bendang da bertukar,
tapi nape entri ni xtukar2?ahhahahha

20 02 2009
MoOn

beb.. mana poii nie..awaat dah lme x hapdet blog??

21 02 2009
zamie

tgh berkeja keras bendang padi la tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: