Anugerah Juara Lagu Ke-23

19 01 2009

image0951Pertama sekali aku ingin berterima kasih kepada Zafiq kerana memberikan aku tiket VIP percuma untuk aku menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-23 ini. Semoga kamu lebih mendapat job photoshoot gua.com.my dengan lebih lebat lagi pada masa mendatang.

Pertama sekali dalam hidup aku menyaksikan program hiburan yang ditayangkan secara live. Pagi Ahad aku dikejutkan dengan panggilan Zafiq (sebenarnya isterinya iaitu Syarah) yang memaklumkan kepada aku bahawa mereka mendapat 5 tiket VIP dan ingin mengajak aku menyertai mereka.

Peluang untuk aku bertemu dengan rakan-rakan baru yakni kawan-kawan Syarah. Kepada Nana, King (nama sedap-sedap Raja dipanggil King kan?, nasib baik bukan King Kong) dan juga Ellinda yang baru aku tau rupa-rupanya sekampung dengan nenek aku. Kelakar kan? Kecil sekali dunia ini. Semua mereka amat meriah dan banyak mulut.

Masuk ke Stadium Putra pada pukul 7 malam, duduk di dalam sambil menunggu bermulanya persembahan. Penantian itu sememangnya satu penyiksaan. Mujur lah ramai umat di dalam tu yang dressing ala-ala artis. Maka mataku tidak lah terasa bosan. Itu belum lagi dicampur dengan selebriti / personaliti yang terserempak di dalam stadium.

Aku tak mahu mengulas berkenaan persembahan artis-artis pada malam semalam kerana pada aku semuanya amat hebat belaka. Pada hemat aku kali ini ramai artis yang masih baru dan muda telah mengorak langkah ke final. Pada aku ini juga satu pencapaian yang baik sekali.

Tak lupa juga kepada artis berkumpulan iaitu Sofaz, Estranged, Spider dan juga Meet Uncle Hussain. Dah lama aku tak lihat artis berkumpulan masuk ke final dalam jumlah yang boleh dibanggakan. Mengingatkan aku ketika zaman-zaman Rock Kapak dan Battle Of The Band. Ketika itu ramai sekali artis berkumpulan yang masuk ke final Juara Lagu seperti Mega, Ekamatra, Wings, Search, Iklim dan juga Kris. Terlalu banyak untuk aku senaraikan di sini.

Kebetulan pula yang menang adalah Meet Uncle Hussain. Lagu yang boleh dibanggakan (Laguku Untukmu sedang berkumandang di laptop aku). Persembahan Faizal Tahir pada aku pun bagus juga, cuma aku rasa macam poyo je (maaf peminat FT) sebab ramai yang bersorak untuk Faizal Tahir. Nak kata bagus sangat tu pada aku taklah, persembahan Aizat pada aku lebih baik walaupun simple sahaja. Mungkin kerana Aizat tidak sekacak Faizal Tahir maka rating persembahannya menurun kot.

Apa apa pun aku berpuas hati dengan Anugerah Juara Lagu kali ini. Mantap sekali untuk semua persembahan.


Actions

Information

4 responses

20 01 2009
rina

pls la ft tu kacak..geli pankreas gwe….jijik seh..
tu la, bangge gak ngn aizat, die cipte lagu sendiri…
teror ar tu..

20 01 2009
duakupang

@ rina – betul tu. Aizat memang berbakat. Lagunya pun boleh tahan sedap

20 01 2009
NashaAjis

i hate pejal tahir…tang mane ensem nye pon aku xtaw…geli weh ;p

26 01 2009
syarah(rwife zafiq)

hehehehee…

walaupun bgtau en zainur last minnit.. tak sangka en zainur nak ikut.. ingtakan tak mo..

dan sangatlah tak disangka rupanya sekampung dengan elinda..

walaupun kami banyak mulut, kami baik sebenarnye.,hehehhee(angkat bakul)..

memang best la AJL malam tu..

tahniah kepada pemeneang,,tapi yang kalah pun pemenang gak sebab suara korang sedao-sedap belaka.. dasyat la,!!..

hehehhee/

p/S; thanks en zainur blanja kami makan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: