Aku dapat merasakan bahawa sejak kebelakangan ini, diri aku sering dilanda fobia. Rentetan dari siri kemalangan yang aku alami tak berapa lama dulu menyebabkan kini aku menjadi fobia pada beberapa perkara.
Anehnya dulu aku tak pernah pun ada perasaan sedemikian. Cuma baru-baru ni saja. Bermula daripada kereta aku dilanggar, dicalar dan kemudian aku pula melanggar kereta orang. Aku sendiri pun tak pasti samada aku mempunyai fobia ataupun aku cuma mengambil sikap berhati-hati secara berlebihan.
Boleh dikatakan setiap kali aku memandu, bila ada motosikal lalu di sebelah, aku akan menjadi cuak dan risau. Risau dilanggar buat kali kedua. Kemudian setiap kali sebelum aku masuk ke dalam kereta, aku akan periksa keliling kereta kerana bimbang mungkin dicalarkan lagi oleh manusia yang gatal tangan. Manakala setiap pagi aku sanggup mengambil laluan keluar parking kereta yang lain kerana tidak lagi mahu melanggar kereta orang lain. Hinggakan pagi tadi aku cuba untuk lalu semula di jalan yang lama, tapi rasa debaran masih lagi ada.
Paling hampeh sekali adalah fobia terhadap Smart Tag aku yang gagal berfungsi. Semenjak daripada itu aku terus tidak menggunakan lagi Smart Tag. Namun baru baru ini aku mencuba lagi untuk menggunakan Smart Tag dan akhirnya ia berfungsi seperti biasa. Kini aku mendapat keyakinan baru untuk menggunakan semula Smart Tag aku.
Sekarang aku masih lagi sedang berusaha untuk memulihkan semula keyakinan aku terhadap ketakutan lain yang melanda diri aku.
p.s: Ah! aku tak suka perasaan begini atau bawak kereta tak baca Bismillah barangkali. đŸ˜€
ahahahahhaah…bengong…
gelak guling2 lu…
fobia rupenye..
naik kete ngn pempuan fobia x?larikkkk
sindrom ni dinamakan sindrom ape ntah..kene kwen cepat2 la jeno..hihihi
Naik kereta dengan perempuan, barangkali perempuan yang bakal fobia nanti
ape kehe nye ko fobia cenggitu..tgk aku bape kali aku dilanggar dan bape kali gak aku melanggar, aku x pobia pon! smart tag aku pon pernah x berfungsi..tp aku x pobia, aku hangen jer……kekekekee ;p
macam tu la i masa kena ngan mamak buduh tu.. now.. bila i bawak kereta.. kena TAKDE PERASAAN punya method.. apa org buat.. buat bodo je.. huhuhu
Sayang la kereta baru. Hahaha
Kita tunggu dapat bini baru nanti, ada sayang macam kereta tak? Ahahaha!
patut la aku observe ko drive mcm sesuatu