Tentang Nasha Ajis

14 12 2008
credit to gadisphoto.com

Sekadar gambar hiasan: credit to gadisphoto.com

Kali ini aku mahu menulis serba sedikit berkenaan insan bernama Nasha Ajis. Ini tidak berkaitan dengan model Nasha Aziz mahupun sanak saudara beliau. Jadi sebarang kenyataan berkaitan samada hidup ataupun mati adalah tidak disengajakan.

Aku mengenali Nasha Ajis ketika tahun 2006, semasa itu aku masih lagi aktif berforum. Nak dijadikan cerita, aku pernah memberi amaran kepada beliau, kerana beliau telah Off Topic pada thread siri drama yang popular satu ketika dulu. Langsung selepas itu, beliau terus berkecil hati dengan aku. Padahal ketika itu aku cuma lah menyatakan perkara yang betul kan. Mungkin ketika itu beliau sedang PMS agaknya jadi emosi beliau sedikit terganggu dengan amaran aku ketika itu. OK lah, cerita lama kan

Berlanjutan pula ketika aku berkaraoke di Red Box Pavilion. Kebetulan Nasha Ajis bekerja pula di situ. Jadi aku segera mengambil peluang untuk mendapatkan kemudahan tiket parking secara percuma, kerana aku difahamkan Nasha Ajis merupakan salah seorang anak emas kesayangan COO Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd. Kira guna kabel lah ni bak kata istilah orang sekarang kan.

Klimaks kepada perkenalan aku dengan Nasha Ajis adalah pertemuan julung kali aku dengan beliau di Pavilion. Walaupun ketika itu beliau tidak lagi bekerja di situ. Jadi peluang yang sama juga aku gunakan iaitu untuk mendapatkan tiket parking percuma. Namun malangnya, tiket aku hanya suku percuma kerana beliau sudah bukan lagi menjadi anak emas COO KLP Sdn Bhd. Terima Kasih jugak lah.

Nasha Ajis jugak seorang yang kaki wayang. Beliau juga mudah mengekspresikan gelak tawa beliau di dalam panggung tanpa segan silu. Hingga kan mat salleh pun terpaksa akur dengan gelak tawa riang Nasha Ajis. Selain daripada itu, beliau juga merupakan insan yang amat pemurah dan baik hati kerana pernah menghadiahkan aku sejumlah wang sebanyak RM1000 sempena angan-angan Mat Jenin beliau.

Jadi secara peribadi aku mengatakan Nasha Ajis ini adalah seorang yang amat selamba, baik hati dan cool. Aku pernah menyatakan bahawa rupa beliau sedikit ada iras seperti Julia Hana. Jenaka beliau adalah antara yang terbaik pada hemat aku. Jadi Nasha Ajis, teruskan menggembirakan hati kawan-kawan kamu ok. Oh tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Pengantin yang tak baru lagi, kepada beliau. Aku mohon maaf kerana tidak berpeluang untuk menghadiri kenduri beliau. Sayang ya, orang kahwin hanya sekali je kan.🙂


Actions

Information

11 responses

15 12 2008
Anonymous

adeh..xtahansy menahan gelak..gilos gak awak ni wt karangan….

15 12 2008
NashaAjis

haha..ko hengat lagi ye memori di manjalara..
aku nyaris segan silu nak jumpe ko,
maklom laa aku telah derhaka terhadap senior amnet ..
mane laa tau kan kene daulat ke nanti..
kekekekekekke ;p

neway, aku nak cakap best laa berjimba2 dgn ko n yg lelain..
ko pon kelakar gak walaupon rupa paras ko macam sedikit serius..
hmmm..

Jenaka beliau adalah antara yang terbaik pada hemat aku.<–aku suka part nih..ibarat sokongan moral utk aku masok raja lawak nih..

kekekekekekeeke;p

15 12 2008
duakupang

Eh… Sapa ni? Cik Nasha Aziz ke? Tolong jangan saman saya ya😀

15 12 2008
rina

lupe la td. ilang lak link sy..hihih

skali jeno buat karangan…

15 12 2008
NashaAjis

yer..i laa nasha ajis …
i br je kol lawyer nk saman u nih,
x byk dlm 7juta jer…

15 12 2008
duakupang

OK lah kalau 7 juta. Sebab aku tau taste Nasha Ajis terhadap matawang rupiah memang lah amat tinggi

15 12 2008
kek_lapis

kemsalam kt nasha ajis.

16 12 2008
MaszLaVista

nasha tak terima kiriman salam
nasha terima kiriman duit jer

16 12 2008
duakupang

Sungguh matawang betul lah Cik Nasha ni

18 12 2008
MaszLaVista

money is not everything
but everything is money..

i luv money!
wahahahahahaa ;p

1 09 2009
Carian Paling Top ~ Nasha Aziz « Coretan Dua Kupang

[…] Entri asal yang aku coretkan di sini ialah berkenaan seorang forumer yang menggunakan nick Nasha Ajis. Disamping itu meletakkan gambar aktres Nasha Aziz memakai pakaian see thru (wow!) sebagai penghias coretan tersebut. Aku cuma difahamkan beliau adalah peminat Nasha Aziz. Tetapi baru-baru ni aku mendengar khabar-khabar angin bahawa beliau telah beralih selera kepada Fasha Sandha pula. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: