Bila Aku Menulis Tentang Aku

14 12 2008

Aku amat jarang sekali mencoret perihal diri aku di dalam laman blog. Namun begitu, aku rasa sampai satu ketikanya nanti aku perlu mencoret serba sedikit hanya sekadar untuk berkongsi berkenaan siapakah diri aku. Kebanyakan yang membaca blog aku ini pun adalah kenalan dan rakan taulan aku. Boleh dikatakan semuanya pernah berjumpa dan bercakap dengan aku. Walaubagaimanapun mungkin mereka tidaklah mengenali aku secara peribadi, kecuali pada mereka yang aku pernah tidur di rumahnya. Maksudnya bekas rakan serumah lah.

Pertamanya, aku adalah seorang Virgo yang lahir tidak cukup bulan. Aku lahir pada bulan kelapan kehamilan. Cuma aku bersyukur kerana dilahirkan secara normal walaupun pada awalnya aku diletakkan di dalam inkubator selama sebulan. Pada tahun hadapan usia aku akan berganjak ke angka 30. Tiada lagi istilah 20 an lagi pada tahun hadapan. Bermakna, cabaran hidup aku akan bertambah lagi pada tahun hadapan dan aku kena sentiasa bersedia dengan itu.

Ini adalah gambar yang aku paling suka ketika aku masih lagi kecil dan comel. Aku suka semua gambar aku, sebab itu aku suka bergambar.

baby

Aku mempunyai banyak kegemaran. Ada di antaranya yang aku lakukan di waktu terluang. Aku suka menonton rancangan dokumentari. The History Channel adalah channel kegemaran aku. Aku tak pasti kenapa, tetapi aku memang dari dulu meminati subjek Sejarah. Tapi sayangnya, keputusan Sejarah SPM aku amatlah mengecewakan sama sekali. Ah, biarlah perkara sudah berlalu.

Kegemaran yang lain pula adalah menonton filem. Tak kira lah samada di panggung atau pun di rumah. Antara filem kegemaran aku ialah Bukit Kepong dan Saving Private Ryan. Ini mungkin kerana minat aku yang mendalam terhadap Sejarah maka aku lebih meminati filem perang berbanding filem cinta. Namun begitu tidak lah maknanya aku ini tidak mempuyai perasaan halus dan tulus. Aku pun manusia biasa juga dilahirkan mempunyai hati dan perasaan.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan minat aku terhadap muzik dan lagu. Lagu kegemaran aku terlampau banyak untuk aku senaraikan di sini. Cuma baru baru ini aku lebih suka mendengar lagu Minang. Aku juga berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar dan rekorder. Mungkin kerana darah seni keluarga aku yang mengalir di dalam tubuh aku menyebabkan aku mudah mempelajari instrumen muzik. Abah aku dahulu adalah seorang saksofonis di dalam kugiran keluarga (adik-beradik) beliau. Nama kugiran itu kalau tak silap aku ialah Rayuan Gunung (klasik betul). Nama ini mungkin bersempena kampung beliau yang terletak berhampiran Gunung Pondok. Cuma pada awal penglibatan beliau hanya lah seorang pemain accordian. Entah macam mana boleh sesat main saksofon aku pun tak tau.

Aku tidak mempunyai perkara pelik dalam diri aku kerana aku bukanlah pelik orangnya. Aku hanya manusia normal sama seperti orang lain. Cuma yang aku boleh kongsikan di sini ialah aku pernah cheating death sebanyak 3 kali. (rasanya dah pernah cerita ni). Mungkin pelik lah agaknya kot. Mungkin juga aku mempunyai kuasa seperti Claire Bennet dari siri Heroes. LOL

Jadi sebagai manusia yang mempunyai kuasa hikmat, aku juga ada mempunyai beberapa harta kesayangan antaranya ialah kereta, komputer bimbit, telefon bimbit, Playstation 2 dan juga jam tangan aku. Sebab kesemua barangan itu aku beli menggunakan duit dan titik peluh sendiri.  Tak perlu lah aku nak menayangkan harta-harta aku ni kerana mungkin dibimbangi aku akan dirompak kemudian hari. Dengan kuasa yang aku ada, aku tidak mampu melawan penjenayah yang ingin merompak aku. Kecuali lah sekiranya aku ini adalah Wolverine yang mempunyai kuku besi dan tulang adamantium.

Jadi aku rasa sudah cukup lah aku mencoret mengenai diri aku buat kali ini. Sekiranya ada lagi pertanyaan ataupun kemusykilan, boleh lah tinggalkan soalan anda di ruangan komen ya.


Actions

Information

14 responses

15 12 2008
rina

apo la..sy xbace buku sejarah,tp sejarah kredit tu…hihihih
hebat la jugak untuk org yg lgsg xbace buku cm sy ni.,.hihih

apsal kecik2 bulat?da besa tulang?

15 12 2008
NashaAjis

pergh..macam karangan autobiografi seorang zeno..kini aku lebih mengenali sape ko walaupon ko x pernah tdo umah aku..kekekekkeke ;p

weh, x sangka hek ko pandai main gitar n rekoder..aku main rekoder time zaman sekolah jer..main gitar aku terer bawak lagu pearl jam-last kiss tu je..
kagom tol aku ngan bapak ko, siap ade kugiran nih..wej, jom laa kita wat band nak?ahahahaha..leh masok rentak juara tahun depan..

citer laa psl cheating death tu..aku cam nak bz bodi jer nih..

15 12 2008
duakupang

Sejarah aku credit jugak, tapi C6 lah. Sebab dalam kelas cikgu tu mengajar amat membosankan dan tak paham.
Kecik-kecik mestilah bulat sebab minum susu ibu. Dah besar tak minum susu lagi. Tunggu kahwin nanti baru bulat semula agaknya. Ahahaha!

15 12 2008
duakupang

Cerita cheating death aku dah ceritakan di tagged sebelum ni.
Kat sini https://duakupang.wordpress.com/2008/09/15/tagged-apa-kes/

15 12 2008
NashaAjis

jap..aku nk bace nih..

15 12 2008
rina

sy dgn banggenye ckp b4… time kelas siap kene halo lagi…

15 12 2008
duakupang

Ni mesti waktu exam bawak toyol ni. Aku musykil…

15 12 2008
NashaAjis

aku pon musykil

15 12 2008
baba

accordian?! sexaphone?
dua2 aku pernah cuba tp fail..

memang ayah hang terror bro.

Rayuan Gunung – rasa nak berlinang airmata membacanya..
tersangatlah klasiknye.. but i love it.. ekeke

Denoso, jom jamming.. setakat bass guitar, masih igt lagi cord dan bunga dia lagi..

-baba

15 12 2008
kechik

ngehngehngeh…

15 12 2008
al

owh, aku baru tau.. sangat menarik!

15 12 2008
duakupang

Bila aku tengok cerita Masam Masam Manis… teringat je kat abah aku. Seorang cikgu sekolah yang part time nya main saxophone. Hahahaha!
Cuma bezanya abah aku tak pernah tidur dalam kelas kot. Kalau tak mau hari-hari murid main bola, cikgu hari hari tidur kot. Ahahaha!

@ al – thanks
@ kechik – apa yang kau gelak tu? Hehe!

16 12 2008
rina

bergune gak tag si jeno ni..kikikkii

weh korg, pe brg bwk toyol gi pekse..mak lampir la bwk..kikiki

18 12 2008
Mohd MaZri Md Yassin (Matjerry)

sekilas pandang macam anak india sebelah umah akak aku.. siap dengan pakai rantai pulak tu…macam baby pompuan..tapi kalau betul engko di takdir kan bercakap tamil..mungkin kiter tak pernah jadik kawan kut…tapi kalau engko ditakdirkan jadik pompuan ..lamer dah aku ngorat engko…hweheheh comel siot..ngape dah besor kering ajer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: