
Gambar kredit kepada Rina
Terima Kasih kepada Rina dan Ija (keledek?) kerana menemani aku makan sate di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ini bukan lah pengalaman pertama aku makan sate Kajang. Walaupun aku sendiri tak pernah makan sate Kajang di Kajang.
Bukan tujuan aku nak menghentam, tapi aku rasa aku punya hak sebagai pengguna untuk memberi komen tentang hidangan sate yang aku makan semalam. Sebab aku bayar ok. Bukan aku makan free. Dalam masa yang sama juga takda pulak ditulis dalam menu tu “Sate Ayam Sejuk” atau “Sate Perut Kurang Panas”.
Sepanjang pengalaman aku makan Sate Kajang Haji Samuri ni, (pernah makan di beberapa tempat yang berbeza) semuanya pada aku hanyalah overrated sahaja. Aku sendiri pun tak faham macam mana begitu ramai sekali orang yang datang di kedai tu. Adakah sebab jenamanya? Atau memang selera orang KL macam tu ke? Entah lah. Pada aku sate di kampung aku lagi sedap dan garing, walaupun isinya tidaklah sebesar sate Kajang. Tapi kepuasan makan sate itu tetap ada.
Pernah beberapa kali jugak sate yang aku makan tidak masak sepenuhnya, berbau macam ayam busuk dan semalam sate yang dihidangkan sejuk. Kalau suam-suam tu aku boleh terima lagi. Ini entah macam bila punya sate aku pun tak pasti.
Bukan lah aku nak boikot Sate Haji Samuri kerana mungkin tak semua outlet nya satenya sama sahaja. Aku pernah makan di Seremban, rasanya ok juga. Aku rasa kerana tukang masak nak masak cepat atas permintaan pelanggan yang ramai. Jadi sebab itu lah ada sate yang tak masak.
Namun, syukur jugak lah kerana sate semalam dihabiskan oleh Rina dan Ija. Aku sendiri pun gagahkan jugak makan 12 cucuk. Kuahnya memang sedap!
p.s: Sate ~ checked, ada lagi yang aku mengidam ni. Nanti aku senaraikan
hek hek hek.. pengalaman i makan di sana adalah air laici yg basi.. ekekekek.. mujur perut aku kebal okey.. ekekke
siot je..hahahahah
klu kenyang, sy xmkn sate tu smpai abih semlm..
Joy & Rina dua-dua perut kebal
Aku berdoa semoga aku tak sakit perut karang.
kebal la gak…hahahahha
mkn satay x ajak pun..huhu
Aku dah ajak le. Tapi belon pancit di tengah jalan