Walimatul Urus

24 11 2008

Ini cerita ketika aku telah dijodohkan oleh mak aku. Mungkin peristiwa ni  dah lama berlaku, tapi ia masih lagi segar dalam ingatan aku. Kisah ini dimana aku bakal dinikahkan dengan seorang gadis pilihan mak aku. Setiap malam selepas peristiwa itu aku selalu terbayang-bayang.

Ketika itu, aku masih lagi sibuk bekerja. Banyak urusan dan tuntutan hidup yang perlu aku selesaikan. Namun dalam kesibukan tugas itu, tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada mak aku untuk mengingatkan bahawa aku akan bernikah pada petang hari.

“Kamu jangan lupa petang ni majlis akad nikah kamu”

“Ha? Ye ke? Alamak macam mana boleh lupa ni”

Jantung aku berdegup kencang mengingatkan majlis yang akan berlangsung petang nanti. Betulkah ini keputusan aku? Bagaimana kehidupan aku setelah berkahwin nanti? Sesuaikah gadis pilihan mak aku ni?

Semua pertanyaan itu bermain di kepala aku

“Kalau tak jadi macam mana mak?”

“Ishh.. jangan, kan ke petang ni dah nak nikah”

Walaubagaimanapun, aku tetap memikirkan bahawa pilihan mak aku adalah yang terbaik. Masakan mak aku sanggup memperjudikan kebahagiaan aku pulak. Hati aku berasa lega selepas itu. Dalam hati aku, kalau mak aku pilih, mesti lah orangnya cantik dan manis barangkali. Walaupun sebenarnya aku tak kisah pun tentang paras dan rupa.

Tiba saat yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan aku dengan gadis pilihan mak aku bakal berlangsung. Tiba-tiba…

Tenenenenet! Tenenenenenet! Tenenenenet!

Ah… kacau betul alarm handphone aku ni. Tak sempat aku nak tengok muka bakal isteri aku. Aku dah terjaga dari mimpi. Hampeh!

Pertama kali dalam sejarah, aku tidur bermimpi aku bakal berkahwin. Pheww!


Actions

Information

15 responses

24 11 2008
kek_lapis

tau x makna mimpi tu?hehehe…

24 11 2008
duakupang

@ kek lapis – maknanya aku kena kahwin tahun depan. Hahaha!

24 11 2008
kek_lapis

hahaha..btl la tafsiran tu..jodoh semakin dekat menghampirimu..hehehehe..kawen nanti jemput la erk..hikss

24 11 2008
rina

fuyooo.. nk kawen da…..hahahah

cet, seram je cite…kot2 cm enot ke, cmno?

24 11 2008
duakupang

Enot? Takpe kalau dalam dapat macam Enot pun. Tapi dalam mimpi je lah kan. Hahaha!

24 11 2008
Mohd Mazri Md Yassin (matjerry)

dah bagi mimpi..tak paham-paham….ker…jangan dok perabihh kat tempat…tuttttt….syssssss

24 11 2008
duakupang

@ choi – Kalau kau teringin join bagitau je lah. Nanti aku daftarkan untuk kau🙂

24 11 2008
ISIS

Mati2 aku ingat ko betul2 nak kawen..
Aku sure nak g kenduri ko nanti..

24 11 2008
duakupang

Kahwin tak jadi la Isis. Kalau alarm tak bunyi, sure aku dah menikah.

25 11 2008
ISIS

Ala aku tahu, ko tu sebenarnya bukan nak mimpi akad nikah, tapi nak mimpi malam pertama..kikiki

25 11 2008
duakupang

Isis, kalau aku tak terjaga mungkin mimpi boleh extend sampai situ kot. Hoh

26 11 2008
Tepung

aku penah mimpi kawen beberapa kali. yang pasti memang aku berdebar2, kecuali dengan seorg, lepas majlis akad nikah aku rasa lega sangat2, dan rasa hepi sangat2. tapi hanya dalam mimpi… alangkah bagus kalau dalam realiti… hmmm.. in my dream…

26 11 2008
duakupang

Dapat dalam mimpi pun jadi lah. Adakah ko menikah dengan gadis pojaan hati?

1 12 2008
kechik

ngehngehngeh… ko masih trauma sebab gi wedding aku ke zeno?

hahahahahha!

1 12 2008
duakupang

kechik… ko doa-doa kan lah aku.. hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: