Meguiar’s Car Care Clinic

24 11 2008

Semalam aku sempat menghadiri ke klinik penjagaan kereta. Klinik dianjurkan dengan kerjasama Meguiar’s Malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Meguiar’s adalah sebuah jenama terkenal dan terbaik dalam sistem penjagaan permukaan (surface). Tak kira lah samada kereta, kapal terbang mahupun lori dan bas.

Jadi klinik yang aku hadiri ini adalah bagi menerangkan dan mengadakan sedikit demo bagaimana untuk menjaga kenderaan anda. Kalau dalam istilah automotifnya disebut sebagai ‘detailing‘. Di sini diajar cara untuk membasuh kereta anda dengan betul, mengelap dengan betul, claying, polishing hingga lah ke waxing.

Dari apa yang aku lihat, kebanyakan kita membasuh dan menjaga kereta dengan cara yang salah. Mungkin pada pandangan mata kasar, bila kereta kita dah dibasuh, sudah cukup memadai. Tapi sebenarnya masih ada lagi partikel atau pun contaminant yang masih melekat pada badan kereta.

Banyak yang aku pelajari dari sini sebenarnya. Bagaimana untuk menjaga kereta anda dengan cara terbaik. Bila cara terbaik maka produk terbaik perlu digunakan. Oleh itu, kos nya amat lah mahal sama sekali. Bila dilihat dengan pelbagai produk yang perlu digunakan, aku menjadi pening disebabkan sampai nak kilatkan headlight pun dah gunakan pengilat yang berbeza. Tu belum lagi kira nak bahagian plastik untuk luar dan jugak interior. Duit… duit.

Lagi satu yang diperlukan adalah usaha dan tenaga. Kerajinan memang diperlukan untuk men detail kereta anda. Untuk orang yang sederhana macam aku ni, boleh lah buat sendiri agaknya (konon). Tapi pada orang yang banyak duit dan pakai BMW, mereka selalunya terus hantar ke Autospa ataupun Detailing Centre je. Ye lah banyak duit kan, hantar je lah kereta, orang lain tolong basuhkan dan wax kan. Buat apa susah nak basuh sendiri. Sebab pakej untuk hantar ke Meguiar’s Detailing Centre pun paling murah pun RM 385.00, untuk produk asas. Kemudian sekali basuh dah RM 18.00. Kopak!. Tapi bila basuh kat situ pun keputusannya memang lah berbeza sekali berbanding hantar ke snow wash. Kalau nak hantar sekali sekala ok lah. Nak hantar setiap minggu. Koyak wallet aku.

Namun bagi seorang yang gila kereta macam Johar, aku memang tabik. Kereta beliau yang dah beli lama daripada aku pun, keadaannya macam baru keluar dari showroom. Aku memang salute lah dengan usaha beliau. Tak macam aku, kalau di buka bonnet depan, berhabuk enjin kereta aku. Penuh dengan habuk dan pasir.

Nak dijadikan cerita pulak, di akhir sesi, ada cabutan nombor bertuah. Pemenang akan dapat pakej produk asas Meguiar’s bernilai RM 385.00 (ada 7 produk). Tup.. tup cabut, nama aku pulak yang kena. Memang jackpot!. Aku pun tak sangka. Selain tu aku jugak diberikan satu locker di Meguiar’s Detailing Centre untuk menyimpan produk yang aku menang tu lah. Bila aku datang nak basuh kereta kat situ, mereka akan keluarkan produk tu dan gunakan untuk membasuh kereta aku lah. Tapi nak basuh tetap jugak bayar RM 18.00. Huh.

Syukur dan gembira pada aku. Rasa macam mimpi je dapat barang free. Bukan apa sebab mahal kan. Alih-alih rezeki bergolek ke tangan aku. Bila nak basuh kereta? Hmm… tunggu lah nanti kereta aku kotor gila baru aku hantar ke sana.

Enjin kereta Johar. Baru enjin je ni.

Enjin kereta Johar. Baru part enjin je ni. Harap-harap enjin kereta aku bersih macam ni nanti

Gambar selebihnya ketika program boleh dilihat di sini.

Semua gambar adalah dikredit kepada forumer Shinjiz.


Actions

Information

4 responses

24 11 2008
rina

same je erk… saye pun cmtu.. kete baru, tp yg da 5tahun pakai…kikkikik

24 11 2008
duakupang

Cuba la basuh kat Autospa, mesti nampak macam baru

26 11 2008
rina

dr abih kt kete, baik sy abih kt makan..yum..yumm…

26 11 2008
duakupang

Tapi kalau jenis yang sayang kereta lebih dari sayang bini nak buat macam mana.

Sayang kereta tiap-tiap hari basuh kereta.
Sayang bini pun takde yang tiap-tiap hari “basuh” bini.

Kan? kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: